Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Friday, April 13, 2012

: : Bila Kekasih Lama Kembali : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


 Tajuk tak boleh tahan kan?? Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba dia muncul kembali. Hati nie tertanya-tanya la kan. Kenapa dia muncul semula? 

Dia muncul 11 June 2010, selepas 3 bulan saya berkahwin. Saya pandang sepi jer mesej dia di Facebook. Selang sehari lepas tu dia add saya di Facebook tapi.....anda fikir saya approve tak?

Sudah tentu tidak la kan....Disebabkan tiada reaksi positif dari saya, dia ambil tindakan yang sangat bijak dengan mendiamkan diri semula. Hal lama2 tak payah la dikenang-kenangkan lagi nanti rosak diri sendiri.

Hendak dijadikan cerita. Selepas setahun lebih dia mendiamkan diri, tiba-tiba dia muncul kembali pada tahun ini. Rabu lepas dia hantar mesej di facebook. Katanya dia nak tanya khabar saya. Anda fikir saya percaya?

Tak ada maknanya kan.Lepas tu ada mesej masuk di hanphone saya. Naik nombor jer...maksudnya itu nombor baru. Orang tu bertanya " Salam, saya nak tahu sapa nie". Eh eh dia yang hantar mesej dia pulak yang tanya siapa saya. Saya reply mana la tau ada kawan2 yang sudah tukar nomborkan....."Awak ni siapa, awak nak cari siapa?" saya reply dan tanya dengan ayat yang sopan. Selang beberapa minit dia balas semula, "Saya nie &*)@#, saya nak cari Lini"...Dalam hati saya hanya Tuhan saja yang tahu.....Saya terus off handphone. Mulut nie ringan jer nak bagitau suami tp hati dan otak sama-sama cakap x perlu. Ok....

Pagi ini saya log in Facebook, ader Friend Request. Tengok dulu la sapa kan. Errmmm....@#$% $%*&&^ (nama orang tu). Tengok kat Friend list orang tu..... Errrmmmm......rasa-rasanyer orang yang sama. Sebab account tu mcm baru create jer, pulak tu adik2 dia de dalam Friend List.

Terus tulis laju2 kat wall FB "boleh pulak main tukar2 nama kan...guna nama yg bukan2......ingat aku x tau ker...jangan pk aku nak add ko...jangan bermimpi di siang hari k" . Kemungkinan besar dia terasa kut yang saya tulis tu saya tuju tuk dia. Laju-laju dia hantar mesej kat FB "x nk add aku pn xpe...aku cr ko ni untuk byr hutang je..aku pernah berjanji akn byr blk ape yg aku pinjam dulu...itu je..

Nak bayar hutang rupanya....anda fikir apa yang saya akan buat? Ringankan lah beban dia.....dia nak lepaskan hutang-hutang dia di dunia....Hati nie masih berdegil untuk tidak memaafkan dia.

Hehehe.....maybe dia susah hati sebab masa dia susah dulu saya banyak tolong dia....saya pun dah tak ingat baper banyak yang dia hutang dengan saya....sebab adat manusia semasa bercinta tak pernah nak berkira...betul tak kawan2?

Moral of story : Anda fikirkan sendiri


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

8 comments:

  1. oh kisahnye.. bagusla.. mungkin dia dah insap n nak bayar hutang.. baguslah rejeki awak la tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah rezeki saya.....harap2 dia insaf dgn perbuatan dia......

      Delete
  2. oooooooooooo......cam tu lak citenya....cakap kat dia..boleh..jom jumpa ngan suami saya n bayar je kat suami saya,mau?...heeeee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah citernyer......huhuhu...mujur nak bayar hutang..klu nak benda lain mintak simpang jauh2

      Delete
  3. kalau betul nk bayar...suh dia bank in je la....apa susah...hehehee

    ReplyDelete
  4. dia wat ayat jer kut...x tahu la..sue dah bagi no akaun..tgk ajer dia masukkan atau alasan jer tu

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah lah sis kalau dia nak byr hutang :0

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...