Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Tuesday, September 25, 2012

Great Doctor ~ Awesome !!!!!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 






TV Show: The Great Doctor / Faith (Link)
Director:Kim Jong-Hak
Writer:Song Ji-Na
Network:SBS
Episodes: 24
Release Date: August 13, 2012 
Runtime: Monday & Tuesday (Astro Channel 393)
Language: Korean
Country: South Korea

Raja Gongmin (Ryu Deok-Hwan), yang telah dijadikan tebusan di Yuan (China) untuk tempoh masa yang panjang, menjadi Raja Goryeo (Korea). Beliau dipaksa berkahwin dengan Puteri Nogoog (Park Se-Young), yang merupakan Puteri Yuan. 

Dalam perjalanan dari Yuan menuju ke Goryeo, Raja Gongmin dan Puteri Nogoog dan pengiring2 mereka menginap di sebuah rumah penginapan. Kumpulan Raja ini telah diserang oleh pembunuh upahan dan menyebabkan Puteri Nogoog telah tercedera. Jang Bin (Phillip Lee),merupakan doktor terkenal di Goryeo, menyatakan bahawa dia tidak boleh menyelamatkan puteri. Jika Puteri Nogoog mati, Yuan akan mengambil alih Goryeo sepenuhnya. 

Suruhan Raja Gongmin meminta Raja Gongmin untuk pergi berdoa di atas gunung berhampiran pintu gerbang misteri. Apabila mereka sampai ke sana, mereka melihat Pintu gerbang itu bercahaya. Orang suruhan Raja Gongmin memberitahu Raja bahawa cahaya itu sebenarnya adalah sebuah portal di mana mereka boleh mendapatkan seorang 'tabib sakti' dari kayangan. Raja Gongmin menitahkan Jeneral Choi Young untuk memasuki portal dan mendapatkan 'tabib sakti' untuk menyelamatkan puteri.



Selepas memasuki pintu gerbang itu, Jeneral Choi Young (Lee Min Ho) mendapati dirinya dikawasan yang sangat pelik. Beliau melihat bangunan moden, orang kontemporari dan kereta. Choi Young kembali ke kuil, yang sebenarnya adalah satu kawasan kampung tradisional di tengah-tengah bandar Seoul dan tempat sami berjalan. Choi Young meminta bantuan sami untuk mencari 'tabib sakti' @ doktor (zaman moden) yang hebat. Sami memberitahu Choi Young bahawa terdapat satu persidangan doktor2 di bangunan COEX. Dengan tidak membuang masa Choi Young segera ke bangunan tersebut.


Tanpa disedari beliau kemudian memasuki bilik seminar dan melihat seorang wanita sedang memberi taklimat. Wanita itu adalah Dr Yoo Eun-Soo (Kim Hee-Seon). Choi Young percaya bahawa dia adalah doktor yang hebat. 



Untuk mengetahui kisah selanjutnya boleh la tonton drama ini di Astro Channel 393. sekarang nie dah episode 5. Kita saksikan bagaimana pengamal perubatan zaman moden bertembung dengan pengamal perubatan tradisional...awesome....sangat suka cerita2 macam nie. Adik Liana saya yang tak suka layan cerita korea pun boleh jatuh cinta dengan drama ini....
 

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

13 comments:

  1. tak dpat nak tonton lah sebab x langgan astro

    ReplyDelete
  2. Oooo doctor dulu dulu operation pakai pedang jea yea..hebat, hebat! hehehe

    ReplyDelete
  3. Owh pernah tgk review cerita ni kt blog mana dulu ntah..
    cerita ni dh ad ending ke? malas plak nk tnggu dia keluar satu2 episode xD

    ReplyDelete
  4. wah skarang kecoh pasal cte neh ! best sb ad lee min ho . auw . boypreng kite :P

    ReplyDelete
  5. astro rumah saya tak amik chanel 393 ni.... best ke cerita dia

    ReplyDelete
  6. Akak dah lama tak tengok cerita2 macam ni...rasa rindu pulak.

    ReplyDelete
  7. Ai tgk kat blog Korea
    Now dah epi 14 this week habis la
    Another 2 epi to go
    Hope sensei tu x mati la ♪───O(≧∇≦)O────♪

    ReplyDelete
  8. aiseyman....kita x minat citer korea la....hehehee

    ReplyDelete
  9. Ros tak pernah tengok cerita ni.. tak ada astro :(

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...