Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Thursday, May 31, 2012

Patut la pun....................

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Memandangkan bos bercuti esok maka byk lah benda2 yang patut update kpd bos.... tentang itu tentang ini..pasal meeting tadi......

Buat kerja dah tak cukup kaki dan tangan. Squidward boleh tolong pinjamkan tangan kamu tak? Kalau punya tangan cam sotong kan bagus. Dalam sibuk2 wat kerja tu sempat lagi saya memalukan diri sendiri.

Kring..kring.....(ada telepon berbunyi). Dengan bangganya saya jawab la....tut..tut..tut...apahal nie......main-main jer...nak call buat la cara nak call. tetapi masih kedengaran kring.........kring.........

Ofismate : Kak....hp akak berbunyi

Saya: ????

Ofismate: Hp akak berbunyi tp kenapa akak jawab phone ofis tu?

Saya: Hehehehee......

Rasa cam darah mengalir laju jer kat muka.......panas.......malu la wei. Rupa-rupanyer hubby yang call...Katanya dia lambat skit hari ini. Terpaksa la duk melangut kat stesen komuter Shah Alam tu. 

Kalau dia lambat apa kata gi usha dompet B.U.M kat SOGO dulu..alang-alang dah lambatkan....leh cuci mata sekejap.

 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Tak suka masuk bilik meeting.........

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Siapa suka meeting? Sila angkat tangan dan kaki anda....

Bosan la masuk bilik meeting nie. Asyik duk ulang benda yang sama jer. Lepas meeting semua lupa. Apa yang dibincangkan tu tak settle2 gak. Bila hantar emel minta settle kan hal yg perlu tindakan dioarg semua keep quite.....

Lepas tu bila benda tu perlu katanya urgent mula la terloncat-loncat. Maki sana maki sini...ckp org nie tak buat keje org tu duk goyang kaki padahal salah sendiri tak nampak. Memang gitu ek cara orang atas bekerja, tunding jari kat org bawah jer....

Orang kata gaji besar, besar la tanggungjawabnya. Kalau tak nak dibebankan dgn tanggungjawab yg besar. Sila jangan segan-segan utk angkat kaki dan berambus dari ofis nie.

 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Wednesday, May 30, 2012

Wordless Wednesday #33

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia



 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Nape tak cakap........

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 



 Kisahnya.....

Hari Isnin minggu lepas before bercuti sakan, saya telah ke Maybank untuk tukar kad ATM kpd kad seperti di atas. Selesai jer urusan tu staff maybank tu cakap " Ok kak, dah siap". Dengan bangganya saya simpan kad tu dalam dompet.

Hari Sabtu baru nie cek gaji dah clear dengan rasa senang hati nak gi cucuk la kan....nak berjalan jauh mesti la kena ada duit kan....

Cucuk kad.......masukkan no pin.....mesin tu kata no pin salah.......cucuk lagi......masukkan no pin....still sama...tak berani nak cucuk kali ke-3..sure mesin tu telan kad akak dik non....

Ari isnin lepas gi try cucuk kat seveneleven sbb kat situ jer atm yang paling dekat.....cucuk punya cucuk..still sama..

"Apahal kad aku nie?"

Dah mula hilang sabar......nak kena kuarkan duit gak sbb nak bayar loan umah kat CIMB islamic. Alih2 transfer duit kt suami guna maybank2u..nasib baik leh pikir alternatif lain.....

Nak tahu cerita selanjutnya

Hari semalam dengan rasa marah pergi Maybank semula..bagitau kat staff tu kad atm de problem...

Saya : Cik, kad saya de problem la. Last week saya tukar kad.

Staff maybank: Puan ada tukar no pin x?


Saya: Tukar no pin?


Staff maybank: Bila wat kad baru, customer kena pergi ke mesin atm dan masukkan no pin 123456 lepas tu create password sendiri.


Saya: Gitu ek? Naper staff ari tu x bagitau saya pun kena tukar no pin?


Staff maybank: Kebiasaannya mmg macam tu, lps wat kad baru mesti kena tukar pin no

Saya: Biasa pada org lain tp luar biasa pada saya.....12 thn saya pakai kad nie dan x pernah tukar2. So saya mmg x tahu


Staff maybank: Saya minta maaf bagi pihak maybank. Saya akan bantu puan..


