Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Tuesday, October 30, 2012

Kad Touch N Go - Part 1

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Hal nie berlaku lebih kurang dalam pukul 5.10-5.15 ptg semalam. Top-up 2 kad Touch N Go kat kaunter di LRT Stesen Tititwangsa. Bagi 2 kad dan duit RM60, maknanya 1 kad tu saya top-up RM30 la.

Kenapa ada 2 kad Touch N Go? 

1 kad saya guna tuk naik public transport dan 1 lagi tu saya guna tuk bayar toll sahaja. Mula-mula staff tu bagi 1 kad TNG berserta dengan resit kemudian dia bagi 1 kad lagi. Sebab nak cepat terus pergi touch kat mesin.

Try touch kad tu tapi tak boleh sebab mesin tu tulis " Baki tidak mencukupi". Aiiikk peliknya, baru jer top-up tak sampai 5 minit boleh pulak baki tak cukup. Pusing tgk kat kaunter tu, mak aiiii ramainya org beratur. Tengok jam, tak leh jadi nie karang lambat plak dapat komuter. Guna kad yang 1 lagi tu, boleh la pulak.

Masa dalam tren STAR tu kepala nie duk ligat fikir. Tapi nak sedapkan hati cakap la " Maybe mesin tu rosak kut. Nanti cuba pakai kt Stesen komuter pulak" 

Sampai jer kt Stesen Komuter Bank Negara try touch kad yang tadi tu still sama "Baki tidak mencukupi, Balance : RM0.70"

Hahhh...biar betul, tadi baru jer top-up RM30. Macam mana nie. Dah susah hati. Duk dlm tren tak leh nak lelapkan mata duk pk pasal kad tu. 

Sampai kat Shah Alam, cerita la dgn suami. Ingatkan dia nak tenangkan kita, kena marah ada la. Hubby marah sbb tak mintak resit. Memang diakui la saya mmg agak cuai bab mintak2 resit nie. 

Moral of story: Kalau beli apa-apa better mintak resit senang kalau jadi apa2 leh claim semula.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

13 comments:

  1. Dah semak baki pada kad yang satu lagi? Kot2 dia top up RM60 pada satu kad?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sue dah semak kak cik..kad 1 lagi tu ada resit. Kad tu tpo up RM30 jer

      Delete
  2. sama la...selalu kena marah ngan Mr D sebab cuai bab resit...

    ReplyDelete
  3. mungkin dia top up 1 kad je kot..MV kat Sabah x pakai touch n go

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu la...tapi yg pasti RM30 tu hilang dh

      Delete
  4. hurmm...ke derangn tipu kut...

    tulah kita mesti kena minta resit kan...alahaiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu lupa mintak resit tp sepatutnyer diaorg kena bg kalau customer tak minta..alaahai...

      Delete
  5. ada silap kt mana2 kot..cer tanya lagi kat kaunter top up tu tapi better ambik resit la kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tanya pagi td..nnt diaorg check semula dgn system

      Delete
  6. lorr sian akak..xpasal je..sy pon prnh jadi cmtuh kt TnG jugak la..pastu siren bunyi tak mau²..hukhuk naseb arrr..tebai gila muka..

    ReplyDelete
  7. Alahai sana dah rugi sini kena marah pulak ye...
    Mesti tersilap ni tapi tak boleh buat apa sebab tak ada resit kan.

    ReplyDelete
  8. aik.pelik....nk g tgk cite ke 2 pulak...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...