Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Monday, May 7, 2012

: : Masih Segar Dalam Ingatan : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Ini bukan kisah cinta yang segar di ingatan tetapi satu kisah menakutkan yang saya takkan lupa sepanjang hayat saya. Kisah ini berlaku sekitar tahun 1995 iaitu 17 tahun yang lepas. Ketika itu saya berusia 13 tahun.

Kak Long mendapat tugasan untuk membuat kajian sejarah tingkatan 3. Kak Long dan kawan-kawannya memilih untuk membuat kajian di Hutan Lipur Terenggun di Kuala Lipis Pahang.

Kisahnya bermula selepas 2 hari Kak Long balik dari Hutan Lipur tersebut. Kak Long jatuh sakit. Kak Long tidak dapat berjalan seperti biasa. Kakinya lumpuh. Dia hanya mampu mengesot. Ini bukan cerita tentang suster ngesot yer.Keadaan Kak Long berterusan selama 3 bulan.

Mama sangat sedih kerana Kak Long tiba-tiba jatuh sakit. Mujur abah tidak panik. Abah bawa Kak Long ke Hospital Kuala Lipis. Setelah ujian air kencing dan darah dibuat, doktor telah mengesahkan Kak Long sihat. Kak Long bebas dari sebarang penyakit. Setelah ujian dibuat berkali-kali abah mengambil keputusan untuk bertemu dengan seorang ustaz. Abah menceritakan kepada ustaz tersebut tentang kakak saya yang tiba-tiba lumpuh.

Ustaz tersebut telah memberikan air yasin dan sekampit beras yang telah dilumurkan bersama kunyit.Beras tersebut dilumurkan dikaki Kak Long dan abah membaca ayat-ayat telah diminta oleh ustaz.

Dengan izin Allah swt. Kak Long boleh berjalan seperti sediakala. Kawan-kawan mesti nak tahu kenapa kak Long saya tiba-tiba lumpuh kan?

Ini kisah yg sebenarnya.

Semasa membuat kajian di Hutan Lipur Terenggun, Kak Long tertinggal di belakang kerana asyik melihat kehijauan dan suasana hutan yg sangat menakjubkan. 

Semasa Kak Long berlari mendapatkan kawan-kawannya, Kak Long merasai angin yang sangat sejuk menerpa ke mukanya. Dan Kak Long memuji angin tersebut. Kak Long ada bertanya kpd kawan2nya sama ada terasa sejuk dengan angin sebentar tadi. Kawan-kawan Kak Long kata "Tak  ada angin". Kak Long rasa seram sejuk tapi dia hanya mendiamkan diri sahaja.

Ustaz yang mengubat Kak Long secara jarak jauh itu mengatakan Kak Long telah terpijak anak makhluk halus, angin yang dirasai oleh Kak Long itu adalah peringatan untuk Kak Long tapi Kak Long tidak memahaminya. Makhluk halus itu marah maka mereka beramai-ramai bergayut di kaki Kak Long. Itulah yang menyebabkan Kak Long tiba-tiba lumpuh.

Moral of story: Anda fikir-fikirkanlah sendiri

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

18 comments:

  1. seram nye bace cite ni.. makhluk halus tu mmg ada kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa saya menulis nie pun tiba2 bulu roma naik...

      Delete
  2. erk...takutnye lah...kita kat mana2 pun kena sentiasa beringat...bkn kita2 je yg ada kat bumi Allah SWT ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sentiasa kena beringat sbb ada makhluk lain yg ada bersama2 kita

      Delete
  3. setiap tempat yagn kita pergi mesti ada penghuninya maka salam haruslah diberi dan berhati-hati selalu...selain itu mulut hendaklah dijaga selalu betul kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak ram...mulut kena jaga...kena jaga tertib dan tingkahlaku semasa berada ditempat yg kita tidak biasa pergi

      Delete
  4. Alhamdulillah..nasib baik dpt penawarnya...


    tulah..kkdg tkut jugak nk p cmping ke ape ke dlm hutan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah ada penawar...tp kak long saya cam trauma nak masuk hutan lg

      Delete
  5. seram baca crita nihh.. nseb baek dh bley diubati dh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..kisah nie dah lama berlalu tp masih segar dlm ingatan

      Delete
  6. mmm.....tak tahulah saya...mungkin juga kan????

    bukan tak percaya tapi saya pun ada pengalaman juga, jadi saya percaya ...kenapa makhluk halus bertindak demikian?

    ReplyDelete
  7. kadang2 tanpa kita sedari makhluk kita tak nampak kan..sbb t uada yg pesan masuk utan jgn ambil sesuatu atau buang air merata2.huhu

    ReplyDelete
  8. kalo msuk htn kene byk pntg larang ne..takut juga nk msuk htn..huhu

    ReplyDelete
  9. tulah bahayalah jalan seorang2 di dalam hutan...apapun moga di sembuh

    ReplyDelete
  10. salam...

    selain kita ada lagi makhluk2 lain yg kita tidak nampak...:) terima kasih sudi singgah komen di blog saya..

    ReplyDelete
  11. if boley elakkan masuk hutan yg tebal gituew...mcm2 hal blh jadi

    ReplyDelete
  12. fuhhh!!!seram sejukla baca cite su ni...tulah, kadang kita tak tahu makhluk yang tu kat mana kan...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...