Saya: Tak pe terima kasih. Saya akan buat sendiri. 

Nasib baik dia mintak maaf sejuk sikit hati ini.

 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Tuesday, May 29, 2012

Kembali bersiaran.......

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Sabtu baru-baru nie gerak ke Jengka 10 sebab ada jemputan kenduri kawen sedara husband. Gerak dari Meru dalam pukul 11 pagi macam tu lah.

Sebelum tu kami singgah kat Hutan Lipur Lentang. Bermandi manda di situ. Merka-mereka jer yang mandi manda. Saya teringin gak nak mandi tapi memnadangkan kesukaran tuk nak salin2 pakaian...sebab leceh kan...hajat nak mandi tu simpan jer....harap2 de peluang tuk singgah kat situ masa balik dari jengka 10 nanti.

Sampai kat Jengka 10 dalam kul 6.30 petang. Memandangkan kenduri nie dibuat di felda maka paham2 la.....tuan umah memang tak yah wat keje.....semangat gotong royong orang felda memang patut dipuji..... memang terbaik.....

Disebabkan keletihan tahap melampau saya tertido...penat sangat la....macam saya yang drive jer, driver relaks jer siap boleh sembang2 sampai kul 3 pagi.

Kenduri tu ari Ahad. Tak buat apa-apa pun sebab semuanya orang felda dah buat. duk lepak2 sambil borak2 ngan sedara mara belah husband.

Kul 4 petang gerak balik ke Meru. Singgah kat Hutan Lipur Lentang kul 6.00 petang. Hajat nak mandi dah ke laut. memang takde mood langsung sebab dah nak senja. Mandi pun tak puas. Tengok jer la budak2 dan bapak budak mandi.

Sampai Meru dalam pukul 8.30 malam.....kul 11 malam semua dah tido. Keletihan...perjalanan yang sangat panjang.......

Semalam saya masih bercuti sebab MIL, FIL dan saudara dari Kuala Selangor ada di rumah. Tak manis la tinggalkan tetamukan.....

Hari nie saya masuk keje dengan mata kuyu, badan sakit2, rasa ngantuk tahap gaban, rasa cam nak tido bawah meja nie jer.....

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Thursday, May 24, 2012

Hanya main-main...tak sangka dapat ^__^

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Baru jer lepas terkejut...sebab per? sebabnya tadi saja2 lah tgk komen2 rakan blogger kat entry nie...mata tertumpu kat sini

 

Baru teringat pada 23/05/2012 rie tu saya de BW kat blog Sweet Honesty. Pemilik blog nie ada wat segmen Jom Teka. Nak tau apa? Tengok kat SINI. Pemilik blog nie dah umumkan pemenang segmen tersebut. Salah seorangnya adalah.........saya la.Dengan bangganya terus bagi emel dan no phone kat Pemenang-jom-teka ~Sweet Honesty ~

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Dah macam poswanita.....

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Disebabkan borang-borang untuk pesakit telah diperbaharui jadinya semua request form dari centre kena ditangguhkan selama 2 bulan.

Borang baru dah sampai semalam maka hari ini bermula lah tugas yang agak leceh dan menyebabkan saya menguap entah berapa puluh kali.....

Paling malas nak kira borang tu.....pastu nak kena masukkan dalam plastic bag. Lepas tu masukkan dalam kotak/sampul surat besar...kena saletipkan lagi...disebabkan sebuah printer kat ofis nie rosak..dengan jayanya...address tu kena wat secara manual la..tak boleh print envelope. Satu hal lagi....Adddress slip tu kena gunting pastu tampal lak kat box dan sampul surat.....bodoh betul la....

Nasib baik ingat cop company kat atas sebelah kiri tu kalau tidak......mau kena bambu ngan bos......nak tahu baper byk saya wat parcel ari nie...hampir 250...patah tangan akak...kalau akak nie spesis sotong kurita takpe la.....nak wat parcel akak...nak jawab phone pun akak...nak received surat/parcel dr courier/posmen pun akak jgk dik non...mcm semua org dalam ofis nie dah mati.....

Apa-apa pun alhamdulillah semua parcel telah selamat di hantar ke post office tepat pukul 3.15 ptg td...hampir sejam duk tampal setem kat post office...aduyai.....

