Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Sunday, September 23, 2012

Berita yang mengejutkan....

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

 Hari Jumaat lepas, my hubby pulang ke Sabak Bernam utk ambil MIL dan FIL. 

Tujuan asal, nak melawat maksu (adik FIL yang bongsu) di UMMC kerana maksu di masukkan ke wad kerana "Liver Disease". Pagi semalam bangun awal pagi dan buah sarapan sebab hajat nak ke UMMC tu pada pukul 8.00 pagi. Apakan daya Allah lebih menyayangi maksu. FIL dapat panggilan dari suami maksu dan mengatakan maksu telah disahkan meninggal dunia lebih kurang 7 pagi.

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un.......

Tak sampai hajat nak tgk arwah di hospital. Kami bergerak ke Banting, destinasi dituju adalah rumah arwah. Arwah dimandikan dan dikafankan di rumah dan disembahyangkan di masjid. Selepas zohor arwah dikebumikan.

Selepas majlis tahlil di rumah arwah maksu, kami gerak pulang ke Meru pada pukul 10.00 malam. Sampai kat Meru lebih kurang pukul 11.30 malam....

Dapat panggilan dari abah di Kelantan...abah bagitau berita yang mengejutkan.....sepupu saya telah meninggal dunia pada pukul 11.15 mlm.....Sepupu saya yg bernama Iman ini adalah anak bongsu pak sedara saya yang bernama Ramzani. (adik mama saya)...
Ya Allah.....berat sungguh perkhabaran ini....

Al Fatihah

Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.....Semoga roh mereka dicucuri rahmat.....Amin

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

14 comments:

  1. takziah yer...Alfatihah.. semoga arwah di tempatkan di tempat org2 beriman..

    ReplyDelete
  2. Takziah ye su dan keluarga mertua...
    Alfatihah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. al-fatihah buat mereka yang telah pergi... moga dibariskan bersama golongan yg soleh. amin

      Delete
  3. Al-Fatihah.... salam takziah dari kami sekeluarga.. semoga roh kedua-duanya dicucuri rahmatNya

    ReplyDelete
  4. Salam kenal sue..

    ALLAH is the best planner.. kita ni hanya perancang yang serrba serbi kerdil..

    ReplyDelete
  5. As salam Sue...

    Salam Takziah dari akak semoga roh-roh mereka ditempatkan dikalangan mereka-mereka yang beriman dan tabahkan hati serta kuatkan iman sue sekeluarga ye.

    ReplyDelete
  6. al fatihah utk kedua2 arwah n salam takziah utk awk..

    mesti sdh kan.. yela, pemergian 2 insan pd hari yg sama..

    ReplyDelete
  7. Terima kasih buat kawan2 yang singgah di sini...terima kasih atas ucapan dan doa kalian semua.......semoga kita diberi kesempatan utk hidup dgn penuh kasih sayang

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum sue...al-fatihah buat arwah....:(

    ReplyDelete
  9. Innalillahhiwainnailaihiojiun...

    takziah dan al-fatihah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...