Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Thursday, April 26, 2012

Macam mana boleh lupa nie ?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Baru jer sampai rumah nie. Dalam pukul 8.45 malam td gi rumah adik ipar namanya Ija kat area Wangsa Maju. 

Saya ader cerita di sini tentang plan saya minggu nie. Nak bawa Tenggiling balik Kelantan, tidak la. Bimbang Tenggiling wat hal kat tgh2 jalan nie, kan naya jer. Dah la gaji tak dapat lagi. Kisahnya ada di sini. Jadi dengan budi baik adik Ija, dia sudi pinjamkan Kenari kesayangannya untuk kami. Baiknya hati dia. Dia nie bagus, tak kedekut, suka belanja family makan2 dan byk lagi la semuanya baik2 belaka.

Alkisahnya, semasa on the way nak balik dari sana,tiba-tiba baru teringat kunci rumah tertinggal dalam Tenggiling. Macam mana la saya dan husband boleh lupa tentang kunci rumah. Mujur adik Iwan ikut sekali dan dia ada bawa kunci spare. Alhamdulillah...kalau tak ada kunci spare tu jawabnya kena patah balik pergi Wangsa Maju la.

Muda-muda lagi dah jadi pelupa.....aduyai....muda lagi ker? Baru 30 thn so muda lagi la kan..kan..kan....? Banyak sangat benda yang nak difikirkan. Otak jadi serabut.

Esok kena wat kunci pendua semula. Itulah takde keje cari keje. Mujur esok dah start cuti.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Wednesday, April 25, 2012

: : Kecewa sangat -sangat : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hampa kecewa sedih semuanya bercampur baur. Hari nie dah 25hb. esok saya dah start cuti. Cek gaji tak dapat lagi. Tadi mesej akak yang uruskan bahagian payment. Akak tu kata cek dah ada tapi kena tunggu doktor ke-2 sign kan cek tu.

Doktor ke-2 nie satu hal. Dah tahu hujung bulan sentiasa sibuk sign la cek tu awal2. Ini tak ikut suka jer bila nak bagi gaji. Kalau gaji saya ribu riban macam doktor tu saya x kisah la gaji lewat 2 3 bulan pun still boleh hidup lagi. Nie gaji cukup-cukup makan jer. Dah la ujung2 bulan banyak benda yang nak kena bayar.....loan rumah....insurans......bil elektrik....bil astro....

Akak tu kata petang esok baru doktor ke-2 free, nie yang angin satu badan nie. Kalau petang esok baru nak sign hari apa bos saya nak bagi cek tu.....belum tentu ari jumaat dia rajin nak kuar semata-mata nak gi amik cek kat sana. Paling koman cek tu clear dalam masa 3 ari....jawabnyer rabu depan la baru cek clear.......

Banyak plan musnah sama sekali. Mood nak bercuti pun jatuh menjunam. Tension la kalau macam nie.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

^ Segmen "Saya sayang blog saya sebab..." ^

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Terima kasih buat adik Raihan sebab tag akak tu join segmen nie. Berminat? Klik kat SINI.

Saya sayang blog saya sebab di sini saya dapt bertemu dengan rakan2 baru dr segala peringkat umur dan berkongsi tentang rasa, cinta dan kasih sayang. Di blog ini juga terdapat pelbagai ilmu yg dapat dikongsi bersama2, ada cerita suka dan duka yang dapat kita jadikan pengajaran di masa hadapan.

Tag:


 Syarat-syarat: ~


1) Buat satu entri bertajuk Segmen "Saya sayang blog saya sebab..."



2) Lekatkan header kat atas tu dlm entri korang & linkkan ke entri tuan punya blog..

 3) Follow blog "Alynn Nyzaa Punyer Blog"

4) Sambung ayat "Saya sayang blog saya sebab..." dengan idea kreatif masing2..cerita sikit kenapa korang syg blog korang..

