Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Tuesday, April 10, 2012

: : Semalam punya cerita ::

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Ini cerita tentang petang semalam.

Apa ceritanya tu?

Seperti biasa la. Balik kerja kena naik komuter. Naik di Stesen Putra. Jauh jugak la menapak dari LRT Star PWTC tu.

Sampai kat Stesen Putra...staff KTMB tu buat pengumuman yang tren ke Perlabuhan Klang akan tiba dalam masa 3 minit lagi. Ok la...Tunggu jer nak wat camner kan takkan nak tarik tren tu untuk gerak laju2.

Tren dah sampai. Naik jer. Alhamdulillah. Ader seat kosong.

Setibanya di Stesen Dato Harun,Staff KTMB nie wat pengumuman, tren hanya akan berakhir di Stesen Subang Jaya berikutan banjir di antara stesen Subang Jaya dan Stesen Batu Tiga.

Aduyai...takkan la sekarang baru nak bgtau...kalau bagitau awal2 lagi kat KL kan senang ...byk bas kat sana yang nak gi ker Shah Alam.

Apa nak buat? Call husband. Husband dengan baiknya berkata...... "Naik bas la".Boleh bayangkan x? Bila kesemua penumpang komuter kena turun dan cari alternatif nak balik. Bas? Memang semua penuh macam sardin.....teruk dari itu lagi

Alih2.....alhamdulillah ada yang perasan saya nie selalu turun kat Shah Alam.

Lelaki: Adik, nak balik Shah Alam kan?

Saya  : Iye, naper ek?

Lelaki: Jom tahan teksi, kita g Shah Alam?

Saya  : Teksi? Kita?

Lelaki: Bukan macam tu...tu akak 2 orang tu nak g Shah Alam jgk..kita tong tong la yer, boleh x?

Saya: No hal, boleh jer...(dalam hati hanya Tuhan jer yang tahu....hahahha)

Kami pun tahan la teksi.....alhamdulillah kami sepakat nak turun kat Ole-Ole Seksyen 18 Shah Alam...

Sebelum tu dah mesej husband mintak dia tunggu kat situ

Gerak Dari Ole-Ole tu dah pukul 8.30...sampai umah dalam pukul 9.00 malam....

Penat sungguh...

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

8 comments:

  1. biasa la komuter.. apepun syukur selamat smpaikat umah.. tp kanpe xtrn di lrt bandaraya? jaue ek?

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. mmg penat la pak sue....dah de niat cam nak berenti kerja jer

      Delete
    2. Jadi surirumah sepenuh masa je lah :) ngeee

      Delete
    3. mmg de niat pun...tp tgk keadaan ekonomi yg x seimbang nie..susah hati pulak

      Delete
  3. Replies
    1. huhuhu....sedih betul la klu kena gini mujur x selalu

      Delete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...