Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Thursday, December 6, 2012

Happy Birthday To Me

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya saya masih bernafas lagi pada hari ini 06/12/2012. 30 tahun yang lepas saya telah di lahirkan di Pasir Puteh, Kelantan selepas  mama hbs berpantang mama saya bawa saya ke Kuala Lipis Pahang. Daerah pertama di Kuala Lipis yang menjadi tempat jatuh dan bangun saya adalah di Penjom (1982-1987).

Pada tahun 1988 abah saya telah mendapat sebuah rumah kerajaan di kawasan Bukit Kerani Kuala Lipis. Di sini saya telah memulakan persekolahan di Tadika Bukit Kerani. Pada tahun 1989, saya memulakan pembelajaran darjah 1 di Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford (1989-1994). 

Abah saya bekerja sebagai Kerani Pos di Pejabat Pos Kuala Lipis. Selepas Pos Malaysia diswastakan kami sekeluarga terpaksa berpindah randah dari Kawasan Bukit Kerani ---> Kampung Tempoyang ---> Jalan Cheneras Jaya. Banyak kali pindah rumah rasa cam nak muntah.

Pada tahun 1995 saya bersekolah di Sekolah Menengah Orang Kaya Haji Kuala Lipis, hujung bulan Oktober 1995 kena pindah sekolah sebab abah naik pangkat jadi Pengurus Cawangan Pos Malaysia kat Padang Tengku dalam Daerah Kuala Lipis jgk. Pindah Ke Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku (1995-1999). Tamat SPM dapat sambung belajar Ke Kolej Matrikulasi Perlis (2000 - 2002). Lps  tu sambung study kat Universiti Utara Malaysia (2002-2005). Grad pada bulan September 2005.

Hbs final exam semester 6 terus gi Kuala Lumpur dan kerja sementara di 7-11 di AU2 lepas tu kena tukar ker 7-11 Taman Permata Ulu Kelang. Tahun 2006 dapat kerja kat tmpt skang. Dan skrg masih bekerja lagi.....sudah 6 thn bekerja di ofis skrg.

Begitu indah perjalanan yang Allah swt aturkan utk saya. Pahit manis semua ada hikmah yg tersembunyi.

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

16 comments:

  1. hepy besday...smuge pjg umo &mrh rezki :)

    ReplyDelete
  2. Happy birthday sue...smoga pjg umo dan murah rezki. Smoga cepat dapat baby.
    Kita sama u lah , duk kat kolej mana dulu...

    ReplyDelete
  3. ontajoubi omedetou uols
    lol same age rupanyer weols ekkk
    ai 2/12 ngeeee

    ReplyDelete
  4. panjang umur nya panjang umurnya panjang umurnya.......hehehehe selamat hari lahir....

    ReplyDelete
  5. Happy birthday Sue... semoga sentiasa berbahagia hingga hujung nyawa

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Lahir Sue... seronok erk celebrate kat Keramat.. x ajak ata pun.. :(

    ReplyDelete
  7. hepi belated besday...semoga usia anda diberkati...

    ReplyDelete
  8. hepi belated bsdeyyy lini....moga panjang umur murah rezki...

    ReplyDelete
  9. happy belated besday dear... 30?? owhh... tua setahun dari deqla..tp xpe, akk nmpk muda sentiasa.. :)

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum sue...hepi belated besday yer...:)

    http://maszull.blogspot.com/2012/12/hepi-belated-day-buat-blogger-sue.html

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...