5) Tag seberapa ramai rakan blogger & pastikan diorg tau (MINIMUM : 2 ORG)

6) Dah siap? Hantar link entri korang kat ruangan komen entri tuan punya blog..
 
TARIKH TUTUP:

30 APRIL 2012 (TEPAT 12 TGH MLM)


 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Wordless Wednesday #29

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

 
Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Tuesday, April 24, 2012

: : Tempoyak Oh Tempoyak : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Untuk pengetahuan kawan-kawan, esok hari last saya berkerja. Bukan berhenti bekerja tetapi saya nak bercuti panjang di kampung halaman tercinta nun di pantai timur (Kota Jembal Kota Bharu)

Pagi-pagi tadi lagi adik kat kampung mesej, 

"Salam. Mama pesan, suh bawa tempoyak dari Pahang, ko msj la Kak Zie, Ko mintak dia tolong carikan"

Ini yang malas nie nak kena jadi orang tengah lak. Sebab sayangkan mama jadi saya call la Kak Zie. Siapa Kak Zie? Kak Zie nie akak ipar saya. Dia duduk di Raub Pahang. Selalunya kalau saya balik ke Kelantan memang akan singgah umah kak ipar dulu. Nak tengok 2 orang anak buah, dah la jarang jumpa diaorg nie.

Selepas call Kak Zie baru lega rasa hati. Kak Zie cakap nanti dia tolong carikan. Kat Raub senang nak dapat. Nak beli kat area KL ang Klang. Tak percaya la sebab kadang kala peniaga nie campurkan tempoyak tu dengan ubi atau pisang. Tempoyak jadi tak sedap.

Ada mesej masuk lagi. Kali nie dari adik yang no-11 pulak.

"Salam. Ko balik bila? Ko balik nnt kita g KB Mall. Ko belanja pizza yer."

Budak-budak...kalau tak pow aku memang tak sah. Tapi seronok la ada adik ramai-ramai nie.
Boleh dikatakan tiap2 ari mesej tanya bila nak balik. Rindu kat akak ke atau rindu kat duit akak nie? Teringat masa duk Pahang dulu, adik2 call katanya nak rasa makan Pizza. Serius sedih sangat masa tu. Bila balik Pahang sure beli pizza sampai 4 kotak yang besar punya. Sampai kat umah pizza pun dah sejuk tapi diaorg still makan sampai la habis. Seronok tengok diaorang gembira.

Tak sabar nak balik kampung hari khamis nie. Siapa la yang tak seronok kan bila dapat berjumpa dengan mak ayah dan adik2.....kali terakhir saya bertemu mereka adalah pada hari raya puasa tahun lepas. Mereka je lah yang saya ada kat dunia nie.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

: : Yang Paling Menyakitkan : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Luka yang paling menyakitkan dalam hidup bukanlah kematian, tetapi menjadi orang yang diabaikan.
  • Kehilangan orang yang sangat kita cintai, yang berubah menjadi seseorang yang tidak peduli tentang kewujudan kamu.

  • Ketika orang yang sangat kamu sayangi berjaya tetapi tidak berkongsi kegembiraan itu dengan kamu.

  • Ketika orang yang paling kamu sayangi di dunia melupakan kamu di saat dia meniti har-hari bahagia sehingga dia lupa untuk mengutuskan perkhabaran gembira.

Luka yang paling menyakitkan dalam hidup bukanlah kematian, tetapi menjadi orang yang dilupakan.
  • Menjadi orang yang dilupakan setelah kita memberikan yang terbaik dan tetap menjadi terbaik untuk dirinya.

  • Menjadi orang yang tidak mempunyai kawan, walau hanya sekadar untuk saling menyapa.