Pinggang nie macam sakit semacam jer........mujur esok cuti...hhooorrreeeyyyyyy...malam nie balik Sabak Bernam. Nak amik MIL & FIL...ader kenduri kahwin di Pahang ari Ahad nie. Semua berkumpul di Meru.....seronoknyer...boleh main masak-masak dengan MIL

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Wednesday, May 23, 2012

SEGMEN 1 : Blogwalking sambil tambah follower bersama Myza

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Buat mereka2 yang nak dapat kenalan baru bolehlah join segmen MYZA. Nie pun saya tau dari blog Budak Comel ~ Michelle. Kalau nak join jangan segan-segan tuk klik di SINI

Rakan-rakan blogger boleh panggil saya Linniey atau Sue...macam tertera di profile tu. Saya sudah 6 tahun bekerja sebagai Clinical Research Assistant....rindunya kat zaman belajar semasa di Universiti Utara Malaysia dulu. Kalau dapat peluang nak amik course lain. Mana mungkin dapat kuundurkan masa.....


Tarikh tamatnya segmen ini pada 23 May 2012 ( RABU ) jam 11 malam

 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Wordless Wednesday #32

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 



Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Tuesday, May 22, 2012

: : Macam bagus jer lelaki tu............................ : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Ini adegan yang tak sanggup saya lihat. Kalau diulang tayang semula depan saya maybe lelaki tu dah makan penampar saya atau flying kick saya.

Ini kisah benar berlaku di sebuah pasar malam di Meru. Dalam keseronokan menjamu mata. Ada 1 situasi yang saya kurang berkenan. Timbul rasa tak puas hati.

Dari jauh saya lihat satu pasangan nie barangkali suami isteri sebabnya mereka membeli bahan-bahan basah.Saya lihat ditangan wanita tu dah penuh dengan plastik2 bungkusan dan semestinya berat la sangat. Boleh nampak dari airmuka wanita tu. Lelaki tu pulak melenggang kangkung je. Hanya bawa " batu dan burungnya" berjalan-jalan sahaja. 

Alangkah malangnya wanita ini desis hati saya.

Yang lebih malang, semasa urusan membayar saya lihat duit diambil dari dompet si wanita sbb apa saya yakin kata itu dompet wanita sbb dompet tu berbunga2...Ada ker lelaki pakai dompet bunga2?

Dah jadi cam penyiasat persendirian pulak. Hati tak puas lagi nie. Saya ikut jer pasangan tu. Husband saya dah tarik2 tangan saya, ajak saya balik. Husband cakap jangan masuk campur urusan rumahtangga orang. Bukan saya nak masuk campur tapi situasi tu tak menyenangkan hati saya. Itu termasuk dalam kes dera isteri ker?

Saya cakap dengan husband kalau husband buat saya begitu...saya akan campakkan semua barang2 tu ke tanah......ingat pompuan nie kuli batak ker.....tau la isteri kena taat pada suami kalau sampai tahap tu....mau kaki singgah ke muka....

Husband cakap...sabar yang...sabar......wanita tu banyak dapat pahala sbb dia tak melawan ckp suami.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

: : Lelaki patah tangan bila.............. : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Kalau bercerita tentang urusan rumahtangga bab-bab kemas rumah, jaga anak, memasak, membasuh dan pelbagai kerja lagi memang selalunya dan sentiasa dilakukan oleh para isteri. Namun begitu para suami tak terkecuali untuk melakukannya bersama-sama.... ibarat kata "berat sama dipikul ringan sama dijinjing".

Hari ni saya tak nak buat topik tentang tersebut tetapi saya nak bagitau tentang lelaki patah tangan bila.....................Nak tahu tentang apa, baca lah entry ini.

Lelaki patah tangan bila............ dia terlalu rajin memasak tetapi patah tangan ketika selesai memasak. Membiarkan bahan-bahan bersepah-sepah di atas meja, perkakas2 tidak dibasuh dengan sempurna, kulit bawang, perut ikan, lemak ayam dibiarkan di dalam sinki sampai sinki tersumbat. Malas sangat nak mengemas.

Lelaki patah tangan bila.............nie terjadi sebelum mandi. Elok jer tanggal baju pakai kain tuala tapi.........baju dan seluar tu dibiarkan bergulung2 di atas lantai. Biasa2 kan lah diri letak di dalam bakul. Bab stoking nie satu lagi, jangan sebelah dalam rumah dan sebelah lagi dalam kereta penat wife nak buat treasure hunt......

