Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Monday, May 14, 2012

: : Pertama Kali Dalam Seumur Hidup : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Dalam entry yang lepas saya ada bagitaukan weekend nak buat apa. Sabtu baru-baru nie lepak ngan Kasma dekat SOGO. Kami janji nak jumpa bertiga tetapi sayang seribu kali sayang. Member seorang lagi tak dapat join. Khabarnya anak dia demam so dia bergegas balik ke Kuala Lipis Pahang.

Tak pe lah nak buat camnerkan. Jadi kami jumpa berdua jer la. Mula-mula tu hajat tak nak la bershopping tapi Kasma kata nak beli seluar jeans, saya sebagai rakan baik menemani dia tuk mencari jeans yang menawan hati dia. Ayat tak boleh belah kan? Pusing punya pusing perut dah lapar nie. Jalan-jalan cari makan. Pergi Nando's dalam SOGO tu tapi macam tak berselera pulak. Keluar gi Secret Recipe tapi malangnya beg seluar jeans tertinggal di Nando's so jalan laju-laju takut seluar hilang.

Alhamdulillah staff Nando's tolong simpankan. Terima kasih buat staff tu ek. Terlupa lak nama dia. Sebab dah malu tambah dengan penat so kami sepakat makan kat Nando's jer. Boleh pulak mcm tu kan.

Memandangkan kami sedang bercuti a.k.a bendera merah so x yah la duk kalut-kalut. Itulah kelebihan wanita yang tak ada pada lelaki.SOGO? Ada apa dengan SOGO tu? SOGO tu hari-hari sales. Entah apa yang sales pun tak tahu lah. Macam sama jer.Harga camtu jugak.

Lepas makan Kasma ajak gi karaoke. Tak pernah-pernah sumbangkan suara tiba-tiba ari tu kena nyanyi lak. Memang syok layan karaoke. Paling best nyanyi lagu dangdut. Ayuh gelek dong.....gelek lagi.....kita gelek lagi .Happening gila walaupun berdua dengan Kasma. Tapi macam tak berbaloi jer 2 jam RM 46 +++. Kalau nak tahu tengok kat Red Box Ria KL SOGO.

Lepas karaoke kami berdua ke Jalan TAR pulak. Cari kain 2-3 pasang. Pastu sambar kerongsang. Jalan-jalan sampai kaki nak patah. Singgah ker Secret Recipe, makan-makan kat situ sambil borak-borak. Cepatnya masa berlalu, dah nak balik rumah dah. Entah bila ada kesempatan nak jumpa kawan ku ini. 

Kasma...

Orangnya sangat manis. Baik hati. Suka tolong kawan-kawan. Kuat berahsia. Masa sembang-sembang ngan dia ari tu........ Sedih pulak. Serius tak pernah tahu tentang kisah silam dia macam tu. Dia tak pernah bagitau pun. Respek sangat pada dia. Walaupun dia lalui perkara-perkara yang sukar tetapi dia still berani. Doakan yang terbaik untuk Kasma. Semoga dia cepat dipertemukan dengan lelaki dikalangan orang yang baik-baik dan soleh.

Kasma....

Saya nak awak jadi kawan saya yang paling baik dalam dunia. Walaupun saya jumpa dengan ramai kawan baru tapi awak lain dari yang lain. Saya rasa sgt happy bila mula kenal siapa diri awak yang sebenar. Saya tak minta banyak dari awak. Saya harap awak akan setia dan jadi kawan saya sampai akhir hayat saya. Saya janji saya akan jadi kawan terbaik untuk awak. Miss you so much Kasma.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

8 comments:

  1. seronok dapat kuar bersama kawan...
    nasib baik dapat balik barang yang tinggal tuh..
    SOGO lama sungguh tak pergi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jumpa dgn kawan mmg best sgt....ari2 jumpa pun xpe
      alhamdulillah, baik betul budak tu. semoga Allah swt berikan rahmat dan kesenangan hiddup pada dia. jarang gi sogo tu..bila time nak jumpa kawan2 baru gi situ

      Delete
  2. saya pun nak jadi salah seorang kawan sya.....bertuah Kasma mempunyai kawan sebaik sya

    ReplyDelete
  3. sskali outing dgn kwn2 mmg best...nak2 kalau jumpa pula yg serasi.......

    Semoga prsahabatan kalian brpanjangan...amin.

    ReplyDelete
  4. but ... i dont wanna grow old!
    heheheee ...

    ReplyDelete
  5. mmg seronok keluar dgn kawan2 ni ..mcm hilang pulak segala masaalah...
    tapi dpt yg sekepala la kann..

    ReplyDelete
  6. rindu kat kasma ^_^ ingat lagi kepala dia yang gila2 tu ^_^

    ReplyDelete
  7. mahal jugak yer.. tp bila dpt kua dgn kwn.. xterasa sgt mahal sbb dpt jumpa kwn n eppy2.. :-)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...