  • Ketika kamu melihat orang yang penting  dalam hati mu sanggup menjatuhkan airmuka  dan memalukan kamu. 
Hidup memang penuh penderitaan. Setiap orang mempunyai peranan untuk dimainkan di pentas opera yang sebesar ini yang kita sebut sebuah kehidupan. Setiap orang punya kewajipan untuk mengatakan rasa cinta dan punya hati untuk saling merasakan saat manis nya berkasih sayang

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

: : 1000 Burung Kertas : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


 Sewaktu Aidil dan Nina di awal alam percintaan, Aidil melipat 1000 burung kertas buat Nina dan menggantungkannya di dalam bilik Nina. Aidil mengatakan, 1000 burung kertas itu menandakan 1000 ketulusan hatinya.

Nina dan Aidil berasakan setiap detik percintaan mereka begitu indah sekali.

Tetapi entah kenapa, di suatu hari, Nina mulai menjauhi Aidil. Nina memutuskan untuk berkahwin dengan seorang lelaki kaya dan berhijrah ke Perancis serta menetap di kota Paris tempat impiannnya selama ini.

Sewaktu Nina mahu memutuskan hubungannya dengan Aidil, Nina memberitahu Aidil, “Kita harus melihat dunia ini dari sudut yang matang. Perkahwinan bagi wanita adalah kehidupan kedua kalinya! Aku harus memegang kesempatan ini dengan baik. Kamu terlalu miskin, aku tidak sanggup membayangkan bagaimana kehidupan kita setelah berkahwin !”

Setelah Nina pergi ke Perancis, Aidil bekerja keras bagi membuktikan dia juga boleh berjaya. Aidil melakukan banyak kerja. Dia pernah menjual buku, menjadi karyawan sementara dan berniaga kecil-kecilan. Setiap pekerjaannya dilakukan dengan tekun dan hati yang cekal.

Selang beberapa tahun…
Berkat usahanya tanpa henti dan dorongan teman-teman, akhirnya Aidil berjaya memiliki sebuah syarikat berjaya. Dia sudah menjadi seorang lelaki yang kaya, tetapi hatinya masih teringat-ingat pada Nina. Aidil masih tidak dapat melupakan gadis yang pernah bertapak di hatinya.

Di suatu hari, waktu hujan turun, Aidil terlihat sepasang suami isteri tua berjalan perlahan di hadapannya. Dia amat mengenali mereka. Mereka adalah orang tua Nina !

Hati Aidil berdetik. Dia ingin mereka lihat bahawa dia sekarang tidak hanya mempunyai kereta sendiri, tetapi juga mempunyai sebuah villa indah dan syarikat sendiri. Aidil ingin mereka tahu bahawa dia bukan seorang yang miskin lagi tetapi kini adalah seorang majikan kaya. Aidil memandu keretanya perlahan sambil mengikuti kedua orang tua tersebut.

Hujan terus turun, tanpa henti, biarpun kedua org tua itu memakai payung, tetapi badan mereka tetap basah kerana hujan.

Sewaktu mereka sampai ke destinasi, Aidil tercengang melihat apa yang ada di depan matanya. Ia adalah sebuah tanah perkuburan. Aidil mengikuti orang tua Nina. Mereka berdiri di hadapan sebuah kubur. Aidil melihat tulisan di atas batu nisan terpahat nama Nina yang dirinduinya.

Di samping kuburnya yang kecil, tergantung burung-burung kertas yang pernah dibuatkan Aidil, dalam hujan burung-burung kertas itu kelihatan begitu hidup.

Orang tua Nina memandang Aidil lalu memberitahu, “Nina tidak pergi ke Paris, Nina diserang barah. Nina telah pergi ke syurga. Nina ingin Aidil menjadi seorang yang berjaya dan mempunyai keluarga yang harmoni. Maka Nina terpaksa berbohong kepada Aidil dahulu. Nina ada menyatakan yang dia sangat menyintai Aidil, dia percaya kalau Aidil berusaha, pasti akan berjaya. Nina turut mengatakan, jika suatu hari nanti Aidil datang ke kuburnya, dia amat berharap supaya Aidil membawakan beberapa burung kertas buatnya lagi. “

Aidil lalu berlutut, berlutut di depan kubur Nina, menangis semahu-mahunya dengan begitu sedih sekali.

