Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Monday, October 29, 2012

: : Cerita di malam raya Aidiladha : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Malam jumaat lepas gerak dari Meru ke Sabak Bernam lebih kurang dalam pukul 9.10 malam gitu la. Memang dah agak dah mesti jalan sesak punya la.

Memandangkan husband tak nak dengar nasihatkan jadi biarkan jer lah. Lagipun dia yang drive kan, so yang duk menumpang jgn banyak bunyi karang kena tinggal tepi jalan pulak....

Masa masuk Jalan Kapar pun, jalan dah semakin sesak ditambah dengan hujan gerimis dan akhirnya semakin lebat. Menambahkan kedinginan malam tu. 1 kereta 5 orang naik.....saya satu2nya bunga diantara 4 ekor kumbang yang tampan2 semuanya.hehehehe...

Bila hujan semakin lebat ditambah dengan sejuk aircond lg, perut pun terasa lapar. Singgah kat Tanjung Karang. Fulamak semua kedai full. Tak pernah2 tgk situasi begitu. Alhamdulillah ada ruang kosong utk kami berlima. Order makan dan makan dgn pelahapnyer(yang nie mengarut sudah). 

Lepas bayar makanan, kuar dari kedai. Diaorg semua menuju ke 1 tempat iaitu KFC. Dalam hati nie tertanya2 gak la "diaorg nie tak kenyang2 lagi ke?" Masa nak order tu Staff KFC tu kata ayam semua dah habis tinggal kentang ajer....hahahhaa....pulak dah. Tak pernah2 KFC kehabisan ayam. Ker malas nak masak adik2 sayang oiiii???!

Apa nak buat naik kereta teruskan impian sampai ke puncak. Alhamdulillah kami selamat smpai ke Sabak Bernam dalam kul 1 lebih..kesian kat MIL & FIL menunggu penuh sabar kepulangan anak2 tercinta...kikihkih

Sampai kat umah semua duk bercerita sakan. Pukul berapa nak tido nie? Pagi nnt nak bangun awal pulak. dalam kul 3 pagi terlena jua akhirnya.....

Dalam hati: Mujur masa dah sampai Sabak Bernam MIL dah siap2 masak : Kuah kacang, nasi impit, pulut kuning dan kari telur so takde lah berkejar2 nak memasak pulak. Agak terkilan sbb tak bawak apa2 tuk MIL. Hajat nak buatkan rendang kerang tp encek husband tak sabar2 nak balik alih2 lambat jgk sampainyer. Kalu duk umah masak rendang kerang mesti dah siap. huhhh...."MIL cakap tak payah bawa apa2 la Sue, ko tu kerja ,balik penat lain kali jer kita masak sama-sama. 

Baik tak MIL saya....MIL saya tahu saya nie jenis yang rajin menolong kt dapur.......(masuk bakul angkat sendiri lor)
 
Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

4 comments:

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...