Lelaki patah tangan bila............selesai mandi tuala dicampakkan sesuka hati. Tak reti-reti nak sangkut tuala atau anginkan supaya tuala tak berbau hapak.  Yang lebih bagus tuala dibiarkan di atas sofa atau yang lebih baik letak di lantai.

Lelaki patah tangan bila............selesai makan kudap-kudap. Plastik pembungkus dilipat2 dan diselit2 di bawah karpet atau tikar.....Macam tak ada tong sampah kat rumah.

Lelaki patah tangan bila............selesai makan. Yang penting cuci tangan, pinggan dibiarkan di dalam sinki. Belajar2 lah membasuh pinggan sendiri. Semuanyer di hujung jari.

Apa kena mengena dengan gambar kat atas tu..........para isteri lah yang akan menjadi tangan baru untuk para suami.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Monday, May 21, 2012

Bau tengit........minta oksigen....

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

 
Yang nie tak berapa gemar nie. Pagi-pagi dah smell something yang tak berapa nice.

Bukannya nak kata tubuh saya bau wangi pun....Takde la nak kata badan saya nie bau cam kedai perfume pun at least jangan lah duk dera hidung kawan nie.

Macam nak pengsan...minta bantuan oksigen...oksigen....

Dari tadi duk tahan nie. Kalau yer pun tak nak mandi pagi...Tolong la spray badan tu ngan perfume...biar lah harum skit jer pun tak per...Nie bau tengit giler...bape hari tak mandi nie kawan oooiii.....

Tau dah mmg tabiat awak tak suka @ susah mandi pagi. Tolong la spray badan tu tolong lah yer...please........please........

Notakaki: Saya pun ada masalah bau badan...kalau berpeluh ....tak sanggup la nak bau. Tapi dah cuba pelbagai cara tuk kurangkan bau badan dan alhamdulillah akhirnya saya berjaya.....

 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Friday, May 18, 2012

: : Teman Kita Di Alam Kubur : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Daripada Anas b. Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiga perkara mengiringi jenazah; dua daripadanya akan kembali manakala hanya satu akan tinggal bersamanya. Yang mengikutinya ke kubur ialah kaum kerabatnya, hartanya dan amalan-amalannya. Kaum kerabatnya dan hartanya akan pulang; hanya amalan yang tinggal bersamanya.(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasululullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya liang kubur adalah awal perjalanan akhirat. Jika seseorang selamat dari (siksaan) nya maka perjalanan selanjutnya akan lebih mudah. Namun jika ia tidak selamat dari (siksaan)nya maka (siksaan) selanjutnya akan lebih kejam.” (HR. Tirmidzi)

Dua perkara penting yang dapat menyelamatkan manusia di alam Barzakah ialah akidah dan amalan, terutamanya amalan sembahyang yang mencukupi. Manusia akan dibangkitkan semula mengikut akidah semasa mereka dimatikan.

 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Thursday, May 17, 2012

: : Tentang Anak : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Bercerita tentang anak amat menyeronokkan tetapi bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tapi masih tak punya anak macam saya....perkara nie akan jadi sensitif. Hati mudah tersentap.

Usia perkahwinan dah masuk 2 tahun. Mungkin pada sesetengah orang usia perkahwinan saya masih muda tetapi ada  yang berpendapat sebaliknya. Sekarang nie rata-rata orang duk tanya. 

" Sue tak ada baby lagi ker? Dah bape tahun kawen ek?"

" Lini takde isi lagi ker?

" Merancang ker?"

 Saya tak pernah ada niat pun untuk merancang anak. Bagi saya anak itu satu anugerah yang sangat berharga.  Kalau tanya mana-mana pasangan yang dah berkahwin mesti mereka mahukan anak dengan kadar yang segera. Kita hanya berusaha, berdoa dan tawakal. Yang mewujudkan semuanya adalah Yang Maha Esa...

Hari-hari buka blog...buka FB....kebaykkan teman-teman asyik bercerita tentang anak-anak mereka. Cemburu ? Sudah pasti terdetik di hati.... Sedih? Sudah lama berdarah dlm jiwa.....

Adik-adik dah ramai yang bertanya bila lagi mereka akan dapat anak saudara. Saya hanya berkata " Insyaallah ada rezeki adalah nnt". Doakan yang terbaik untuk kakakmu ini.

