Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Friday, October 5, 2012

Digelar Kelantan Murtad

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Apa kes panggil orang murtad? Tau tak murtad tu maksudnya apa? Tak tahu ek...tu lah masa ustaz dan ustazah ngajar dulu duk main2 kan dah jadi bengong cam tu. Meh sini nak bagitau sikit jer.

Dari sudut bahasa, “Murtad” adalah dari bahasa Arab yang berasal daripada perkataan “Riddah”. Kamus-kamus bahasa Arab menjelaskan bahawa riddah bermakna kembali daripada sesuatu kepada selainnya. Oleh itu dari sudut bahasa, murtad bermakna orang yang kembali daripada sesuatu kepada selainnya.

Ada pun dari sudut syara’, dengan merujuk kepada penjelasan para ilmuan Islam, murtad ialah seorang muslim mukallaf yang keluar daripada agama Islam sama ada dengan kepercayaan, perkataan atau perbuatan, dengan kehendaknya sendiri.


Nak tahu lebih lanjut cari ustaz or ustazah belajar agama semula yer...balik ke pangkal jalan...kesian kat mak ayah awak.
 
Mesti ramai yang tertanya-tanya kan takde mukadimah terus serang hendap mcm nie. Hati tengah panas nie. Ada la sorang kawan tu nak kata kawan takde lah maybe boleh jatuh kategori kenalan kut.

Orang senegeri dengan saya yang berbezanya dia dilahirkan dan membesar di sana. Saya pulak hanya dilahirkan di sana tp dibesarkan di negeri Pahang.

Kami baru jer kenal. Dia terkejut sebab saya asal negeri sana nun tp tak tahu nak cakap dialek belah sana. Teruk kena perli2. Siap dia kata " makan budu tp xleh nak ckp dialek sana, org kelte murtad nie".

Suka suka hati jer nak bahasakan saya sebagai "kelantan murtad". Hello kawan, kalau saya duk kat negeri nun dr kecik lagi dah sure saya terror ckp dialek awak tu tahu tak...nie dah dekat 30 thn saya duk merantau kat negeri org....dr kecik pulak tu gi merantau.....apa yang awak tahu pasal family saya?

Moral of story: ??Budak nie nak kena luku2 kepala dia..biar dia sedar sikit
 
Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

12 comments:

  1. sabar ajelah....org2 yg ckp ikut sedap mulut ni mmg nk kena... jumpa buku dgn ruas baru dia tahu.

    ReplyDelete
  2. mmg pkataan 'murtad' slalu org guna tnpa rse pape sdgkn mksudnye sgt mdlm

    ReplyDelete
  3. geramnya bila dengar......
    x sayang mulut tuh he..he..

    ReplyDelete
  4. Sabar sue, sabar....nanti kat akhirat nanti kita tanya dia kenapa cakap cm tu, aaa baru la seronok..sana dia tak leh lari dah...hahahahaha

    Tak boleh la kata org murtad, tak elok..!

    ReplyDelete
  5. sabar..mmg org sekarang suka label org mcm tu tanpa tau apa2 maksud sebenar..

    ReplyDelete
  6. selalu gak dengar org ckp mcm ne... penggunaan ayat yg salah die tu...

    ReplyDelete
  7. sabar sue... org ni kekadang main suka cakap jer

    ReplyDelete
  8. sabar ye su... anak2 as pun sama mcm su...lahir kat kelate tp membesar kat tmpt lain....si kakak dulu mmg pure kecek klate tp bila pindah sini dia dah terikut2 dgn percakapan org sini..kat rumah pulak as takde feel nak kecek klate coz suami tak reti..tp tak bmakna kite lupa asalusul kita kan...tapi yg penting anak2 suke mkn budu cuma susah nak dpt stok budu sedap je kat sini....heheeee....

    ReplyDelete
  9. Alahai mungkin dia tak tahu bergurau tu kot ;P
    xpe byk2 bersabar ^^

    ReplyDelete
  10. a'aa kalau dah merantau duk tempat lain mmg xbrp nak tau lah loghat negeri asal kita kan...

    ReplyDelete
  11. sabar ye.. jangan marah-marah.. dia tak tahu sejarah awak macam mana kan.. apapun, memang tak baiklah dia gelarkan awak macam tu.. dah kita ni merantau ke negeri lain, memang la tak berapa nak ikut loghat asal tempat kita lahir kan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...