Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Wednesday, April 11, 2012

: : Sepatu Untuk Awak : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

 Awak ....
Saya hadiahkan sepatu ini untuk awak
Kerana sepatu awak yang lama itu telah koyak

Awak....
Saya hadiahkan sepatu ini untuk awak
Supaya awak berasa selesa
Supaya sepatu ini melindungi kaki awak dari terluka
Ketika awak melalui jalan-jalan yang penuh ranjau onak berduri

Awak ....
Saya hadiahkan sepatu ini untuk awak
Supaya awak sentiasa mengingati saya
Supaya saya akan sentiasa berada bersama awak
Walau di mana saja awak berada

Awak ....
Dengan adanya sepatu ini
Saya harap awak tidak akan jatuh lagi
Sepatu ini akan membuat awak kuat
Bila awak terjatuh
Awak mampu untuk bangkit kembali

Awak ....
Saya harap dengan sepatu ini
Awak dapat berlari sejauh mungkin
Untuk mengejar cita-cita dan cinta awak

Awak
Saya hadiahkan sepatu ini untuk awak
Kerana saya sudah bersedia untuk lepaskan awak
Saya yakin awak mampu mengorak langkah
Melangkah dengan lebih berani


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

6 comments:

  1. puisi nie kan...cantik dan indah bahasanya

    ReplyDelete
  2. tq kancil....tgk cerita korea semlm tiba2 dapat ilham

    ReplyDelete
  3. for a long time tidak membaca puisi lini,kembali aktif ke?...masih simpan lagi puisi yang awak bagi kat saya masa form 4 or 5...ada dalam album...cita-cita dan cinta

    ReplyDelete
  4. ingin kembali aktif....jangan jemu tuk baca puisi saya yer.....puteri rimba masih simpan ker? alahai malunyer........so sweet ko nie

    ReplyDelete
  5. puisi yg simple ttp indah utk dibaca...TAHNIAH TK...kreatif!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.....saya nie kreatif ker? saya pun x tahu

      Delete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...