Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Thursday, July 19, 2012

Jangan Kau Kata

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Jangan kau kata 
Kau kan rentas langit yang indah
Memetik bintang-bintang
Dijadikan kerongsang penghias dada

Jangan kau kata
Kau kan selam lautan nan dalam
Mencari mutiara
Dijadikan perhiasan bak batu permata

Jangan kau kata 
Kau sanggup mendaki gunung yang tinggi
Bukti luhurnya hatimu menghargai aku
Kau kan sentiasa di sisi

Jangan kau kata
Lautan api sanggup kau redahi
Ku bimbang kelak
Kau kan terbakar sendiri

Jangan kau kata
Kau kan membawaku
Meniti warna-warna pelangi
Ku bimbang kau tak mampu untuk berdiri


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

11 comments:

  1. selamat menyambut ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi..

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa utk ramadhan yg bakal menjelma nanti

    ReplyDelete
  3. Tangkap leleh nie.. :) Salam Ramadhan juga.

    ReplyDelete
  4. ni madah ker
    lirik lagu *matilah tataw*
    salam ramadhan uols

    ReplyDelete
  5. salam ramadhan ;)
    http://kamiboolat.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. amboi berpuitisnya.salam ramadhan ya..

    ReplyDelete
  7. buat semua yang drop komen kt sini...lini sgt berbesar hati...selamat menyambut ramadhan al mubarak.....

    p/s: kebanyakkan sekarang lini suka tulis madah, puisi, apa2 saja la...kalau lini letak lirik lagu...kt label tu lini akan code sebagai "lirik lagu". supaya uols tak terkeliru

    ReplyDelete
  8. Berkata boleh setinggi awan, namun melaksanakan kata-kata itu tidak semudah mengucapkannya. :)

    ReplyDelete
  9. Jangan kau kata
    tak larat nak berpuasa
    akan ku intai dirimu
    di ambang Ramadhan nanti

    ReplyDelete
  10. kretifnyer akk...mendalam kata2 dia :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...