Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Friday, June 15, 2012

: : BERSIH itu PENTING : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Alhamdulillah. Syukur kepada Allah swt, hari ini kita masih masih bernafas lagi. Bersua lagi kita di Hari Jumaat yang penuh berkah ini, Penghulu segala hari. 

Bercakap soal BERSIH. Nie bukan soal politik yer. Entry nie tak ada kena mengena dengan hidup dan mati politik. Tak berminat pun nak berbicara pasal politik.

Bercakap soal BERSIH semua orang tahu terutama kita sebagai orang Islam. Kebersihan itu sebahagian dari iman. Tetapi berapa ramai yang mengamalkan nya dalam kehidupan seharian kita?

Kebersihan ini luas. Kebersihan tentang diri sendiri, Kebersihan persekitaran tempat tinggal dan tempat kerja, kebersihan jiwa rohani. 

Ada satu perkara yang menyakitkan hati saya semalam.

Semalam, saya ke toilet kat ofis la. Toilet kat floor saya nie. Ermmm..tak tahu nak cakap la.....Kotor sangat. Boleh dikatakan pengguna toilet nie 98% semuanyer Melayu sudah tentu beragama Islam kan....Kat floor saya nie ada 9 pejabat. 

Saya tak tahu la macam mana toliet kat rumah diaorg nie. Dah guna toilet tu pandai2 la  flush kan. Ini tak dibiarkan jer sisa bahan buangan tu terapung-apung. Geli gila la. Saya bercakap tentang pompuan nie. Bergaya lebih. Harap muka cantik. Tebal ngan make up tapi pasal kebersihan totally out..terus ke laut.....otak dungu gila. Better kepala otak tu letak kat lutut jer la.

Bukannya budak kecik lagi nak diajar semua tu. Dah besar panjang. Entah2 dah status mak orang. Takkan la nak buat benda di hujung jari pun payah. Kat pintu tandas dah letak note "Flush it after Use" tu dalam bahasa omputih, dalam bahasa melayu pun ada" Lepas pakai sila tarik tali". Siap de gambar lagi kut2 la tak reti membacakan. Tu pun tak paham2 lagi.

Harap2 hari nie toilet tu bersih. Hari2 cleaner bersihkan toilet pun tak guna kalau orang yang guna toilet tu tak ada kesedaran sivik lgsg.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

7 comments:

  1. Btul tu kdg2 ada org tak de kesedaran nk jga kebersihan kmudahan awam camtu..

    ReplyDelete
  2. Hye.....
    Nak jemput join 1st Segmen saya.....
    Hope sudilah join ye... =D

    http://ayuejean.blogspot.com/2012/06/segmen-ayuejean-bapaku-idolaku.html

    ReplyDelete
  3. KLU TANDAS KOTOR CIK EN SANGGUP TAHAN WO..EHHEE

    ReplyDelete
  4. kebersihan separuh daripada iman... nape tandas umah kita leh bersih tp tandas kt office or tandas awam selalu kotor.. sebabnye adalah kita selalu pikir mesti ada orang lain akan membersihkannye....

    ReplyDelete
  5. Kalau kena anak kakak memang tak jadi membuanglah dia. Sebab itu kalau masuk public toilet kakak kena bersihkan dulu sebelum anak kakak si kecik tu masuk.

    ReplyDelete
  6. Mentaliti rakyat malaysia ni masih jauh kebelakang lagi, sbb tu tak suka nak pergi ke tandas awam :(

    ReplyDelete
  7. kalau tandas tu kotor sangat terbantut nak membuang..huhu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...