Hujan pada hari itu terasa tidak akan berhenti, membasahi sekujur tubuh Aidil. Aidil teringat senyuman Nina yang begitu manis dan tulus.Mengingati semua itu, hatinya mula menitiskan darah.

Sewaktu orang tua Nina melangkah pulang dari tanah perkuburan, mereka melihat Aidil sudah membukakan pintu keretanya untuk mereka.Lagu sedih kedengaran dari dalam kereta tersebut.

“Hatiku tidak pernah menyesal,
Semuanya hanya untukmu 1000 burung kertas,
1000 ketulusan hatiku,
Berterbangan di dalam angin
Menginginkan bintang yang bertebaran di langit,
Melewati sungai perak,
Apakah aku dapat bertemu denganmu kembali?
Aku tidak takut berapa pun jauhnya,
Hanya aku ingin sekarang terus berlari kepadamu
Masa lalu seperti asap, hilang dan tak kan kembali,
Menambah kerinduan di hatiku.
Bagaimanapun dicari,
Jodoh kehidupan ini pasti tidak akan berubah”.


 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Sunday, April 22, 2012

: : Just Joking : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Orang kata kalau nak bergurau tu biarlah berpada-pada
Kalau benci jangan  terlalu emosi
Kalau memuji biarlah seikhlas hati
Kalau nak mengeji tolonglah cerminkan diri sendiri




 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.
 

Friday, April 20, 2012

: : Eyeliner buatku menangis : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Saya ni simple orangnya, xde la nak make up bagai untuk ke ofis. Cukup tepek bedak Miyami dan pakai lip gloss....pagi nie teringin sangat nak pakai eyeliner. Budget nak wat mata tu jadi luas and besar la....baru la comel kan.

Try pakai baru half way mata kanan, airmata dah start bergenang. Oh airmata jangan la kau menitis.....akhirnya airmata yang ditahan-tahan tadi jatuh jua.

Pagi-pagi hari lagi dah menangis. Mata berair dan bertukar warna merah. Nie yang x suka nie. Itu lah kelemahan saya, saya tak boleh nak pakai eyeliner sbb bila pakai mata jadi cam geli2 pastu gatal2 mula airmata tu laju-laju jer kuar.....terpaksa la amik tisu lap semula eyeliner tu. Budjet nak lawa ari nie terpaksa la dibatalkan serta merta.

Teringat masa disolek pada hari pernikahan 2 tahun lepas, mak andam dah hilang akal camner nak wat. Bila dia nak pakai eyeliner mula la airmata saya nie merembes keluar. 

Mak andam : Jangan la nangis, orang nak nikah kena la hepi...

Saya: Akak...saya bukan nangis nak nikah tapi mata saya nie gatal, saya x leh    pakai eyeliner

Mak andam: Akak ingatkan kamu sedih nak menikah td. Hehehee (Ketawa mengekek ngekek) ...

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Thursday, April 19, 2012

'MiaDuniaku 1st Giveaway'

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Terima kasih buat pemilik blog loveprettydinda kerana sudi tag saya untuk join GA Izan Mama Mia. Nak join ? Klik sini miaduniaku


GA berlangsung 19 April hingga 30 April 2012 (pukul 11.53mlm)

Tag :


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Wednesday, April 18, 2012

Wordless Wesnesday #28 Unique

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

: : Saya Blogger Pilihan Chegu Zubir : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Sebuah segmen yang amat mudah
ingin sertai???
1) hanya buat entry tajuk : Saya Blogger Pilihan Chegu Zubir
2) letak header khas Blogger Pilihan Chegu Zubir

3) letak url blog anda
4) jangan lupa letak url entry anda pada ruangan komen..
segmen TAMAT pada hari JUMAAT jam 12 tengah malam bersamaan 20 April 2012



Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

: : WWW yang menjadi rebutan : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Pernah satu ketika teringin untuk memilik kereta yang no platnya bermula WWW tp apakan daya Lesen P masih belum dapat. Bagaimana nak memiliki kereta sendiri kan? Dengar-dengar En. hubby nak beli kereta baru. Bila tu? Hanya En Hubby yang tahu. Mungkin dia nak buat suprise!!!!

