Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Monday, October 15, 2012

Weekend yg sangat sengal

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

 Ini cerita tentang hari Sabtu baru2 nie. Ada 1 seminar yang diadakan di Hilton Hotel KL. Pagi2 lagi dah keluar dr rumah akak di Keramat AU2. Naik bas U23 dan turun di Jalan Jelatek. Lepas tu jalan laju2 gi Stesen Putra Jelatek. Tepat pukul 7.00 pg sampai di KL Central.

Pukul 7 masih awal lagi nie, sure diaorg pun tak buka booth lagi. Jom makan sarapan pagi Di Mc D dulu la.....yang nie harus lah..bersarapan itu 1 keperluan....

Tepat pukul 7.30 gerak ke Hilton Hotel sbb dah janji dengan officemate nak jumpa kt lobby sbbnya nak angkat brg2 ke booth yg telah disediakan oleh penganjur. Sampai jer kat lobby hotel tu officemate dah tercegat tunggu kt situ....dah punggah barang2 letak dlm trolly, kitaorg pun berjalan menuju ke lift. Nak tau apa cerita lps tu?

Staff hotel tu kata lift tu tak boleh digunakan untuk mengangkut sebarang benda yang menggunakan trolly....perlu guna lift di loading bay. Nak marah dah nie....sebelum2 nie dah byk kali gi seminar..hotel2 lain boleh jer....kenapa hotel nie tak bg pulak?

Punggah balik brg2 pastu pergi kat loading bay...punya la lama tunggu lift sbb lift tu digunakan tuk bawa pelbagai jenis barang. Mujur la staff2 hotel tu baik hati tolong tolak kan trolly sampai ke booth kalau tak....eerrmmmmm mandi peluh la saya pagi tu. terima kasih untuk abg2 yang gagah perkasa....:-)

Sampai jer kat booth, bos dah tunggu. Muka cam nak marah jer.

Bos: Mana korang pergi nie. Dah pukul 8.00 pg. Kenapa tak buka booth lagi.
Saya: Kami dah sampai awal. Dah turunkan barang2 tp pihak hotel kata tak boleh guna lift kat lobby tu. 
Bos: So?
Saya: Kena guna lift kat laoding bay....dekat dgn security guard office.
Bos: ok la kalau macam tu 

Ok jer ker?  Tak membantu langsung. Huh.....dah la balik awal tapi tak inform pun....tunggu sampai pukul 5 dekat booth rupa-rupanyer bos dah balik pukul 3.30 ptg lagi..

Tepat pukul 5 ptg tutup booth dan angkut barang2 ke dalam kereta semula...call boss dan cakap ari ahad kami tak mau buka booth. Bos cakap "Ok la kalau macam tu"

Dalam hati " Yes".

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

15 comments:

  1. hehe, kena mcm tu ye? ada buat aduan tak kat admin hotel tu pasal takleh guna lif?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah..nak tau apa diaorg jawab..pihak pengurusan hotel kerja ikut mood..kalau mood baik..boleh jer guna lift kt lobby tu...hampeh kan jwpn diaorg tu

      Delete
    2. boleh dia jawab gitu....lain kali jgn bt function kat hotel tu... mmg hampeh tul.. hehe tumpang geram

      Delete
  2. mula2 bersemangat...lepas tu mood pun hilang...
    nasib bos beri cuti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. piuwww.... bos yang menurut perintah. hehehe

      Delete
    2. hehhee..saya yg menurut perintah....tu pun tak tahu dpt replacement cuti atau tak

      Delete
  3. bos sangat membantu bila bagi green light kan hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sgt membantu sbb bg green light tak yah kerja semlm...huhuhu..mmg best

      Delete
  4. Replies
    1. ramai yg tahu saya ader blog..kwn2 pun ader 2 3 jer itu pun kwn sek men

      Delete
  5. assalamualaikum sue...nasib baik bos baik kan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam mama.....bos kdg kala baik tp tang dtg angin mmg tak berapa nak baik la...hehehe..angin 1 bdn....kena byk minum air halia tu

      Delete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...