Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Wednesday, May 9, 2012

: : Bila hati sedih ....... : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Seorang teman baik pernah bertanya pada saya. Apakah suami saya adalah lelaki impian saya? Bahagiakah saya dengan perkahwinan saya? Kalau saya menangis adakah suami saya akan mengesat airmata saya?

Saya dapat agak kemungkinan besar dia melalui masalah rumahtangga. Bila saya tanya dia tak mahu mengaku. Ada baiknya dia tidak mengaku. Tak baik buka aib rumahtangga tapi andaikata teman yang mendengar boleh memberi nasihat ke arah kebaikan itu adalah wajar.Saya harap masalah rumahtangga dia selesai dengan aman.

"Kalau saya menangis adakah suami saya akan mengesat airmata saya?"

Bila saya sedih saya lebih suka menyendiri. Bila saya menangis, saya suka memencilkan diri. 

Seingat saya hanya sekali saya menangis depan suami. sebab apa? Tak perlulah saya ceritakan di sini

Saya lebih suka bersendiri ketika bersedih. Tiada siapa2 yang akan memahami jiwa saya. Melainkan saya sendiri. 

Kenapa saya suka menyendiri kerana tiada sesiapa yang mahu pinjamkan bahu untuk saya bersandar.

Setiap individu punya bahagian-bahagian hidup yang telah ditetapkan.Sama ada baik buruk kita perlu redha dengan ketentuanNya. Siapalah kita untuk melawan takdir Allah swt.Terima dengan hati terbuka.

Bila sedih mengadulah dengan Allah swt. Tanpa bicara Dia tahu apa yang tersirat di jiwa. 

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

12 comments:

  1. hanya Dia yg benar2 phm apa yg jd...

    ReplyDelete
  2. suami saya sentiasa pinjamkan bahu bila sy nangis.

    ReplyDelete
  3. Hidup rumahtangga ni kene byk2 bersabar... bertolak ansur...
    Kadang2 menangis pun perlu juga sebagai meluahkan apa yg tersimpan selama ini...

    ReplyDelete
  4. Allah sebaik2 tempat untuk kita mengadu ...

    ReplyDelete
  5. Saya setuju..mengadu dengan Allah adalah sebaik2nya..

    ReplyDelete
  6. sokong

    ingin mengetahui jawapan wordless wednesday semalam...jom singgah ke blog Kancil

    http://kancil8349.blogspot.com/2012/05/jawapan-wordless-wednesday-37.html

    ReplyDelete
  7. Sallam,

    Ada masanya bila kita bersedih kita perlukan seseorang untuk memberikan semangat dan kata2 nasihat, ada masanya pula kita hanya ingin bersendiri, mengadu pada Allah, kesua-duanya amat perlu.

    ReplyDelete
  8. kalau sy..ikut keadaan jgk..ada masa mmg perlukan someone utk menangis..kalau tension sgt sy pergi jogging sorg2 kat tepi tasik smbil lyn perasaan..hihi

    ReplyDelete
  9. Terima aksih kpd rakan-rakan yang sudi singgah dan komen entry nie..yang baik itu dtgnya dari Allah swt, yang buruk itu dtgnya dr saya..semoga kita semua berbahagia di dunia dan d akhirat kelak

    ReplyDelete
  10. Setuju..... memang perlu mengadu pada Allah Dia lah maha mengetahui.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...