Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Tuesday, May 22, 2012

: : Lelaki patah tangan bila.............. : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Kalau bercerita tentang urusan rumahtangga bab-bab kemas rumah, jaga anak, memasak, membasuh dan pelbagai kerja lagi memang selalunya dan sentiasa dilakukan oleh para isteri. Namun begitu para suami tak terkecuali untuk melakukannya bersama-sama.... ibarat kata "berat sama dipikul ringan sama dijinjing".

Hari ni saya tak nak buat topik tentang tersebut tetapi saya nak bagitau tentang lelaki patah tangan bila.....................Nak tahu tentang apa, baca lah entry ini.

Lelaki patah tangan bila............ dia terlalu rajin memasak tetapi patah tangan ketika selesai memasak. Membiarkan bahan-bahan bersepah-sepah di atas meja, perkakas2 tidak dibasuh dengan sempurna, kulit bawang, perut ikan, lemak ayam dibiarkan di dalam sinki sampai sinki tersumbat. Malas sangat nak mengemas.

Lelaki patah tangan bila.............nie terjadi sebelum mandi. Elok jer tanggal baju pakai kain tuala tapi.........baju dan seluar tu dibiarkan bergulung2 di atas lantai. Biasa2 kan lah diri letak di dalam bakul. Bab stoking nie satu lagi, jangan sebelah dalam rumah dan sebelah lagi dalam kereta penat wife nak buat treasure hunt......

Lelaki patah tangan bila............selesai mandi tuala dicampakkan sesuka hati. Tak reti-reti nak sangkut tuala atau anginkan supaya tuala tak berbau hapak.  Yang lebih bagus tuala dibiarkan di atas sofa atau yang lebih baik letak di lantai.

Lelaki patah tangan bila............selesai makan kudap-kudap. Plastik pembungkus dilipat2 dan diselit2 di bawah karpet atau tikar.....Macam tak ada tong sampah kat rumah.

Lelaki patah tangan bila............selesai makan. Yang penting cuci tangan, pinggan dibiarkan di dalam sinki. Belajar2 lah membasuh pinggan sendiri. Semuanyer di hujung jari.

Apa kena mengena dengan gambar kat atas tu..........para isteri lah yang akan menjadi tangan baru untuk para suami.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

8 comments:

  1. Encik-encik suami semua sila baca N3 ini kakak suka juga nie... bukan apa ini nasihat seorg yg bernama isteri tau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak sbb suka entry nie.....lelaki suka amik remeh tentang hal nie

      Delete
  2. kehkeh.. rasanya kebanyakkannya laki memang camni kot.. nak memanja ngan isteri kata mereka haha

    ReplyDelete
  3. Hahahaa aku pun mcm tu....longgok aja atas sinki....tp penyudahnya....aku jugak yg cuci...wakakakkaaa

    ReplyDelete
  4. hihihihi....kelakar entri ni..harus di baca oleh para En Suami...:))

    ReplyDelete
  5. perempuan lastnye bertangan-tangan buat kerja.huuu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...