 
Bidaan nombor kenderaan ‘WWW’ yang bermaksud ‘World Wide Web’ dijangka mencatatkan harga paling tinggi dalam sejarah tempahan nombor pendaftaran kenderaan di Malaysia,” 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha yakin tempahan bagi nombor istimewa itu mendapat sambutan hangat apabila bidaan dibuka kepada orang ramai pada 30 April ini.

Menurutnya, setakat ini, harga nombor pendaftaran paling tinggi ialah ‘MCA 1’ yang dijual dengan harga RM300,100.

Mereka yang berminat boleh membuat bidaan. Tempahan akan dibuka 14 hari mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari sehingga 14 Mei depan. 

Sumber : Bernama

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Tuesday, April 17, 2012

"SEGMEN NASZ : B-L-O-G-W-A-L-K-I-N-G"

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Rajin nak bersegmen pulak doh.......

Last saya sertai segmen macam nie 13 December 2011......

Memandangkan ada sedikit masa, boleh la sertai segmennie. Kepada mereka yang berminat untuk mencari kenalan baru. Sila join segmen Mohd Naser (NasZ).

Saya suka blogwalking kerana saya dengan BW saya boleh menambahkan ilmu pengetahuan krn terdapat blog2 yang penuh dgn ilmu2 yang selama ini kita tidak mengetahuinya, boleh belajar sst yang baru contohnya macam edit gmbr guna photoshop (tahun nie baru nak belajar), boleh mengeratkan silaturahim, boleh berkenalan dengan blogger2 baru....

Nak join? Macam ni caranya :

1. Buat satu entry, copy gambar header kat atas dan pastekan ke entry tersebut. Jangan lupa linkkan ke post ini.

2. Salin tajuk ni, "SEGMEN NASZ : B-L-O-G-W-A-L-K-I-N-G"

3. Beritahu pembaca korang kenapa korang suka blogwalking.

4. Siap? Publishkan entry tu dan pastekan url entry tu kat dalam kotak komen NasZ.


Segmen ni tutup pada malam ni juga (17hb April 2012) jam 11.00 malam.

 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Monday, April 16, 2012

: : Citarasa & Untuk Kita Semua : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Barangkali ada yang masih ingat tentang kewujudan 1 kumpulan yang menjadi fenomena luar biasa sekitar tahun 90-an. Sejujurnya saya membesar dengan lagu-lagu kumpulan Ukays kerana irama dan bait2 lirik lagu ini sangat mendalam, ringkas, susunan muzik yang mengasyikkan, suara merdu penyanyi Ukays iaitu Amir...semuanya complete tp sayangnya kumpulan ini tidak bersatu selamanya. Untuk mereka2 yang tidak pernah mengenali kumpulan ini boleh tgk di sini Tentang Ukays.

Di antara lagu2 yang di popularkan oleh kumpulan ini sedikit sebanyak telah menaikkan semangat saya. Ini lagu2 yang banyak memberi kesan positif dalam hidup saya. Saya ingin berkongsi dengan rakan2 semua. Andai kala hati berduka laradengan keadaan yang sangat menyakitkan. Lagu ini membawa saya untuk muhasabah diri. 

