Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Monday, October 8, 2012

Bercuti la sangat......

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 



Jumaat lepas seperti kebiasaanya pulang ke Sabak Bernam. Rasanya husband saya ni jenis homesick, dia tak leh nak duk berjauhan dengan mak ayah dia. Tiap2 minggu wajib balik sana. 

Wahai hati bersabarlah yer.....Kemungkinan ada kemanisan di sebalik kepahitan yang kadang kala kita tidak tahu hikmah dan nikmat2 yang tersirat di sebalik tiap2 dugaan dan cabaran itu.

Hari Sabtu rancang nak ke BNO(Bagan Nakhoda Omar). Rancang nak gi kul 4.30 petang alih2 kul 5.30 jgk gerak gi situ. Geram jangan nak cakap la. Kalau adik saya dah lama saya ketuk2 kepala tu. Nie husband mujur la kesabaran nie ada lagi....BNO nie kat area Sabak Bernam gak.....kat situ leh tengok laut.....leh tengok matahari terbenam...best sangat..duk kat situ layan perasan sorang2 memang satu kenikmatan yang tak terhingga. Dapat hirup udara segar. Lihat kebesaran Allah swt..betapa indahnya dunia.

Hajat nak amik gambar la..ala2 supermodel kat tepi laut kan...Hampeh betul la. Kamera bawa, tapi bateri pulak yg tak dibawanya. Meroyan jap. Boleh pulak husband gelak2 padahal salah dia.

Memandangkan tak leh nak bergambar2 kan.....gi pekena ABC dan kerang bakar kat kedai. Best nya dapat mkn kerang bakar tp org ramai sangat masa tu. Service jadi super lembap. Kena paham la hujung minggu ramai mak bapak bawa family diaorg lepak2 tepi laut tu

Kul 7.00 ptg, gerak balik umah la dah maghrib tak elok kan..karang de yang tersampuk pulak.....Balik rumah tak yah masak. Mak dan ayah mertua gi kenduri, husband dan adik ipar keluar gi beli KFC dan roti canai. Harapan tuk menternak lemak menjadi....yes..yes..

Hari Ahad tak buat apa2 pun. Lepas buat sarapan baring2 tengok tv cerita entah apa2 pastu tertido.....pukul 11.00 terbangun pastu mak mertua cakap masak tengahri lambat sikit la. Hoorreeyyyy......sambung tido lagi sampai kul 2.30...bangun mandi dan masak tuk makan tengahari bawa ke malam la jawabnya...seronok kan....

Gerak balik Meru dalam pukul 8.30 malam. Kena hantar anak sedara kat Pinggiran Subang. Sampai kat umah akak ipar dalam kul 10.00 mlm. Akak n abg ipar belikan sate samuri la pulak....makan lagi...terima kasih Kk Ina dan Abg Ipin....dah lama sangat tak pekena sate samuri. 

Gerak balik Meru semula kul 12.00 tengahmalam, sampai umah tepat kul 12.35 tgmlm. Angkat beg, masukkan baju kotor dalam bakul, gosok gigi,basuh kaki dan tido......kul 2 lebih baru terlena...aduyai.....


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

12 comments:

  1. sya pun homesick...hehehe,,tiap bulan mesti 2 kali balik

    ReplyDelete
  2. pergi laut best dapat pula tgk matahari terbenam, indahnya ciptaan tuhan.....

    ReplyDelete
  3. apa yg best kat sabak bernam ek..xpernah sampai lg kat situ

    ReplyDelete
  4. bestnya dpt lepak tepi pantai,cantik gambar tu

    ReplyDelete
  5. Saya pun home sick...dah setahun lebih dok kat rumah jea!...hahahaha

    ReplyDelete
  6. lama su tak tayang gambo kampong hubby su...suka tgk su mengail ikan kat sawah tu...sukala tgk sawah....tenang je hati :-)

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum azu...cantiknya gambar pemandangan tu...;)

    ReplyDelete
  8. dulu saya sblm ada ank, hubby pun tiap2 mggu ajak balik umah MIL.. tapi skrg dah ada anak, kami byk hbskan masa 3 beranak dkt umah je.. :-)

    *saya xda plak adik or kakak nama najwa @ wawa... saya ank sulung... adik ada, tapi nama lain.. kenapa yer?.. :-)

    ReplyDelete
  9. Kadang masa cuti niat nak rehat sungguh-sungguh tapi jadi penat dan letih bila berjalan ke sana-sini. Yg sedap tekak dan perut kenyang itu je...

    ReplyDelete
  10. wani klu blk umah MIL petang2 husband bawa wani ngan qalief lepak2 kt tepi aut...beshhhnyerrr

    ReplyDelete
  11. Sayangnya tak dapat bergambar ye, nak buat macam mana dah terlupa kan...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...