Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Wednesday, May 16, 2012

: : Obor Hemah ~ A Samad Said : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal Melaka. Beliau ialah Saterawan Negara Malaysia 1986. 

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang Sasterawan Negara ini sila rujuk di SINI

Ini adalah salah satu puisi terindah dari beliau  tentang guru...


OBOR HEMAH

Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah;
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara ihsan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah.

Guru - atap ganti ketika pondok bocor,
ketika sejarah dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara,
ia - sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara dharma,
memesan angin menghikmahkannya.

Guru adalah penelaah yang tekun,
mewariskan dunia sebagai kutubkhanah,
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia,
ia mengemudi biduk, melepaskannya,
atas lambungan laut, merangsangkan
manusia menyelami rahsia khazanahnya.

Guru - minda segar dan kukuh akar,
menghidupkan batin yang bersih
di daerah dunia cemar kasih,
dan pada ketika tak tersangkakan,
walau diambilnya kemball semua buku,
sempat ditinggalkan asas i1mu.

Guru adalah batin suci hatinurani,
penjunjung budi, manusia yang takwa,
obor hemah kehidupan bangsa.

A. SAMAD SAID
2 APRIL 1988

 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

5 comments:

  1. dulu saya respek ngan beliau ni... tp semenjak die aktif berpolitik ni tahap kerespectan trhadap beliau dh kurang la...

    ReplyDelete
  2. semua tulisan2 beliau semua perfect.. masa sekolah dulu pernah jadikan beliau sebagai idola :)

    ReplyDelete
  3. masa praktikal jdi wartawan dlu, penah interview beliau..beliau mmg sempoi..dia siap bgi buku terbaru beliau masa tu yg mengandungi sajak2 sejak dulu lagi..mmg bangga dpt bertemu beliau..

    ReplyDelete
  4. mengikuti jugak la perkembangan beliau ni..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...