CITARASA - Ukays

Alam yang terbentang luas
Adalah hamparan untuk kita
Mengecapi segala impian
Sedangkan di antaranya
Ada baik buruk
Cuba kita merasai nikmatnya

Pahit manis mestilah dirasa
Kerna hidup tak semudah disangkakan
Jatuh dan bangun mematangkan fikiran
Mengajar kita erti kejayaan

Hitam putih rencah hidup
Tak pernah jemu
Yang putih indah dipandang
Yang hitam menawan

Namun hitam atau putih
Ternyatalah sama
Terserahlah di hatimu menilai
Tepuk dada Tanya selera

Manakan satu citarasa kita
Kerana hitam putih lebih bermakna
Seperti malam mencernakan mimpi

Aku suka yang hitam manis menawan
Mungkin engkau lain pula kerenahnya
Rambut sama hitam
Namun di hati berbeza
Itulah hakikat kita manusia 

UNTUK KITA SEMUA - Ukays  

Sekilas kilau di air yang tenang terperciklah
Gerak tari kehidupan kita yang penuh keindahan
Tanyalah pada dirimu sendiri bagaimana
Masa silam yang beronak duri
Mungkin kau tahu manisnya

Segalanya telah tersirat pada yang tersurat kini
Semakin nyata bagai bulan di ribaan malam keriangan
Sememangnya kita ini terlalu indah diciptakan
Terpilih bukannya tersisih

Bertuahlah bumi yang dipijak
Seandainya langit disanjungi
Kasih sayang semakin terserlah asyiknya
Ku tak rela hidup disiakan
Riak dimata di hati buta
Baik saja kita gemilangkan untuk kita semua

Di sini ku bentangkan permaidani yang berbaldu
Hanya untuk kita mahkotakan nurani dan naluri
Di sini damailah hati yang resah dan kecewa
Antara kita ada lebihnya mungkin terlindung indahnya




  Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

: : Clifford....Clifford : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Nie gambar lama. Sekolah nie dah bertambah cantik dan ceria
Pasti ramai yang tertanya kenapa tiba2 saya post kan pasal Clliford nie? Ini adalah tempat di mana saya menimba ilmu pengetahuan di peringkat sekolah rendah. Saya bersekolah di sini dari darjah satu sampai la darjah 6...eerrmmmm keputusan UPSR tidak lah bagus sangat tapi boleh dikatakan agak membanggakan abah dan mama...uuwweekkssss. 

Mesti ada yang akan tanya, ada jumpa dengan Dato Siti Nurhaliza x? Jawapannyer memang pernah tp tu cerita dulu kala la semasa Dato belum famous mcm sekarang. Amat berbangga dengan Dato Siti Nurhaliza. Maaf saya bukanlah peminat fanatik Dato, cuma berbangga dengan bakat yang beliau ada.

Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford ialah sebuah sekolah rendah yang sangat famous di Kuala Lipis, Pahang. Sekolah ini diberi nama sebagai Sekolah Clifford pada 1927, apabila sebuah sekolah lama dihanyutkan oleh air banjir pada akhir tahun 1926. 
 
Nama Sekolah Clifford diberi kerana mengambil sempena nama Tuan Sir Hugh Clifford yang pada masa itu menjadi Gabenor Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan beliau juga menjadi Residen yang pertama di Negeri Pahang.
 
Bercerita tentang sekolah rendah, sudah pasti ramai yang mempunyai kenangan yang sangat manis. Tapi berbeza dengan saya, kenangan2  sekolah seakan2 luput di ingatan saya. Kenapa ya? Saya tak berapa ingat tentang kawan2 yang satu kelas dengan saya...cikgu2 pun ader yg saya sudah lupa dan seakan2 x pernah wujud dalam hidup saya...

Semasa sekolah rendah IQ saya nie rendah sangat, saya tak berapa suka berkawan, suka duduk menyendiri, tak aktif sukan dan suka ponteng kelas fardu ain terukkan...masa kecik akal sempit lagi.

Hampir terlupa....ini adalah lagu sekolah yang menjadi kebanggaan mereka2 yang pernah bersekolah di sini.

Clifford, Clifford
Sekolah kebanggaan kami
Di lereng bukit teguh berdiri

Clifford, Clifford
Sekolah warisan pusaka yang bersejarah
Bersatu hati padu tenaga
Berilmu hingga jaya

Clifford, Clifford
Sekolah yang berjasa
Clifford, Clifford
Memupuk jiwa mulia

Rajin usaha tangga kejayaan
Cogankata mulia
Khidmat bakti maju dan berjaya
Direstui Maha Esa.