Orang keliling duk pelik sebab saya datang dari keluarga yang besar tetapi .......... Saya ada 13 adik beradik. Abg long saya dah ada 2 orang anak perempuan yang sgt comel. Disebabkan sudah biasa dengan riuh rendah suara budak kat rumah...bila rumah tak ada baby rasa sunyi sepi jer.

Bayangkan masa dibangku sekolah saya sudah terbiasa memandikan, menyuap makan, mendodikan adik-adik. Kini mereka sudah besar di depan mata. Cepat betul masa berlalu. Rindu nak usap dan peluk baby.

Kawan-kawan doakan saya cepat-cepat mengandung yer....umur dah masuk 30 tahun nie....perlu ker amik anak angkat ek?

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

: : Blackout ker ? : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Tak pasal-pasal malam tadi tidur berteman kan nyamuk. Dah la panas membahang. Habis mandi peluh. Nie semua gara-gara husband la nie.

Alkisahnya mlm tadi saya tido pukul 12.15 pagi. Tak sedar la bila masa pulak hujan ribut melanda. Sedar-sedar baju basah dek peluh yang mencurah2 keluar. Buka mata gelap dunia. Eh eh saya buta ker? Tengok keliling gelap yang amat tapi masih ada cahaya dari luar tp samar2 jer la. 

Dalam hati " Orang tua nie, rajin pulak dia tutup kipas". Tangan duk raba-raba cari suis kipas. Tik..tik..tik...apahal tak berfungsi nie. Nie yang nak marah nie. Terdengar suara husband 
"Tido la yang, umah kita blackout". huh...terpaksalah tido dengan keadaan panas cam duk dalam oven tapi kat luar hujan lebat....

Kul 5.15 alarm berbunyi, mati kutu la nak cari lilin. Mujur teringat lilin ada atas meja komputer. Meraba-raba dalam gelap. Tengok ke arah dapur...Hah......biar betul nie? Selak langsir pintu...biar betul nie?

Kenapa umah belakang ada jer elektrik? Rumah sebelah, umah depan sama gak de elektrik. Ok xpe jap lagi siasat yg penting mandi dulu.

Pasang lilin pastu menuju ke bilik air. Letak lilin dkt ngan kolah dgn secara tiba-tiba..Gullp....lilin jatuh dalam kolah. Gelap semula. Tak fikir apa-apa..mandi dalam kegelapan.Siap mandi terus kejutkan husband. Mintak husband tgkkan

Rupa-rupanya rumah kami jer yang blackout sbbnya...mlm td hujan lebat...air hujan terkena kat wayar lampu hiasan kat pagar rumah...so secara automatik kena tendang la...En husband lak bijak ke main tak gi check....pagi tadi boleh dia sengih cam kerang busuk..Nasib baik husband kalau orang lain dah lama saya bagi flying kick.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Wednesday, May 16, 2012

: : Obor Hemah ~ A Samad Said : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal Melaka. Beliau ialah Saterawan Negara Malaysia 1986. 

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang Sasterawan Negara ini sila rujuk di SINI

Ini adalah salah satu puisi terindah dari beliau  tentang guru...


OBOR HEMAH

Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah;
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara ihsan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah.

Guru - atap ganti ketika pondok bocor,
ketika sejarah dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara,
ia - sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara dharma,
memesan angin menghikmahkannya.

Guru adalah penelaah yang tekun,
mewariskan dunia sebagai kutubkhanah,
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia,
ia mengemudi biduk, melepaskannya,
atas lambungan laut, merangsangkan
manusia menyelami rahsia khazanahnya.

Guru - minda segar dan kukuh akar,
menghidupkan batin yang bersih
di daerah dunia cemar kasih,
dan pada ketika tak tersangkakan,
walau diambilnya kemball semua buku,
sempat ditinggalkan asas i1mu.

Guru adalah batin suci hatinurani,
penjunjung budi, manusia yang takwa,
obor hemah kehidupan bangsa.

A. SAMAD SAID
2 APRIL 1988

 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

GURU OH GURU

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Kepada mereka yang berminat dengan puisi pastinya mengenali Allahyarham Dato' Usman Awang. Dato' Usman Awang dilahirkan pada 12 Julai 1929. Beliau adalah seorang Sasterawan Negara Malaysia pada tahun 1983.

