Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Monday, October 22, 2012

Konvokesyen UKM ke-40...Tahniah Buat Suhazliana Ali

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 



TAHNIAH BUAT ADIKKU SUHAZLIANA ALI KERANA TELAH BERJAYA BERGELAR GRADUAN

Semalam saya dan husbnad telah ke UKM untuk menghadiri majlis konvokesyen adik ke-7 saya iaitu Suhazliana Bt Ali. Adik saya merupakan graduan di bawah Fakulti Sains & Teknologi (Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi). 

Memandangkan adik saya ni ditempakan di sidang ke 4 pada sebelah petang. saya dan husband menunggu jer kat luar. Adik ke-5 (Suhazlinda) dan ke-8 (Suhazlin)yang masuk ke dalam dewan menggantikan mama dan abah.

Mesti kawan-kawan pelik kan? Saya akak. Kenapa bukan saya yang masuk ke dalam dewan. Plan awal saya nak masuk ke dalam dewan bersama2 husband tetapi last2 minute husband tukar fikiran. So takkan la saya masuk dewan dan biarkan husnband dan adik saya kt luar kan...jadi saya putuskan adik2 saya ajer la yang masuk.  Ke mana mama dan abah saya? Jangan la tanya sebab saya takkan jawab soalan tu. Kalau jawan sure titiskan airmata......

Memandangkan akak saya (Suhazlieza) tak dapat datang kerana urusan kerja, Abang long saya (Masrol Effendy) pun kerja jugak tapi dia gerak ke UKM selepas kerja so sempat la dia datang sebelum adik2 saya keluar dari dewan.

Pada pukul 12.45 hujan telah turun mencurah2 di bumi UKM. Kami yang sedang bergambar2 di padang terpaksa berlari dan menyelamatkan diri dr kebasahan. Duk lepak dalam kereta hampir 1/2 jam. Pukul 1.15 mintak adik2 berjalan ke dewan. Hujan turun dan berhenti berselang seli hampir 10 kali.....tak boleh nak ke mana-mana. Amik gambar pun ala-ala jer. Dah sidang petang keluar dewan pukul 5 ptg...dengan hujan lebat lagi...dah tak tentu arah jadinya.

Amik gambar sikit2 jer la untuk buat kenang-kenangan.......

Hati berbisik: Konvokesyen saya masa tahun 2005 pun penuh dgn kesedihan. Walaupun telah lama berlalu ianya tersemat kukuh di dalam hati. Ada luka namun luka telah sembuh hanya tinggal parutnya. Parut lama telah berdarah kembali, tahun 2012 nie mengulangi sejarah yang dulu...apa-apa pun hanya Tuhan saja yang tahu apa yang saya rasa.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

5 comments:

  1. ai, pergi konvo adik boleh terkenang kisah sedih sdiri ya? jgn ingat lg hal yg dh lama brlalu..
    cantiklah nama adik beradik su...

    ReplyDelete
  2. Oh... adik-adik Su (sebab semuanya Su).. ambillah kemanisan dari setiap detik yg terjadi. Yg membuat rasa sedih itu ketepikan utk seketika. Allah ada dik..

    Tanhiah buat adik yg dah konvo. Yg perlu dihormati kita hormati walau ada yg membuat hati terguris di sana-sini...

    ReplyDelete
  3. cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..lg 1 klo tuan blog komen dekat blog pakjoe sekali pakjoe kn bls blk komen dekat blog nie,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...