Lagu & Muzik: En. Umran Samsudin
Lirik: En. Zulkifli Yaakob
Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Friday, April 13, 2012

: : Simple-simple jer : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Malam nie menu simple ajer ~ ikan bakar (bakar dalam kuali jer), kicap (nie wajib tuk wat cicah) dan  sayur campur masak ngan sos tiram.

Habis diet saya dalam bulan nie. Dah masak sedap-sedap kan perasan lebih .Wajib la kena makan takkan tengok jer. Kecur air liur

Selamat menjamu selera buat kawan-kawan yang sedang menjamu selera. Yang penting kurangkan garam, ajinomoto dan gula dalam masakan ok......Kesihatan perlu diutamakan...

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

: : Bila Kekasih Lama Kembali : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


 Tajuk tak boleh tahan kan?? Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba dia muncul kembali. Hati nie tertanya-tanya la kan. Kenapa dia muncul semula? 

Dia muncul 11 June 2010, selepas 3 bulan saya berkahwin. Saya pandang sepi jer mesej dia di Facebook. Selang sehari lepas tu dia add saya di Facebook tapi.....anda fikir saya approve tak?

Sudah tentu tidak la kan....Disebabkan tiada reaksi positif dari saya, dia ambil tindakan yang sangat bijak dengan mendiamkan diri semula. Hal lama2 tak payah la dikenang-kenangkan lagi nanti rosak diri sendiri.

Hendak dijadikan cerita. Selepas setahun lebih dia mendiamkan diri, tiba-tiba dia muncul kembali pada tahun ini. Rabu lepas dia hantar mesej di facebook. Katanya dia nak tanya khabar saya. Anda fikir saya percaya?

Tak ada maknanya kan.Lepas tu ada mesej masuk di hanphone saya. Naik nombor jer...maksudnya itu nombor baru. Orang tu bertanya " Salam, saya nak tahu sapa nie". Eh eh dia yang hantar mesej dia pulak yang tanya siapa saya. Saya reply mana la tau ada kawan2 yang sudah tukar nomborkan....."Awak ni siapa, awak nak cari siapa?" saya reply dan tanya dengan ayat yang sopan. Selang beberapa minit dia balas semula, "Saya nie &*)@#, saya nak cari Lini"...Dalam hati saya hanya Tuhan saja yang tahu.....Saya terus off handphone. Mulut nie ringan jer nak bagitau suami tp hati dan otak sama-sama cakap x perlu. Ok....

Pagi ini saya log in Facebook, ader Friend Request. Tengok dulu la sapa kan. Errmmm....@#$% $%*&&^ (nama orang tu). Tengok kat Friend list orang tu..... Errrmmmm......rasa-rasanyer orang yang sama. Sebab account tu mcm baru create jer, pulak tu adik2 dia de dalam Friend List.

Terus tulis laju2 kat wall FB "boleh pulak main tukar2 nama kan...guna nama yg bukan2......ingat aku x tau ker...jangan pk aku nak add ko...jangan bermimpi di siang hari k" . Kemungkinan besar dia terasa kut yang saya tulis tu saya tuju tuk dia. Laju-laju dia hantar mesej kat FB "x nk add aku pn xpe...aku cr ko ni untuk byr hutang je..aku pernah berjanji akn byr blk ape yg aku pinjam dulu...itu je..

Nak bayar hutang rupanya....anda fikir apa yang saya akan buat? Ringankan lah beban dia.....dia nak lepaskan hutang-hutang dia di dunia....Hati nie masih berdegil untuk tidak memaafkan dia.

Hehehe.....maybe dia susah hati sebab masa dia susah dulu saya banyak tolong dia....saya pun dah tak ingat baper banyak yang dia hutang dengan saya....sebab adat manusia semasa bercinta tak pernah nak berkira...betul tak kawan2?