Pada 29 November 2001, pada bulan Ramadhan, beliau meninggal dunia setelah lama menghidap penyakit jantung. Ketika itu beliau berusia 72 tahun.

Di bawah ini adalah puisi beliau yang mengangkat darjat seorang guru.


GURU OH GURU

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Wordless Wednesday #31

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


 
Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Tuesday, May 15, 2012

: : Hari lesu sedunia : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Ari nie takde topik atau citer yang nak ditulis sebabnya. kerja banyak sangat. Ditambah dengan kesihatan yang tidak mengizinkan nie. Selsema + batuk . tekak nie gatal2 rasa cam nak muntah jer. Mujur de gula2 hack yang setia disisi.

Memandangkan Khamis nie boss nak terbang ke Sarawak atas urusan kerja terpaksa lah saya amik alih kerja dia yang tak seberapa tu...huhuhu...tambah lagi beban kerja. Dah la kerja sedia ada tak terbuat nie ditambah lagi...Kerja...oh..kerja bila la nak habis nie.

Ada sapa-sapa rindu kat saya tak? 

 
Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Monday, May 14, 2012

Segmen: Kenangan Bersama Guru

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Tarikh tutup : 16 Mei 2012

 Meh sini duk rapat-rapat sikit. Saya nak bercerita tentang seorang cikgu. Cikgu nie saya sayang sampai sekarang. Nama cikgu nie Amran Bin Ibrahim. Isteri beliau bernama Delailah Mahmood. Beliau mempunyai 3 orang anak lelaki dan 5 orang anak perempuan yang semuanya comel2 belaka. Tak percaya? Sila singgah ke FB Cikgu Amran. Beliau kini mengajar di SMK Permaisuri Nur Zahirah kat Terengganu.

Bermulanya perkenalan saya dengan beliau. Eceh eceh macam couple pulok. Maafkan saya cikgu. Beliau mengenali saya melalui kak long saya. Beliau menjadi guru matematik kak long saya. Dah nama adik beradikkan...muka kak long ngan saya ada la iras-iras skit. Tak tahu lak yang cikgu nie duk usha saya selama nie....hehehehe. Perasan sudah. kalau cikgu baca nie sah2 kena rotan.

Pada tahun 1996 (pada bulan puasa) masa tu saya tingkatan 2, Cikgu Aminah merangkap guru kelas saya (betul ker ek cikgu tu guru kelas?)telah memanggil saya dan memberikan sepucuk surat berwarna putih. Eh eh sapa pulak yang bagi nie? 

Memandangkan masa tu budak-budak hingusan lagikan so cepat2 la bukak. Kad rupanya ingatkan surat. Siapa gerangan yang beri kad tu.Dah hbs baca tgk signature kat bawah tu......ABI....ABI...ABI.....sapa pulak nie? Mana de kawan nama macam nie. Tak puas hati. Saya gi tanya Cikgu Aminah. Mati-mati Cikgu Aminah tak nak bagitau. Dia kata amanah orang. Hampa sangat sampai habis kelas Cikgu Aminah tak bagitau sapa yang kirimkan kad ucapan tu.

Lepas 2 hari kejadian dapat kad misteri tu. Saya terserempak dengan Cikgu Amran. Beliau tahan saya. Dalam hati (Saya ada wat salah ker?)Rasa-rasanya sayalah pelajar paling baik, tak pernah langgar peraturan sekolah..Ppuuihhh....perasan lebih.

Cikgu Amran bertanya " Dah dapat kad raya dari cikgu?" Disebabkan saya blur.....Saya tak jawab, hanya sengih macam kerang busuk. Balik rumah saya tengok semula kad tu...ABI...ABI.....ABI....oh! baru saya tahu ABI tu untuk Amran Bin Ibrahim...Aisei man....camner boleh tak perasan. Petang tu jugak kalut cari kad raya tuk balas kad raya Cikgu Amran. Wajib la balaskan...cikgu yang kirim tu.....

Nak dijadikan cerita Cikgu Amran telah mengajar matematik tuk kelas saya semasa form 4 & form 5. Aisei man.....nie lagi satu masalah. Dah la saya lemah subjek matematik. Dapat lak cikgu comel nie yang ngajar. Tapi masa kelas matematik la yang paling best. Belajar kat kelas yang diberi nama "Klinik Matematik". Dalam kelas nie student belajar ikut kumpulan. Setiap kumpulan ada leader. Dalam kelas nie leh makan minum...Best x? Best x? Mesti lah best kan....Belajar sambil enjoy.

