Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Friday, October 12, 2012

Charcoal Mask punya pasal

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Nampak sangat ketinggalan zaman kan. Apa yang ketinggalannyer. Meh nak cerita skit. Petang semalam BW kat blog milik Noor Alina Ayu.

Ceritanya pasal testimoni pertama Charcoal mask...amenda Charcoal mask tu...? Nak tahu punya pasal..godek2 la kat Charcoal Mask.

Semalam saya ada tanya Noor Alina Ayu tentang harga CM tu. Tak de la mahal sangat. Mampu jer beli. Dah pasang niat nak beli ngan Ayu. Balik kerja semalam bagitau la kat husband tentang CM tu. Wajibla kan bgtau husband before beli. Karang dia dapat tahu kecik lak hati dia sbb belakangkan dia dalam soal beli2 barang nie walaupun untuk brg peribadi kita kan. Husband macam tak setuju jer. Kulit saya nie sensitif jadi husband takut la duk pakai produk macam2 kat muka karang muka dah elok2 jadi semacam pulak. 

Dah husband tak setujukan so diam jer la....macam protes dalam diam pun ada sbb tak bercakap dah lepas tu bknnya apa saya nak test pakai jer pun....kecik ati tau.

Malam tadi husband keluar rumah. Katanya nak jumpa kawan jap. Baru teringat malam tadi ada perlawanan bola sepak ATM lwn LIONS XII. Tak kisah la, husband nak tgk bola ngan kawan2 jer pun. 

Lebih kurang dalam pukul 12.00 lebih dia balik. Masa tu saya dah tidur pun tapi terjaga sbb bunyi motor yang membingitkan telinga tu. Saya bangun la bukakan pagar. 

Tengok husband duk sengih2...geram pulak tgk dia nie. Ada benda tak kena la tu. Lepas buka pagar saya terus masuk bilik, sambung tidur la. Lepas tu bunyi suara husband mintak tolong buatkan air. Alahai.....nak dapat syurga kan....wajib la turutkan titah perintah (hehehhee). Selesai buat air tu, otw nak masuk bilik , mata nie ternampak sesuatu kat atas meja...apa dia?

Tu dia....bila masa pulak dia gi beli...ooooo mesti masa dia keluar tgk bola tadi. Siasat punya siasat. Husband gi beli kat kedai Daiso kat Setia City Mall. Harga CM nie RM5 seunit. Murahkan?

Saya tanya dia kenapa tak mau bawa saya sekali gi beli. Husband cakap nanti mata saya melilau tgk barang2 lain....hehehhe...

Terima kasih bi kerana belikan CM nie yer....lainkali leh tolong belikan lagi.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

17 comments:

  1. ololooo sweetnyer ^_^ suka sangat...heheeeee...

    ReplyDelete
  2. amboi, bestnya suami prihatin psal produk kecantikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. awaK..masalah tuk review blog awak tak selesai lg....nnt saya wat entry tuk tu yer...tak tau sbb apa..maybe silap kt belah saya kut

      Delete
    2. yeke? ok, sy tggu.... tkde entry best pun beberapa hari ni, xda ilham n bt kerja lain byk....ms free bw blog kwn2 je...

      Delete
    3. yg xda entry best tu, sy mksdkan blog sy....

      Delete
  3. comel je bungkusan mask tu..nak gi cari la..

    ReplyDelete
  4. lom ada idea la nk buat header lagu mana huhuhuu

    ReplyDelete
  5. Tengik si isteri macam tak senang hati tak bagi beli tu dia belikan sampai dua... mana ada suami tak sayang isteri dia kan:)

    ReplyDelete
  6. murah je upenye... selalu dgr org kata best produk ni..

    ReplyDelete
  7. Terima kasih buat kawan-kawan yg sudi singgah di sini dan drop komen kt entry nie...produk nie mmg best tau.....nnt sue buat entry pasal nie lagi ek....:-)

    ReplyDelete
  8. hai, CM ni mmg susah nk cari, cpt sgt habis. pada sesiapa yang selalu xdpt bli CM tu di daiso, blh la order dgn sy.. blh visit fb page sy: http://www.facebook.com/saranghealthandbeauty :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...