Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Monday, May 7, 2012

: : Begitu Rupanya : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Ini kisah tentang hari Jumaat yang lepas.Kalau ikutkan hati malas jer nak menapak ke area Jalan TAR tu. Apakan daya terpaksa la meredah panas terik..hujan badai. Naik Lrt kat Titiwangsa lepas tu turun kat Bandaraya. Mak ai....ramainya hamba Allah berpusu-pusu ke SOGO. 

Ada apa kt SOGO? OOuuwwhhh...ada sale rupanya.

Gatal betul tangan nie. Ambil handbag Sembonia. Harga asal RM370 selepas diskaun leh dapat RM185....boleh tahan jugak. Fikir punya fikir punya fikir. Saya letak semula handbag tu. Sebab itu bukan tujuan sebenar saya ke situ.

Jalan laju-laju menuju ke muka pintu SOGO. Saya dah nampak dah. Sayup jer. Tak puas kalau tengok dari jauh. Moh kita pi dekat sikit.

Aha...ini dia. Terpesona dengan 2 helai baju kurung readymade. Sambar dua helai baju kurung. Korang nak tau baper RM sehelai? Sehelai RM40 tp lepas membodek tuan punya kedai dapat la RM35 sepasang.Melayang RM70 ari tu tp tak pe puas hati sebab jahitan baju kurung tu kemas dan berpuas hati sangat2.

Hajat nak beli kain pasang, ingat nak mintak tolong dengan mak mertua jahitkan. Hati kecil ini berkata-kata "Jangan menyusah kan mak mertua, dia byk kerja lain lg nak dibuat". 

Baju kurung pun dah dibeli seperti yang dihajati apalagi moh kita pulang ke ofis. Makin lama duk merayau kat sini takut nafsu tak dapat dikawal..hehehe....

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

2 comments:

  1. kalau dok area KL ni mmg kena kawal diri..sbb selalu gak sale handbeg/kasut branded ni. mujur saya tak minat...tapi tetap suka cuci mata.

    baju kurung tu..murah sgt! mmg worth buying.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg betul tu Ujie, better beli yang baju kurung yg dah siap. Upah menjahit skang tersgt la mahal

      Delete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...