Moral of story : Anda fikirkan sendiri


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

: : Tempahkan Sebuah Bilik Di Neraka Jahanam Untukku : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

 
Di hari Jumaat yang mulia ini, marilah sama-sama kita renungkan dan mengambil iktibar dari jalan cerita ini.

Menurut majalah Iskandariah Mesir, pada hari kejadian, gadis yg terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat itu menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal di bumi yang terkenal dgn tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi sehingga terlihat segala yg patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu berusia dalam lingkungan 20-an. Di dalam bas itu ada seorang tua yg dipenuhi uban menegurnya...... "Wahai pemudi ..... alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adata serta agama Islam kamu........ "Itu lebih baik drp kamu berpakaian begini yg pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki..." nasihat orang tua itu.

Namun , nasihat yg sangat baik itu dijawab oleh gadis itu dgn jawapan si nakal dan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah ditangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka??? Setelah menghamburkan kata-kata yg sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.
"Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab. Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perlakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yg menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang didalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yg tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan menghina agama dgn lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut didapati tertidur dimuka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba-tiba orang tua tadi memeriksa nadi sigadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yg menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu , tiba-tiba tubuh gadis itu terjatuh kepinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku dijalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh simayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut.Apakah hasratnya menempah sebuah bilik dineraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah.. ...Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa diatas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali-sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah Rasulullah s.a.w. dgn mempersendakan atau ejekkan.

Kata kata seperti ajaran islam tidak sesuai lagi dgn arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingat-ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian.....tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita...... hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.

Janganlah menjadi orang yang bodoh........ Siapakah orang yg bodoh itu ? Mereka-mereka itulah orang-orang yang ingin melawan Allah Rabbul Alamin.

Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Allah bererti anda ingin melawan arahan Allah. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang2 sekolah...... dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang yang dilakar oleh majikan anda..... di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut2 melanggar undang2 itu.

Apabila anda berpijak di bumi ini...... anda juga tertakluk dgn undang2 yang telah digubal oleh yang menjadikan bumi ini.......setiap Sultan ada taman larangannya...... begitu juga Allah swt....... taman laranganNya adalah perkara2 yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini........
Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk diatas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.....
Wassalam

Sumber: http://santapanminda.blogspot.co/2004_01_04_archive.html                
                  Majalah Iskandariah Mesir 'MANAR  Islam


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Thursday, April 12, 2012

: : Tentang Jodoh : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 selepas sembahyang. Allah Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman dan tidak bertanggungjawab kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang pada sama yang sama. Setiap kejadian, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di  samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubunga kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing-masing padahal dahulunya Mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah  anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat,akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insani – bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang ".

Sumber: http://airmien.wordpress.com/2008/11/

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

: : Don't compare !! : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Setiap apa yang terjadi dalam kehidupan kita telah ditentukan sejak azali lagi. Siapa kita untuk menentangnya? 

Harus redha menerima setiap musibah dengan kelapangan dada dan hati yang terbuka. Kita kini sedang diuji.  Yakinkan diri pasti ada sinar yang menanti.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.   

Wednesday, April 11, 2012

: : Jangan Kembali Lagi : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Cinta....apalah yang aku tahu tentang cinta
Cinta....apalah yang aku tahu tentang rasa 
Cinta.....Cinta aku padamu sudah tiada
Tiada lagi tunas rasa cinta

Tubuhku kaku dan hati menggumam
Benarkah mesej di inbox itu darimu?
Setelah diteliti, benar sekali
Mesej dari bekas kekasih hati

Kenapa kau bertanyakan aku lagi?
Padaku kau telah lama mati
Biarlah aku sendiri
Aku tak ingin menangisinya lagi

Aku mohon agar kau tidak lagi kembali
Jangan bermain dengan api, kelakkan membinasakan diri
Pergilah.......biarkan aku begini
Pergilah..... aku rela sepi sendiri

 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...