Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Tuesday, May 22, 2012

: : Macam bagus jer lelaki tu............................ : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Ini adegan yang tak sanggup saya lihat. Kalau diulang tayang semula depan saya maybe lelaki tu dah makan penampar saya atau flying kick saya.

Ini kisah benar berlaku di sebuah pasar malam di Meru. Dalam keseronokan menjamu mata. Ada 1 situasi yang saya kurang berkenan. Timbul rasa tak puas hati.

Dari jauh saya lihat satu pasangan nie barangkali suami isteri sebabnya mereka membeli bahan-bahan basah.Saya lihat ditangan wanita tu dah penuh dengan plastik2 bungkusan dan semestinya berat la sangat. Boleh nampak dari airmuka wanita tu. Lelaki tu pulak melenggang kangkung je. Hanya bawa " batu dan burungnya" berjalan-jalan sahaja. 

Alangkah malangnya wanita ini desis hati saya.

Yang lebih malang, semasa urusan membayar saya lihat duit diambil dari dompet si wanita sbb apa saya yakin kata itu dompet wanita sbb dompet tu berbunga2...Ada ker lelaki pakai dompet bunga2?

Dah jadi cam penyiasat persendirian pulak. Hati tak puas lagi nie. Saya ikut jer pasangan tu. Husband saya dah tarik2 tangan saya, ajak saya balik. Husband cakap jangan masuk campur urusan rumahtangga orang. Bukan saya nak masuk campur tapi situasi tu tak menyenangkan hati saya. Itu termasuk dalam kes dera isteri ker?

Saya cakap dengan husband kalau husband buat saya begitu...saya akan campakkan semua barang2 tu ke tanah......ingat pompuan nie kuli batak ker.....tau la isteri kena taat pada suami kalau sampai tahap tu....mau kaki singgah ke muka....

Husband cakap...sabar yang...sabar......wanita tu banyak dapat pahala sbb dia tak melawan ckp suami.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

9 comments:

  1. sabar..sabar.. hubby dia tu spesis buta hati kot..

    ReplyDelete
  2. huhuu..ganas juga cik puan kite ne yea...(^_^)

    ReplyDelete
  3. sabar...sabaarr......bwk betendang....
    eh silap2...bawak betenang (^____^)..
    tapi mmg tak patut.....angkat la sama2 kan...
    huhuhuhuuuu...

    ReplyDelete
  4. macam tu la asam garam kehidupan, kekadang wanita ni terlalu lemah untuk kata tidak dan bersuara pada suami,.. bilalah masanya semua wanita berani untuk menjaga haknya daripada terus ditindas oleh lelaki merangkap suami macam tu?

    panas bila akak baca,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. most dari apa yang saya tgk yg kebanyakkan perangai mcm ni adalah lelaki melayu...sedih sebab lelaki bangsa sendiri perangai mcm tu...bila pompuan melayu kawin laki bangsa lain tempelak pula....

      Delete
  5. Iyelah..tak macho betul!

    Tp kalau isteri tu bersabar..pun mmg ada ganjarannya.

    ReplyDelete
  6. bagus nyer ader isteri mcm tue
    ai plak selalu jln lenggang kangkong hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersyukurlah dpt hubby yg prihatin

      Delete
  7. betul sue..ada lelaki memang nak kita ikut arahan dia saja..kadang-kadang sian kat wanita nie..tapi ya la maybe banyak pahala dia dapat kan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...