Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Monday, May 14, 2012

Segmen: Kenangan Bersama Guru

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Tarikh tutup : 16 Mei 2012

 Meh sini duk rapat-rapat sikit. Saya nak bercerita tentang seorang cikgu. Cikgu nie saya sayang sampai sekarang. Nama cikgu nie Amran Bin Ibrahim. Isteri beliau bernama Delailah Mahmood. Beliau mempunyai 3 orang anak lelaki dan 5 orang anak perempuan yang semuanya comel2 belaka. Tak percaya? Sila singgah ke FB Cikgu Amran. Beliau kini mengajar di SMK Permaisuri Nur Zahirah kat Terengganu.

Bermulanya perkenalan saya dengan beliau. Eceh eceh macam couple pulok. Maafkan saya cikgu. Beliau mengenali saya melalui kak long saya. Beliau menjadi guru matematik kak long saya. Dah nama adik beradikkan...muka kak long ngan saya ada la iras-iras skit. Tak tahu lak yang cikgu nie duk usha saya selama nie....hehehehe. Perasan sudah. kalau cikgu baca nie sah2 kena rotan.

Pada tahun 1996 (pada bulan puasa) masa tu saya tingkatan 2, Cikgu Aminah merangkap guru kelas saya (betul ker ek cikgu tu guru kelas?)telah memanggil saya dan memberikan sepucuk surat berwarna putih. Eh eh sapa pulak yang bagi nie? 

Memandangkan masa tu budak-budak hingusan lagikan so cepat2 la bukak. Kad rupanya ingatkan surat. Siapa gerangan yang beri kad tu.Dah hbs baca tgk signature kat bawah tu......ABI....ABI...ABI.....sapa pulak nie? Mana de kawan nama macam nie. Tak puas hati. Saya gi tanya Cikgu Aminah. Mati-mati Cikgu Aminah tak nak bagitau. Dia kata amanah orang. Hampa sangat sampai habis kelas Cikgu Aminah tak bagitau sapa yang kirimkan kad ucapan tu.

Lepas 2 hari kejadian dapat kad misteri tu. Saya terserempak dengan Cikgu Amran. Beliau tahan saya. Dalam hati (Saya ada wat salah ker?)Rasa-rasanya sayalah pelajar paling baik, tak pernah langgar peraturan sekolah..Ppuuihhh....perasan lebih.

Cikgu Amran bertanya " Dah dapat kad raya dari cikgu?" Disebabkan saya blur.....Saya tak jawab, hanya sengih macam kerang busuk. Balik rumah saya tengok semula kad tu...ABI...ABI.....ABI....oh! baru saya tahu ABI tu untuk Amran Bin Ibrahim...Aisei man....camner boleh tak perasan. Petang tu jugak kalut cari kad raya tuk balas kad raya Cikgu Amran. Wajib la balaskan...cikgu yang kirim tu.....

Nak dijadikan cerita Cikgu Amran telah mengajar matematik tuk kelas saya semasa form 4 & form 5. Aisei man.....nie lagi satu masalah. Dah la saya lemah subjek matematik. Dapat lak cikgu comel nie yang ngajar. Tapi masa kelas matematik la yang paling best. Belajar kat kelas yang diberi nama "Klinik Matematik". Dalam kelas nie student belajar ikut kumpulan. Setiap kumpulan ada leader. Dalam kelas nie leh makan minum...Best x? Best x? Mesti lah best kan....Belajar sambil enjoy.

Part yang paling saya tak dapat lupakan, semasa mengambil result SPM tahun 1999. Cikgu Amran merupakan cikgu yang pertama ucapkan tahniah atas kejayaan saya yang membanggakan pihak sekolah...uwweekkksss....perasan tak habis-habis. Saya hanya dapat C5 tuk subjek matematik tetapi cikgu Amran memberikan duit RM50 kpd saya atas usaha saya untuk lulus dalam subjek tu. Terharu wei...sampai sekarang saya takkan lupa kalau ingat masa kejadian tu sure nangis...

Buat Cikgu Amran

Terima kasih cikgu kerana tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu untuk memastikan anak didikmu ini celik matematik.Terima kasih kerana menjadi cikgu yang terbaik dan seorang cikgu yang punya wawasan yang sangat tinggi untuk memastikan pelajar2 berjaya, cemerlang dan gemilang.

Doa saya untuk cikgu semoga cikgu berbahagia hendaknya disamping isteri dan anak-anak yang sangat comel. semoga Allah swt memberikan kesihatan yang baik untuk cikgu terus berbakti. terima kasih cikgu

p/s: Ada lagi kisah tentang cikgu bahasa Inggeris - Cikgu Zarinah. Cikgu nie kecik molek tapi suaranya sangat lantang. Kita jumpa di entry akan datang

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

18 comments:

  1. hehe..best kalau ada murid yg mengingati guru wlupun dh lama tgl sekolah. agaknya saya nati ada tak pglaman mcm tu.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu sekolah men ingatlah..tp sek ren..haruslah lupa..hehhe... xtau naper x ingat nama cikgu sek ren

      Delete
  2. wahh..siap dpt duit lgi yukkk.. untung sungguh la..hihi

    ReplyDelete
  3. thanks join segmen.. tak simpan ke duit tu.. hehee ada sentimental value tu.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. x sempat nak simpan...duit tu wat beli borang UPU

      Delete
  4. hohohooo...kalau aku yg jd cekghu tu....lima ratus aku kasi........ekekekkee

    ReplyDelete
  5. wah... cikgu ni bagus nye.. bg duit.. :)

    ReplyDelete
  6. ooooo....main kad2 plak dia..heeee..tapi betul la...cikgu amran tu jadi sumber inspirasi kita kan masa sekolah dulu,banyak bagi dorongan...cikgu amran,cikgu zarinah antara yang banyak memberi kenangan kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah la cik ngah....cikgu bg kad taw..masih disimpan sampai sekarg

      Delete
  7. ololoo...so suweeettt cikgu bagi kad raya tulis singkatan nama die ABI..heheheh..agaknye kalau cikgu tu tak kawen..err..err..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe....cikgu dah kawen da..masa tu dah de 3 org anak

      Delete
  8. rindu cikgu Amran, cikgu Zarinah & sume cikgu yang penah ajar kita dulu kan ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindu sgt kat cikgu2 tu semua...semuanya baik2

      Delete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...