Part yang paling saya tak dapat lupakan, semasa mengambil result SPM tahun 1999. Cikgu Amran merupakan cikgu yang pertama ucapkan tahniah atas kejayaan saya yang membanggakan pihak sekolah...uwweekkksss....perasan tak habis-habis. Saya hanya dapat C5 tuk subjek matematik tetapi cikgu Amran memberikan duit RM50 kpd saya atas usaha saya untuk lulus dalam subjek tu. Terharu wei...sampai sekarang saya takkan lupa kalau ingat masa kejadian tu sure nangis...

Buat Cikgu Amran

Terima kasih cikgu kerana tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu untuk memastikan anak didikmu ini celik matematik.Terima kasih kerana menjadi cikgu yang terbaik dan seorang cikgu yang punya wawasan yang sangat tinggi untuk memastikan pelajar2 berjaya, cemerlang dan gemilang.

Doa saya untuk cikgu semoga cikgu berbahagia hendaknya disamping isteri dan anak-anak yang sangat comel. semoga Allah swt memberikan kesihatan yang baik untuk cikgu terus berbakti. terima kasih cikgu

p/s: Ada lagi kisah tentang cikgu bahasa Inggeris - Cikgu Zarinah. Cikgu nie kecik molek tapi suaranya sangat lantang. Kita jumpa di entry akan datang

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

: : Pertama Kali Dalam Seumur Hidup : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Dalam entry yang lepas saya ada bagitaukan weekend nak buat apa. Sabtu baru-baru nie lepak ngan Kasma dekat SOGO. Kami janji nak jumpa bertiga tetapi sayang seribu kali sayang. Member seorang lagi tak dapat join. Khabarnya anak dia demam so dia bergegas balik ke Kuala Lipis Pahang.

Tak pe lah nak buat camnerkan. Jadi kami jumpa berdua jer la. Mula-mula tu hajat tak nak la bershopping tapi Kasma kata nak beli seluar jeans, saya sebagai rakan baik menemani dia tuk mencari jeans yang menawan hati dia. Ayat tak boleh belah kan? Pusing punya pusing perut dah lapar nie. Jalan-jalan cari makan. Pergi Nando's dalam SOGO tu tapi macam tak berselera pulak. Keluar gi Secret Recipe tapi malangnya beg seluar jeans tertinggal di Nando's so jalan laju-laju takut seluar hilang.

Alhamdulillah staff Nando's tolong simpankan. Terima kasih buat staff tu ek. Terlupa lak nama dia. Sebab dah malu tambah dengan penat so kami sepakat makan kat Nando's jer. Boleh pulak mcm tu kan.

Memandangkan kami sedang bercuti a.k.a bendera merah so x yah la duk kalut-kalut. Itulah kelebihan wanita yang tak ada pada lelaki.SOGO? Ada apa dengan SOGO tu? SOGO tu hari-hari sales. Entah apa yang sales pun tak tahu lah. Macam sama jer.Harga camtu jugak.

Lepas makan Kasma ajak gi karaoke. Tak pernah-pernah sumbangkan suara tiba-tiba ari tu kena nyanyi lak. Memang syok layan karaoke. Paling best nyanyi lagu dangdut. Ayuh gelek dong.....gelek lagi.....kita gelek lagi .Happening gila walaupun berdua dengan Kasma. Tapi macam tak berbaloi jer 2 jam RM 46 +++. Kalau nak tahu tengok kat Red Box Ria KL SOGO.

Lepas karaoke kami berdua ke Jalan TAR pulak. Cari kain 2-3 pasang. Pastu sambar kerongsang. Jalan-jalan sampai kaki nak patah. Singgah ker Secret Recipe, makan-makan kat situ sambil borak-borak. Cepatnya masa berlalu, dah nak balik rumah dah. Entah bila ada kesempatan nak jumpa kawan ku ini. 

Kasma...

