Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Tuesday, April 10, 2012

: : Sikap Dan Takdir Kamu ::

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Mereka dengan sikap negatif selalu berfikir, " Saya tidak boleh "

Mereka dengan sikap positif selalu berfikir, " Saya pasti boleh "

Mereka dengan sikap negatif selalu berfikir, " Mungkin ada jalan keluar, tapi terlalu sukar "

Mereka dengan sikap positif selalu berfikir, " Hal ini mungkin sukar, tapi pasti ada jalan keluar"


Mereka dengan sikap negatif selalu pasrah dengan keadaan, sementara mereka dengan sikap positif selalu mengambil tindakan.

Mereka dengan sikap negatif selalu melihat semua keadaan dalam batasan2 yang tidak wajar, sedangkan mereka dengan sikap positif selalu melihat kemungkinan-kemungkinan.

Sikap atau attitude sangat menentukan value kita dalam mengharungi kehidupan ini. Banyak orang mengira bahawa sikap adalah hal remeh yang begitu saja mudah diabaikan. Tapi jangan anda salah membuat andaian tersebut, sikap kita menentukan nasib kita pada masa hadapan.

Mahu mencuba? Anda tidak perlu membayar walau sesen pun. Bagaimana? ...  


Murahkanlah senyuman dan sapalah isteri, suami, anak-anak, orang tua dan jiran tetangga anda. Dan perhatikan serta catat perubahan yang PASTI terjadi.

Dari buku: Fight Like A Tiger Win Like A Champion

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...