Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Friday, July 20, 2012

Potluck Yang Terakhir

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


  • 6 ketul ikan tenggiri
  • 1/2" halia *
  • 4 biji bawang putih *
  • 1 biji bawang besar *
  • I sudu kecil biji sawi
  • Halba (nak letak pun boleh jugak)
  • 2 sudu makan cuka(boleh gantikan cuka dengan air asam )
  • 1/2 batang lobak merah (potong memanjang)
  • 1/2 batang timun (potong memanjang)
  • 1 biji lada merah & hijau potong memanjang
  • 10 biji bawang merah yg kecil2 (hiris nipis2)
  • 1 cwn air

Cara-cara

  1. Lumurkan ikan tenggiri dgn sedikit serbuk kunyit dan garam lalu digoreng hingga kekuning-kuningan. Selepas itu ketepikan.
  2. Kisar bahan2 bertanda (* ) dan tumiskan.
  3. Masukkan biji sawi dan halba. Tumis sehingga garing dan wangi.
  4. Kemudian masukkan air, cuka , garam dan gula. Masak sehingga mendidih.
  5. Setelah itu masukkan lobak, bawang kecil, lada merah dan lada hijau..(jangan layu sangat nnt tak sedap)
  6. Kemudian masukkan ikan dan timun.
  7. Pastikan gula dan garam diletakkan secukupnya yer
P/s: Kalau nak gantikan timun atau lobak tu dengan kubis pun  boleh jugak.


Gambar kat atas nie saya culik dari blog Suhaida. Kawan-kawan tahu tak nama masakan di atas nie? Pada mereka yang tak tahu, inilah ikan masak acar. Nak tahu macam mana nak masak ikan macam nie, resipi untuk masak ikan masak acar ni seperti di atas

Kenapa saya buat entri pasal ikan masak acar nie ek? Begini ceritanya. Hari nie, ofis husband ada buat potluck. Biasa la tu buat makan2 sebelum bulan Ramadhan.

Husband saya minta tolong saya masakkan ikan patin masak tempoyak tapi memandangkan ikan patin susah nak cari kat area Meru, Klang tu jadinya kami bersepakat untuk buat ikan masak acar.

Masakan nie simple jer. Saya belajar masak ikan nie pun melalui mak mertua. Masakan paling simple tapi best. Kepada mereka yang tak sukakan masakan jenis masam jangan sesekali mencuba yer....masakan jenis nie lebih cuka lebih best...

selamat mencuba.......


 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

10 comments:

  1. seddappp.. saya suka ikan masak acar ni... penah makan tapi tak penah buat... leh cuba no nanti hehe..

    ReplyDelete
  2. Tak pernah mkn or masak..ptt la tgk bhn2 cam msk acar tp knapa ada ikn..rupenya ikn msk acar ye..

    ReplyDelete
  3. ida x mkn ikan tp mak dh lm x buar acar buah...akk sebut neh, terus rs nk mnta mak buat..hehe ^_^

    ReplyDelete
  4. xpernah try lagi...hoho lepas ni kena try la hihihi

    ReplyDelete
  5. dgr banyak cuka pun dah kembang liur ne..awat masam sangat ye??

    ReplyDelete
  6. ikan masaka acar?... xpnh try masak lg ni.. leh cuba :-)

    ReplyDelete
  7. mcm best je.nnt bleh try.ofis sy pon bt potluck sebelum puasa :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...