Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Yang Sedang Sedang Saja

Wednesday, December 26, 2012

Jalan-Jalan ke Utara Tanah Air

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


 Weekend baru-baru nie saya, husband, MIL, FIL, akak ipar dan adik2 ipar telah ke Utara Malaysia. Ke mana tu?

Tempat percutian kami adalah di Pulau Pinang. Nie plan last2 minit taw. Gerak dari umah kak ipar di Pinggiran Subang lebih kurang kul 3.05 pagi. Berhenti rehat kat RNR Tapah dalam pukul 5.18 pagi. 

Sampai kat Pulau Pinang dah pukul 9.10 pagi....cari tempat tuk breakfast. Lepas jer breakfast terus gi Bukit Bendera. Alhamdulillah cuaca agak baik dan kami kepanasan. Orang ramai sangat2, almaklum la skang nie cuti sekolah kan. Harap maklum.

Lepas gi Bukit Bendera tu kami cari motel tempat kami nak menginap. Kami duk kat Ali Motel. Motel nie sangat best dan sangat2 selesa. Berdekatan dengan kedai makan dan kedai runcit.

Sampai jer kat motel semua orang dah terbaring kepenatan. Malam tu saya, akak ipar, husband SIL dan anak2 serta MIL keluar jalan2 kat Uptown. Memang happening giler2. Best....tapi kaki cam nak patah. Balik motel semula dalam pukul 11 lebih. Kesian orang2 kat bilik kelaparan. Sesudah makan kami pun tido la.

Pagi esok lepas jer subuh husband lesap. Tak tau gi mana. Pergi la bilik mak mertua, cari2 kut2 ada kat situ. MIL kata husband saya takde kat situ. HAiiiyooo ke mana pulak orang tua nie. Nak masuk bilik tak boleh sbb dah ter"lock". Tumpang sambung tido kt bilik MIL.

Hampir 45 minit my husband balik dan bawa nasi lemak yang siap dibungkus. Bertuah betul org tua nie. Dalam kul 12.15 tengahari check out. Gerak gi NASI KANDAR LINE CLEAR.


Ramainyer org duk beratur. Pukul berapa leh makan nie. Alhamdulillah tak lama pun beratur sbb pekerja2 kat sini semua cekap2. Pukul 4.05 dah boleh makan. Orang kata kalau datang Penang kalau tak singgah kat sini memang rugi. Makanan memang terbaik...!!!!

Lepas makan cari jeruk la plak. Nie pun satu ole2 yang mesti di bawa pulang kalau dah datang Penang. 

Dalam pukul 6.30 petang gerak balik semula ke Meru. Sampai Meru dalam pukul 1 pagi. Ngantuknyer.....Percutian 2 hari 1 malam yang menyeronokkan


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

12 comments:

  1. jauh berjalan tuh...
    sedapnya dpt makan nasi kandar penang...ori lagi

    ReplyDelete
  2. ai sue. lama xupdate blog?
    bestnya pergi jln2 ke utara...

    ReplyDelete
  3. fuhh kul 3pagi tu gerak...kesian kat encik driver kan su...kita kat sebelah wajib berdengkur je..hehee

    ReplyDelete
  4. saya kalau gi peneng mesti nak cari telur sotong kat restoran nasi kandar... yum yum sedapnya. Tapi dah lama tak gi peneng

    ReplyDelete
  5. gambar jeruknya mana kak? hehe .. kalau saya ni entah bilalah dapat jejakkan kaki ke pulau pinang ni .. hehe :)

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum sue...bestnya jenjalan ke utara..:)

    ReplyDelete
  7. Part paling beshhhh...nasi kandar...oohh bila la nak sampai penang..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...