Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Tuesday, September 18, 2012

Weekend yang penuh sarat..........

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Weekend baru-baru nie aktiviti memang penuh sangat-sangat. Adik Yana nak tumpang tidur kat rumah di Meru sambil2 buat report praktikal yang perlu di hantar pada hari Jumaat minggu nie.


Memandangkan begitu ceritanya, husband dan adik2 ipar jer la yang pulang ke Sabak Bernam. Bukan main seronok yer, wife tak ada. Jadi orang bujang sekejap yer....

Pada pagi Sabtu baru2 nie....jiran sebelah datang jemput makan sebab dia ada buat kenduri tahlil dan doa selamat. Dia dan suami akan berangkat mengerjakan haji pada 26hb September nie. Alang-alang dah jemputkan...pukul 2 petang saya gi umah jiran tu la...kita berewang la gamaknya.....Wah meriah gila...dah macam family sendiri jadinya....

Rewang dari kul 2 petang sampai pukul 7.30. Majlis tahlil dan doa selamat dibuat selepas waktu Isyak. Mujur la saya sedang bercutikan.....takde la terkejar2 nak solat lagi nak mandi lagi.... Dalam pukul 9 gi lah makan kat umah jiran tu. 

Esoknya ari Ahad, ada kenduri besar pulak.....Dalam kul 8 pg dah start merewang lagi.....hbs rewang dlm pukul 12.30 tengahari...balik umah rehat kejap sambil layan drama Korea "Great doctor"....sempat lagi layan drama tu.....pukul 2.30 petang gi makan2 kat umah jiran......niat hati nak tolong la diaorg kemas2 kan umah tapi akak tu cakap..."tak yah la Sue, penat Sue. Sedara mara akak ada biar diaorg pulak yg tolong kemaskan". 

Akak tu pesan nanti kalau ada hajat apa-apa yang minta dia doakan...tulis dalam kertas dan bagi pada dia..insyaallah dia akan tolong......hati berbunga riang.....apa hajat di hati yer?
  
Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

9 comments:

  1. Replies
    1. alhamdulillah dapat jiran yg boleh bertolak ansur

      Delete
  2. beshnyer dpt merewang mcm tu..boleh erat silaturahim dgn jiran tetangga hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka join rewang tp tulah...ari minggu sure balik kg husband camner nak kenal jiran kan..

      Delete
  3. erm...doa ape yg paling akak idamkan? akak je yg tau...hihihi

    ReplyDelete
  4. Salam kenal Sue dan follow sini.
    Beruntung dpt jiran yg baik camtu.

    ReplyDelete
  5. berdoa di dpn kaabah, insyaAllah termakbul :-)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...