Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Tuesday, April 24, 2012

: : 1000 Burung Kertas : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


 Sewaktu Aidil dan Nina di awal alam percintaan, Aidil melipat 1000 burung kertas buat Nina dan menggantungkannya di dalam bilik Nina. Aidil mengatakan, 1000 burung kertas itu menandakan 1000 ketulusan hatinya.

Nina dan Aidil berasakan setiap detik percintaan mereka begitu indah sekali.

Tetapi entah kenapa, di suatu hari, Nina mulai menjauhi Aidil. Nina memutuskan untuk berkahwin dengan seorang lelaki kaya dan berhijrah ke Perancis serta menetap di kota Paris tempat impiannnya selama ini.

Sewaktu Nina mahu memutuskan hubungannya dengan Aidil, Nina memberitahu Aidil, “Kita harus melihat dunia ini dari sudut yang matang. Perkahwinan bagi wanita adalah kehidupan kedua kalinya! Aku harus memegang kesempatan ini dengan baik. Kamu terlalu miskin, aku tidak sanggup membayangkan bagaimana kehidupan kita setelah berkahwin !”

Setelah Nina pergi ke Perancis, Aidil bekerja keras bagi membuktikan dia juga boleh berjaya. Aidil melakukan banyak kerja. Dia pernah menjual buku, menjadi karyawan sementara dan berniaga kecil-kecilan. Setiap pekerjaannya dilakukan dengan tekun dan hati yang cekal.

Selang beberapa tahun…
Berkat usahanya tanpa henti dan dorongan teman-teman, akhirnya Aidil berjaya memiliki sebuah syarikat berjaya. Dia sudah menjadi seorang lelaki yang kaya, tetapi hatinya masih teringat-ingat pada Nina. Aidil masih tidak dapat melupakan gadis yang pernah bertapak di hatinya.

Di suatu hari, waktu hujan turun, Aidil terlihat sepasang suami isteri tua berjalan perlahan di hadapannya. Dia amat mengenali mereka. Mereka adalah orang tua Nina !

Hati Aidil berdetik. Dia ingin mereka lihat bahawa dia sekarang tidak hanya mempunyai kereta sendiri, tetapi juga mempunyai sebuah villa indah dan syarikat sendiri. Aidil ingin mereka tahu bahawa dia bukan seorang yang miskin lagi tetapi kini adalah seorang majikan kaya. Aidil memandu keretanya perlahan sambil mengikuti kedua orang tua tersebut.

Hujan terus turun, tanpa henti, biarpun kedua org tua itu memakai payung, tetapi badan mereka tetap basah kerana hujan.

Sewaktu mereka sampai ke destinasi, Aidil tercengang melihat apa yang ada di depan matanya. Ia adalah sebuah tanah perkuburan. Aidil mengikuti orang tua Nina. Mereka berdiri di hadapan sebuah kubur. Aidil melihat tulisan di atas batu nisan terpahat nama Nina yang dirinduinya.

Di samping kuburnya yang kecil, tergantung burung-burung kertas yang pernah dibuatkan Aidil, dalam hujan burung-burung kertas itu kelihatan begitu hidup.

Orang tua Nina memandang Aidil lalu memberitahu, “Nina tidak pergi ke Paris, Nina diserang barah. Nina telah pergi ke syurga. Nina ingin Aidil menjadi seorang yang berjaya dan mempunyai keluarga yang harmoni. Maka Nina terpaksa berbohong kepada Aidil dahulu. Nina ada menyatakan yang dia sangat menyintai Aidil, dia percaya kalau Aidil berusaha, pasti akan berjaya. Nina turut mengatakan, jika suatu hari nanti Aidil datang ke kuburnya, dia amat berharap supaya Aidil membawakan beberapa burung kertas buatnya lagi. “

Aidil lalu berlutut, berlutut di depan kubur Nina, menangis semahu-mahunya dengan begitu sedih sekali.

Hujan pada hari itu terasa tidak akan berhenti, membasahi sekujur tubuh Aidil. Aidil teringat senyuman Nina yang begitu manis dan tulus.Mengingati semua itu, hatinya mula menitiskan darah.

Sewaktu orang tua Nina melangkah pulang dari tanah perkuburan, mereka melihat Aidil sudah membukakan pintu keretanya untuk mereka.Lagu sedih kedengaran dari dalam kereta tersebut.

“Hatiku tidak pernah menyesal,
Semuanya hanya untukmu 1000 burung kertas,
1000 ketulusan hatiku,
Berterbangan di dalam angin
Menginginkan bintang yang bertebaran di langit,
Melewati sungai perak,
Apakah aku dapat bertemu denganmu kembali?
Aku tidak takut berapa pun jauhnya,
Hanya aku ingin sekarang terus berlari kepadamu
Masa lalu seperti asap, hilang dan tak kan kembali,
Menambah kerinduan di hatiku.
Bagaimanapun dicari,
Jodoh kehidupan ini pasti tidak akan berubah”.


 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

9 comments:

  1. jodoh, mati, kejayaan semuanya ditangan Allah

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. saya pun terharu membacanya...1st time baca kisah nie

      Delete
  3. Walau ini entah kali keberapa kakak membaca tapi setiap kali membaca membuat hati kakak meruntun sayu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka simpan kisah2 cinta yg mcm nie...sekadar ingatan

      Delete
  4. Replies
    1. nak baca kisah2 sedih lagi...klik link kat bawah tu

      Delete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...