Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Friday, October 19, 2012

GANGGUAN PERKHIDMATAN KTM KOMUTER

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Pagi semalam saya ada buat entry pasal INI. Macam tak puas hati jer kan. Nak tahu jugak la apa yg menyebabkan maslah begitu berlaku.

Malam tadi amik kesempatan tgk kat web KTMB. Baru la tau cerita sebenarnya.

Ceritanya:


Perkhidmatan KTM Komuter telah mengalami gangguan perjalanan mulai awal pagi ini akibat kegelinciran tren komuter set 3 gerabak No. 25 di antara Simpang Batu – Stesen Putra pada 17 Oktober 2012 (Rabu), jam 10.55 malam. Penumpang seramai 50 orang dari tren ini telah dipindahkan ke tren komuter set 3 gerabak No. 29 untuk meneruskan perjalanan. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Situasi Perjalanan Perkhidmatan Tren KTMB;
a) Perkhidmatan KTM Komuter, ETS dan KTM Intercity dijangka akan mengalami kelewatan selama 60 minit sehingga jalan bebas pada 20 Oktober 2012 (Sabtu).
b) Mulai 20 Oktober 2012 (Sabtu), perkhidmatan KTM Komuter bagi sektor Sungai Buloh – Bangi akan beroperasi dengan kekerapan 15 minit.
c) Perkhidmatan KTM Komuter di antara sektor Bangi – Sungai Gadut dan Sungai Buloh – Tanjung Malim akan beroperasi dengan kekerapan 30 minit.
d) Perkhidmatan KTM Komuter di antara sektor Pelabuhan Klang – Batu Caves beroperasi seperti biasa.

Kerja-kerja Membaiki Landasan;
a) Penukaran kayu sleeper sebanyak 700 unit sedang dijalankan.
b) Kerja-kerja dijangka siap pada 19 Oktober 2012 (Jumaat), jam 10.00 malam.

Pihak SPAD dan KTMB akan mengadakan pemeriksaan bersama pada tengah malam 19 Oktober 2012 (Jumaat). Jalan bebas dijangka diperolehi pada pagi 20 Oktober 2012 (Sabtu).


Memandangkan dah tahu masalah ini akan selesai pada hari Jumaat (malam, pagi tadi dah bersiap sedia tuk bertukar tren kat KL Central. Baru lah boleh rancang perjalanan dengan baik. Sampai ofis hari nie pukul 7.30 pagi... Bagus tak?

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

1 comment:

  1. boleh rancang perjalanan......
    dah tahu apa nak buat.....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...