Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Friday, October 19, 2012

Diskaun 50% tiket KTMB Komuter mulai 1 Nov

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Warganegara Malaysia berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah layak mendapat diskaun 50 peratus bagi pembelian tiket KTMB Komuter untuk tempoh setahun mulai 1 November 2012 -31 Oktober 2013.

Pemberian diskaun itu adalah selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2013. Kad komuter 1Malaysia akan diperkenalkan sebagai kad identifikasi kepada mereka yang layak mendapatkan kemudahan diskaun itu.

Warganegara yang memiliki kad ini boleh membeli tiket dengan harga diskaun 50 peratus di semua stesen KTM komuter dengan menunjukkan kad komuter 1Malaysia bersama-sama kad pengenalan mereka. 

Seorang warganegara hanya boleh memiliki satu kad komuter 1Malaysia dan pengeluaran kad itu melibatkan caj RM1. Sekiranya berlaku kehilangan kad, individu terlibat akan didenda RM5 untuk  penggantian kad baru.

borang permohonan mendapatkan kemudahan diskaun dan kad komuter 1Malaysia itu boleh dibuat di semua stesen komuter dan laman web KTM http://www.ktmb.com.my/ mulai sekarang. 

Bagi tujuan pendaftaran dan pengeluaran kad komuter 1Malaysia pula, sebanyak 20 kaunter khas akan diwujudkan di tujuh buah stesen utama melibatkan 120 petugas.

Kaunter khas itu akan dibuka bermula 22 Oktober ini yang akan beroperasi selama sebulan dari jam 11 pagi - 8 malam setiap hari kecuali cuti umum.

Stesen yang terlibat untuk pendaftaran dan perolehan kad komuter 1Malaysia ialah KL Sentral, Kepong Sentral, Tanjung Malim, Subang Jaya, Sentul, Bangi dan Sungai Gadut.


SUMBER :http://mstar.com.my

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

4 comments:

  1. Wah bagus la boleh jimat belanja untuk komuter kn..

    ReplyDelete
  2. as salam sue...

    kita sama2 ddk meru, tak kisah kalau nk minta ucu hantar, boleh jer..ucu ddk jln belimbing sahaja.

    ReplyDelete
  3. Sayangnya x pakai komuter pergi kerja.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...