Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Friday, August 3, 2012

Azan pada pukul 5.05 pagi......

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Untuk pengetahuan rakan-rakan, sudah 2 hari saya duduk di rumah kakak saya di Taman Keramat AU2, Kuala Lumpur. Mesti ada yang pelik kan? Ada husband tapi duduk dengan kakak.

Lari dari rumah ker?
Bergaduh dengan husband ker?

Tak nak.....tak nak.....tak nak..... jangan fikir yang negative yer. Husband ada aktiviti berbuka puasa dengan anak-anak yatim anjuran office dia.....so dah jadi pihak penganjur kan....sure balik lambat. So husband bagi kebenaran duduk kat KL. Katanya bagi peluang berbuka dengan adik-beradik kandung...sweet kan....


Pagi tadi macam biasa lah. Saya dah set alarm phone pukul 4.00 pg. Bila dah alarm tu melalak2 tak ingat dunia saya bingkas bangkit. Panaskan lauk jer. Sudah makan lepas tu lepak2 jap. MAna boleh lepas makan terus baring kan......tak elok. Tak baik untuk kesihatan. Dalam kul 4.45 baru terlelap. 

Tiba-tiba......

Terdengar laungan azan. Ingatkan mimpi. Terus bangun dari tidur. Tengok jam pukul 5.05 pagi. Eh rasanyer baru jer tido tadi. Kenapa dengar orang azan nie. Tengok sebelah. Mata adik saya dah terkebil2. 

Saya: Dengar tak?

Adik Lin: Dengar

Saya: Ko dengar apa?

Adik Lin: Dengar orang azan la

Saya: Baru kul 5.05  pagi nie....jam rosak ke?

Adik Lin: Takkan la jam dinding, jam tangan, jam hpone rosak serentak kut

Biar betul nie. Takkan nak kejutkan orang bersahur dengan azan kut......

Tak paham la..Pastu dengan muka blur terus tidur semula...Dalam pukul 6.15 terjaga semula....masa untuk mandi, solat dan pergi kerja

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

31 comments:

  1. lah dh nak sama ngan sabah tp kitorg 4.51

    ReplyDelete
  2. uik dah dekat dah sangat dgn rumah mak dara.. rumah mak di AU5 hehe

    ReplyDelete
  3. Memang di sesetengah tempat dilaungkan Azan untuk mengejutkan orang bersahur. Tapi dalam kes Lini ni kakcik tak tahulah kalau muazzin tu tersilap melaungkan azan sebelum waktu. :)

    Sehingga hari ini, kakcik bangun di jam 4 pagi dan memang tak sempat untuk tidur semula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ader yer kak cik org azan tuk kejutkan org bersahur.....

      kalau lini duk klang mmg lini tak tidur lps bersahur sbb nak kejar tren komuter pukul 6.11 pg...pukul 5.30 pg dh kena gerak gi stesen komuter. Dah duk Kl nie x risau sgt sbb public transport byk...

      Delete
  4. tersilap tengok jam kot...tapi nasib baik dah sahur kan... :)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum sue....tersilap kunci jam kot..:)

    ReplyDelete
  6. Siapakah yang bersalah....atau
    Acah Mak Labu yg bersalah ^_^

    ReplyDelete
  7. Bilal tersilap atau memang cara dia nak kejut penduduk bersahur. Tanyalah kakak kot memang di situ begitu caranya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah 5 thn duk kt keramat tu x pernah de org azan tuk kejutkan org bgn sahur...tu yg peliknyer

      Delete
  8. kat tmmpt sy di gombak mmg biasa dah. azan utk kejutkan org.. xtau la apa motifnya. nk bg org terkejut terus bangun kot. hehe.

    ReplyDelete
  9. bukan mimpi rasanya....
    awalnya azan memang konfius......

    ReplyDelete
  10. kalo kt sarawak..dah ngam la azan tuh..hihi

    ReplyDelete
  11. awal betol...slh tgk jam dh ni ke ada org yg ubah wak2 jam bilal 2...

    ReplyDelete
  12. kalau kat tempat sy... masa tu dah nak masuk imsak...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...