Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Friday, June 15, 2012

SEGMEN AYUEJEAN : BAPAKU IDOLAKU

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Untuk pengetahuan rakan-rakan, ayuejean telah membuat satu segmen bersempena HARI BAPA yang bakal tiba ni. Buat mereka-meraka yang terasa atau berkeinginan utk sertai segmen ayuejean, sila klik terus pada banner di bawah yer.


Syarat-Syaratnya...

1. Letak Header Blog dan follow AyueJean...
2. Buat entri bertajuk "SEGMEN AYUEJEAN : BAPAKU IDOLAKU"
Cerita kisah Bapa yang merupakan Idola korang tu.......
"Jangan lupa mention nama bapa korang ye......."
Ucapkan kata-kata yang tak mampu korang luahkan di hadapan Bapa......

3. Nak tag kawan boleh, tak nak pun takpe...

4. Dah siap????
Linkkan entri korang di RUANGAN KOMEN AYUEJEAN....

TARIKH TUTUP : 17 JUN 2012, 11 MALAM
==========================================================================

Abah saya bernama ALI BIN MAMAT dilahirkan pada 19 Disember 1959 di Kampung Senang, Kota Jembal Kota Bharu Kelantan.Abah saya anak bongsu dari 3 orang adik beradik kiranya abah saya nie anak lelaki tunggal dalam family.

Apa yang menariknya tentang abah saya. Pada zaman muda selepas hbs sekolah abah saya bekerja sebagai pembuat batu bata di kampung. selepas berjaya dalam temuduga sebagai kerani pos, abah telah di hantar ke daerah Kuala Lipis. Abah bekerja sebagai kerani pos di Pejabat Pos Kuala Lipis dari tahun 1978 sehingga tahun 1995.Selepas itu abah dinaikkan pangkat sebagai Pengurus cawangan Pos Malaysia di Padang Tengku (dalam daerah lipis jugak)pada tahun 1995-2010.

Dari saya kecik abah saya tak pernah merungut tentang penat lelahnya mencari sesuap nasi utk kami sekeluarga. Ketabahan abah membesarkan kami 13 beradik menjadikan abah sebagai super hero saya. Bayangkan lah dengan gaji abah tak seberapa tapi kerana keberkatan dari hasil sumber halal titik peluh yang ikhlas,alhamdulillah kami dapat menikmati hidup dengan sempurna.

Abah sangat pandai mengaji Al-Quran. Lantunan suaranya sangat merdu. Tulisan jawi abah buat saya sedikit cemburu. Pandai betul abah tulis tulisan jawi...kalau saya huh...hodoh bukan main....

Walaupun abah sedikit garang masa saya kecik2 dulu, sikap itu telah membentuk saya menjadi seorang anak yg berdisiplin, mampu berdikari sendiri, tegas dlam membuat keputusan, cekal hadapi kehidupan yg mendatang.

Terima kasih abah, jasa dan pengorbanan abah tak mampu lini nak ceritakan di sini. Semoga abah diberikan kesihatan yang baik, sihat tubuh badan, sentiasa gembira selalu.Lagi satu.....malu nak cakap..tak pernah lini cium pipi abah...cium tangan tu sudah tentu lah......abah..lini nak kiss pipi abah boleh?

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

9 comments:

  1. Terima kasih sudi join....

    Memang abah awk hero....
    Sbb berjaya menyara keluarga besar cmni...
    Sy salute.. =D

    ReplyDelete
  2. sweetnya entry ne lini.. nak kiss, kiss saja..msti abah terharu..

    ReplyDelete
  3. wah best awk masih ada abah..sye..

    http://tieffa19.blogspot.com/2012/06/segmen-ayuejean-bapaku-idolaku.html?showComment=1339748177406#c2129783375255426972

    Sayangilah abah awk ek.

    ReplyDelete
  4. wah.. hebatnya abah awk.. :') tanpa ayah siapalah kita kn..;)

    ReplyDelete
  5. sayu nyer baca n3 nie...
    tetiba rindu gak ngan abah yg nun jauh DISANA
    uwaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  6. Teringat abah sendiri dn abah mertua..abah lah yg brsusah pyah mncari rezeki untuk mnyara keluarga

    ReplyDelete
  7. semua ayah didunia ni mempunyai kelebihan masing2 kn... hope anti bile sy dh kawen, dh ada anak, sy pon leh jadi yg terbaik :).. aminnn

    ReplyDelete
  8. Sweet ^_^ hee. Tanpa ayah, siapalah kita:)

    ReplyDelete
  9. jasa n pengorbanan parent kita mmg besar kan.. mereka ada cara sendiri utk didik kita.. :-)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...