Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Monday, August 13, 2012

Persiapan raya & baju sedondon?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Tinggal beberapa hari lagi Ramdhan akan meninggalkan kita buat sementara waktu . Entah masihkah ada peluang untuk bertemu Ramdhan akan datang. Semuanya itu rahsia Allah swt.

Semoga Ramadhan kali ini kita menginsafi dan muhasabah diri. Semoga kita melakukan perubahan ke arah kebaikan. Semoga amal ibadat kita diterima oleh Allah swt. Semoga allah swt menghapuskan dosa2 kita. 

Memandangkan Syawal akan menjelma tidak lama lagi. Bagaimana dengan persiapan hari raya? Masih ada lagi yang tak bershopping raya termasuklah saya. Dah tua-tua begini mood nak beraya memang ke laut. Lebih2 lagi tahun nie giliran beraya di kampung husband la pulak. hehehee...Adil la kan..kena ikut giliran baru la takde yang bermasam muka menjelang raya.

Tahun nie saya tak buat persiapan apa2 pun lagi. Kuih raya tak beli lagi. Rumah tak bercat lagi. Baju raya ? Ada 3 pasang kat rumah mak mertua tp tu bukan baju raya tu baju tuk wat gi kerja.....Baju raya memang tak buat pun. Nak beli yang ready made jer. Warna apa? 

Barangkali ramai rakan-rakan yang akan kata...hari raya kalau pakai tak sedondon mesti kurang meriah ~ mood macam lain jer ~ takde rasa kemeriahan. Perlu ker sedondon? 1st time raya sebagai kat umah mak mertua mmg saya jer yang pakai baju warna lain sbb baju saya tak siap......huahuahua......sedih? Takde la sedih sgt pun sbb dah biasa begitu.

Tahun lepas takde tema pun. Husband beli baju melayu warna kuning. So husband ckp saya pun kena beli baju warna sama gak. Kalau tak sama tak boleh ker?

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

14 comments:

  1. hmm ikut je linie.. beli la sepasang sedondon.. :p

    ReplyDelete
  2. sedondon dari jauh dah dapat kenal.. oh itu keluarga si polan si polan :)

    salam kenal

    ReplyDelete
  3. family wani mmg tiap2 taun sedondon raya eheeee

    ReplyDelete
  4. sy masa bujang pun tak pakai sedondon ngan family tapi bila dah kawen,mesti lak sedondon dgn cik abam dan family dia kalau beraya sana..

    ReplyDelete
  5. kalau sedondon mmg cantikkan...
    tapi tahun ni tak sedondon..

    ReplyDelete
  6. tahun ni hubby nak berwarna warni.......

    ReplyDelete
  7. beli la sedondon lini,baru sehati sejiwa..heeee..betullll dah tua2 ni...mood beraya pun ke laut..heeeheee

    ReplyDelete
  8. raya tahun ni harapkan hubby jek yang membeli tp smpai skang x beli beli..sgt risau ok klo soh org laki ni pi shoping sendirian berhad..ade yg bwk blik bju kurung saiz L or XL ..nehi nehii...

    ReplyDelete
  9. huhu....xsedondon pun...kedondon jer..hihi...msing2 bju raya wrne len2...

    ReplyDelete
  10. sedondon la best su ^_^ dari jauh lagi org dah taw mana satu pasangan kite, takyah susah2 nak kenalkan lagi....heheee...

    ReplyDelete
  11. Aku x penah sedondon....tiap tahun..mood raya ke laut....hahahaa

    ReplyDelete
  12. bile sedondon bru la suwit gitu hihi

    ReplyDelete
  13. takdela sedondon betul..tapi saya dan suami akan pakai warna yg hampir/seakan-akan masa raya pertama tu.

    *btw..tahniah! awak jadi pemenang kuiz ramadhan kat blog saya. tepat & pantas..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...