Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Monday, June 4, 2012

Siapa yang buat dajal nie........................

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Seperti biasa kalau tak lepak kat rumah di Meru pada hujung minggu sudah tentu saya pulang ke Sabak Bernam. Kampung husband. 

Tak ada aktiviti menarik pun. Nak memnacing belum tiba musim memancing lagi. ikan pun kecik2 jer. kesian pulak nak pancing. MIL kata kena tunggu 3 minggu lagi....Hati tak sabar nak pegang batang pancing nie. Tiba-tiba meroyan nak memancing pulak.

Hujung minggu dihabiskan dengan temankan MIL ke rumah kenduri kahwin dan majlis tahlil sekitar Taman Muhibah Sabak Bernam.Pada mulanya malas nak mengikut..ye lah menantu ngan mertua kan.....ada kendengaran suara2 sumbang...."Dah lama kawen tu tp xde isi lagi", "Merancang agaknya".....Kalau diikutkan hati mahu bagi penampar laju2 kat mak cik-mak cik tu mujur "rumah kata pergi kubur kata mari"..kalau muda belia mcm saya mahu saya karate sorang2.

Malas lagi nak cakap pasal tu. Mood tak de.

Korang perasan tak sejak akhir2 nie cuaca semakin panas. Macam nak berendam dalam kolam sepanjang hari jer. Bercakap tentang panas.....ptg semalam saya tido dalam kepanasan melampau. Dah macam duduk dalam oven. Nak tau ceritanya....

Lebih kurang dalam pukul 2.15 ptg, selepas solat zohor. Ingatkan nak luruskan badan kat ruang tamu. Tapi apakan daya bergelimpangan MIL, my husband dan adik2 ipar duk tido kt ruang tamu.......dah x muat nak selit kat mana2. maka dengan rela hati duk tido dalam bilik ke-2, bilik nie xde ruang udara jadinya saya biarkan pintu bilik terbuka.

Entah macam mana saya terjaga dari tido sbb merasa kepanasan tahap melampau. Badan berpeluh2. Baju basah lencun mcm kena siram sebaldi air.

Eh..eh..eh...takde elektrik ker? Saya bingkas bangun dari katil. Keluar bilik tgk elok jer kipas n tv kat luar terpasang. Tiba-tiba saya jadi marah...Darah dah naik ke kepala...terus saya tanya

Saya : Sapa yang tutup kipas bilik?

MIL : Tak tahu pulak

Husband : Bukan bi yang tutup

Adik2 ipar: Tak masuk bilik pun

Saya : Habis tu camner kipas tu leh tutup sendiri. Memang ader org tutup suis tu.

Husband: Nak tuduh bi la tu

Saya : Bi kan selalu dajal kan sayang

Husband : Ari nie tak buat ok..bi tido kat luar nie. Kejap bi tanya ayah

Husband dapatkan ayah kat luar lalu bertanya...

Husband : Tadi ayah de masuk bilik no 2 tak?

Ayah : Ada

Husband : Ayah tutup suis kipas tu ker?

Ayah : Dah takde orang, ayah tutup la. Membazir jer buka

Husband: Ada org la ayah. Si Sue tu tido dalam tu

Ayah : Mana lah ayah nmpk org dlm tu..gelap jer..ayah ingatkan bilik tu kosong..ayah tutup la kipas tu

Husband : Tak pasal2 orang kena marah

Ayah: Sue, ayah minta maaf. Ayah x tau kamu ada dlm bilik tu

Saya : x per la ayah...huhuhuhu


Rupa-rupanya FIL yang tutupkan kipas tu. FIL saya rabun .Maklum la orang dah dimakan usia. Mujur ayah yang tutupkan kipas tu. Kalau husband saya mau berperang depan MIL & FIL.

Kalau kat Meru, husband saya mmg sakit hati kalau tgk saya tido. mesti de jer dia wat tuk perdajalkan saya..paling teruk dia tutup suiz kipas n kunci pintu...dia suruh saya bangun la tu..dia dh tak boleh nak tido so ganggu saya jer la kerjanyer.

 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

14 comments:

  1. hehehe...
    x nampak rupenye..
    cerita mengsuspenkan tul

    ReplyDelete
    Replies
    1. suspen kan...dah dimakan usia..penglihatan dah kabur

      Delete
  2. hihihi...xpasal2 husband akak yg dituduh haha

    ReplyDelete
  3. mcm2 hal la
    bab anak tue mulut org kiter mmg gituew taw
    ai phm sbb ai pun kena even dh anak sorang ni
    stress khen...bukan theyols paham apa kiter rasa

    ReplyDelete
  4. Hoho.Sibuk je makcik2 tu.Rezeki Allah bagi taw . Tahu tahu? Kita usaha .

    Hmm perubahan bulan ni.Kan nak ramadhan , so berubah2 cuaca ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la tu cuaca panas sbb bulan ramdhan dh hampir tiba

      Delete
  5. skrg mmg panas kan...sy kat umah pasang kipas 2,3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kt umah lini, pasang kipas 4, 5 still panas.....

      Delete
  6. hihihi....kesian hubby kena marah ye..seb baik FIL tak kena marah jugak.

    abaikan aje mulut-mulut mereka-mereka itu..mereka bukan tahu pape pun pasal kita. yang penting kita asben & wife hepi :)

    ReplyDelete
  7. x berani nak marah FIL....dia x sengaja

    betul tu kak..asalkan sue & husband hepi....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...