Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Tuesday, April 24, 2012

: : Tempoyak Oh Tempoyak : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Untuk pengetahuan kawan-kawan, esok hari last saya berkerja. Bukan berhenti bekerja tetapi saya nak bercuti panjang di kampung halaman tercinta nun di pantai timur (Kota Jembal Kota Bharu)

Pagi-pagi tadi lagi adik kat kampung mesej, 

"Salam. Mama pesan, suh bawa tempoyak dari Pahang, ko msj la Kak Zie, Ko mintak dia tolong carikan"

Ini yang malas nie nak kena jadi orang tengah lak. Sebab sayangkan mama jadi saya call la Kak Zie. Siapa Kak Zie? Kak Zie nie akak ipar saya. Dia duduk di Raub Pahang. Selalunya kalau saya balik ke Kelantan memang akan singgah umah kak ipar dulu. Nak tengok 2 orang anak buah, dah la jarang jumpa diaorg nie.

Selepas call Kak Zie baru lega rasa hati. Kak Zie cakap nanti dia tolong carikan. Kat Raub senang nak dapat. Nak beli kat area KL ang Klang. Tak percaya la sebab kadang kala peniaga nie campurkan tempoyak tu dengan ubi atau pisang. Tempoyak jadi tak sedap.

Ada mesej masuk lagi. Kali nie dari adik yang no-11 pulak.

"Salam. Ko balik bila? Ko balik nnt kita g KB Mall. Ko belanja pizza yer."

Budak-budak...kalau tak pow aku memang tak sah. Tapi seronok la ada adik ramai-ramai nie.
Boleh dikatakan tiap2 ari mesej tanya bila nak balik. Rindu kat akak ke atau rindu kat duit akak nie? Teringat masa duk Pahang dulu, adik2 call katanya nak rasa makan Pizza. Serius sedih sangat masa tu. Bila balik Pahang sure beli pizza sampai 4 kotak yang besar punya. Sampai kat umah pizza pun dah sejuk tapi diaorg still makan sampai la habis. Seronok tengok diaorang gembira.

Tak sabar nak balik kampung hari khamis nie. Siapa la yang tak seronok kan bila dapat berjumpa dengan mak ayah dan adik2.....kali terakhir saya bertemu mereka adalah pada hari raya puasa tahun lepas. Mereka je lah yang saya ada kat dunia nie.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

8 comments:

  1. best kan ada keluarga besar? saya takde...adik bradik tak ramai...huhuhu...
    kirim salam kat KB Mall ye su...tempat anak2 saya membesar tu...heheee...rindula...
    nak kim salam kat parents su, diaorg tak kenai saya pulak...heheee...

    ReplyDelete
  2. huhu..tengok gambar ni..tingat kat gulai tempoyak ikan patin..aduuuiiii..kecur air liur

    ReplyDelete
  3. sambal tempoyak.. cicah plak dengan ulam2.. memang jadi pembukak selera... fveret neh uhuhu

    ReplyDelete
  4. Hohohohooooo sedapnya tempoyak.....tunjuk ajar ku sifu >_<

    ReplyDelete
  5. Selamat bercuti, nanti jika balik ke Pahang semula jgn lupa bawa balik budu pulak...

    ReplyDelete
  6. best ada kakak yang dah kerja .. tapi dalam family , saya lah kakak dan abg untuk adik2 ..

    ReplyDelete
  7. Kalau mkn ada tempoyah sure bertambah2 ni...

    ReplyDelete
  8. Waahhh....lamanya tak jumpa family. Patutlah semua orang rindu. Mesti dilayan bak puteri bila balik kg nie kan....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...