Orangnya sangat manis. Baik hati. Suka tolong kawan-kawan. Kuat berahsia. Masa sembang-sembang ngan dia ari tu........ Sedih pulak. Serius tak pernah tahu tentang kisah silam dia macam tu. Dia tak pernah bagitau pun. Respek sangat pada dia. Walaupun dia lalui perkara-perkara yang sukar tetapi dia still berani. Doakan yang terbaik untuk Kasma. Semoga dia cepat dipertemukan dengan lelaki dikalangan orang yang baik-baik dan soleh.

Kasma....

Saya nak awak jadi kawan saya yang paling baik dalam dunia. Walaupun saya jumpa dengan ramai kawan baru tapi awak lain dari yang lain. Saya rasa sgt happy bila mula kenal siapa diri awak yang sebenar. Saya tak minta banyak dari awak. Saya harap awak akan setia dan jadi kawan saya sampai akhir hayat saya. Saya janji saya akan jadi kawan terbaik untuk awak. Miss you so much Kasma.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Segmen : Blogwalking Sampai Lebam

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Kali nie karukord jagaus a.k.a Pak Su telah sudi tag saya. Bersegmen lagi kita kali nie yer. Segmem nie pertama kalinya dianjurkan oleh Mrs Erry @ Deqla Manjew.

Jika ada yang sudi tuk join. Sila klik di SINI.


 Anda perlu blogwalking di blog Tentang Kita nie kerana di sini tak ada entry yang merapu meraban, semuanya tentang kegembiraan, keseronokan dan kesedihan. Kalau gembira jer tapi takde yang sedih2 memang tak best kan. Macam kopi tanpa susu. Mesti pahit jer kan.

Tag:


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Friday, May 11, 2012

: : Pengharapan Wanita : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Di antara pengharapan wanita ialah:
  • Sentiasa didoakan dan dimaafkan
  • Bukan disanjung-sanjung tetapi dihormati
  • Disayangi dengan seadanya
  • Diberi bimbingan dan ditegur agar sama-sama memasuki syurga
  • Dicemburui agar dia rasa masih menawan
  • Diberi pengukuhan tentang kasih dan sayang
  • Fahami yg dia sensitif & perlu dipujuk dikala hati merajuk
  • Diajak berbual dan berkongsi rahsia
  • Jangan disuruh kongsi kasih sayang dengan wanita lain
  • Jangan segan untuk meminta maaf jika bersalah
  • Dipuji dengan seikhlas hati
  • Hargai setiap jasa & pengorbanan yang telah dicurahkan
  • Selalu menghubungi melalui sms atau call saja la..
Moga lelaki-lelaki di luar sana sudi belajar bagaimana cara untuk menghormati seorang wanita.<Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah>
  
Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

: : Single But Not Available : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Kalau husband baca nie mesti duk fikir bukan-bukan dah nie.Tajuk tu ada kena mengena dengan hujung minggu saya.

Memandangkan husband saya ada urusan di Singapore weekend nie ..eh..eh esok dah cuti ek....jadi dengan secara automatik saya akan tinggal di rumah Kak Long saya di AU2 Keramat. Dah biasa dah gitu kalau husband de urusan jer mesti saya duduk ngan Kak long saya

sebabnya :
1. Saya tak boleh drive..lesen kereta amik separuh jalan jer..tak tahu bila nak hbskan

2.Kat area umah saya tu takde bas or teksi yang lalu lalang...basmini lg la xde..saya mati kutu...jln yang mudah campakkan saya kt KL sure saya boleh hidup.

Mesti ada yang tanyakan. Kenapa saya tak ikut husband gi Singapore? 

Sebabnya.......byk pulak alasannya kan...^___^
1. Husband pergi sana atas urusan kerja....so senang la dia duk sebilik dengan kawan2 dia. Save budget skit.

2. Saya dah plan nak jumpa kawan baik saya Nazlinda dan Kasma. Plan nak jumpa kat SOGO jer esok. Bukan nak bershopping pun just jumpa borak2 kosong. 

3. Pernah dengar tak ada orang meeting hari ahad? Apa kejadahnya doktor2 nie nak bermeeting-meeting hari ahad... hari tu kan utk org beristirehat...mana letak kepala otak tak tahu la. Ahad nie (13/05/2012) wajib gi meeting....tolong...malasnya
 
Husband cakap...anggap kerja tu sebagai ibadah. Betulkan niat. Insyaallah rezeki akan berlipat ganda, lebih berkat. Nie yang touching lebih nie

 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...