Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Friday, June 29, 2012

Kamu Tak Mungkin Tahu

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Kamu tak mungkin tahu
Dalam hati aku hanya ada kamu
Dalam hati aku masih ada sayang untuk kamu
Dalam hati aku tertinggal rindu yang tak pernah berlalu

Kamu tak mungkin tahu
Saat kamu lafazkan kata-kata itu
Aku masih mampu tersenyum pada kamu
Saat kamu melukakan hati aku
Aku masih lagi menyintai kamu

Kamu tak mungkin tahu
Betapa dalamnya rasa cinta aku pada kamu
Betapa besarnya pengorbanan aku untuk kamu
Betapa hebatnya kesabaran aku pada kamu

Kamu tak mungkin tahu
Dalam cerita cinta yang masih bersisa
Aku masih mengharapkan kamu
Aku masih menantikan kamu
Aku masih memikirkan kamu


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Thursday, June 28, 2012

The Chaser

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Selamat bertemu lagi kita pada hari Khamis yang sungguh bahagia nie. Saya nak bagitau ni, ada satu drama baru yang kini ditayangkan di Astro -One HD (channel 393). Tajuk drama korea nie adalah "The Chaser"Drama nie menggantikan drama Fashion King yang telah tamat pada minggu lepas.

Meh kita review tentang drama nie. Sikit jer tau. Nak tau lebih lanjut kena tengok sendiri la.


Title: The Chaser
Previously Known as:Father’s War
Genre: Crime, Mystery, Action
Episodes: 16

Detektif Baek Hong Suk(Son Hyun Joo)kehilangan anak perempuan berusia 15 tahun dalam kemalangan kereta. Tidak lama lepas tu  isterinya meninggal dunia kerana tertekan di atas kematian anak kesayangannya itu. Beliau kemudian mencari kebenaran yang berkaitan dengan kematian anak perempuannya dan mengetahui kematian anaknya itu berkaitan dengan satu konspirasi politik.

Wartawan Seo Ji Won(Go Joon Hee) adalah anak perempuan pemilik sebuah syarikat besar. Dia membantu Detektif Baek Hong Suk untuk membongkar kebenaran di atas kematian anak perempuannya. Semasa membuat liputan berita, beliau mendapati bahawa abang iparnya Kang Dong Yoon (Kim Sang Jung), seorang calon presiden, terlibat dalam kegiatan rasuah. Berlakulah pelbagai konflik antara keluarga dan kebenaran.

Dapatkah Detektif Baek Hong Suk menyingkap kebenaran dan menuntut bela atas kematian anak gadisnya itu? Tak sabar nak tgk cerita nie smpai habis.....

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Wednesday, June 27, 2012

Wordless Wednesday #36 Hairdryer pleaseee......

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

: : Semuanya sudah berakhir .... : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

 
Pengakhiran drama yang menyedihkan dan menggembirakan..

Cinta putera tidak akan berakhir selepas 300 tahun. Cinta yang terhebat, Bu Yong @ Park Ha mencintai putera dan sanggup mati kerana putera. Akhirnya rahsia kemangkatan "puteri" 300 tahun lalu telah terbongkar.Putera baru menyedari yang Bu Yong mati kerana mahu menyelamatkan putera dan demi kerana cinta Bu Yong pada putera. Sebelum Bu yong menutup mata dan terjun ke dalam kolam, Bu yong berjanji yang dia akan bertemu dan mencintai putera sekali lagi pada kehidupan yang akan datang.
 
Inilah karma. Lahir semula dan mencintai lelaki yang sama. Oleh itu Yong Tae Yong muncul pada akhir cerita dan Park Ha menerima Yong Tae Yong. Pada bayangan Park Ha, Yong Tae yong adalah putera.

Namun ini semua hanya lah dalam cerita. Cerita mereka ditulis oleh penulis skrip tetapi cerita kita ditulis oleh Allah swt. Bukan semua percintaan berakhir dengan kebahagiaan dan bukan semua cinta berakhir dengan kekecewaan. Yang patah akan tumbuh yang hilang pasti berganti. Walaupun yang mengganti dan tumbuh itu tidak sama dengan seperti yang hilang. Lebih baik ada dari tiada. 

 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Sunday, June 24, 2012

Michael Learns To Rock @ Setia City Mall, Shah Alam

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 



Tak rancang pun hari nie nak buat apa sebabnya selalu lepak kat rumah jer. Nak dijadikan cerita lebih kurang dalam pukul 11 pagi my BFF namanya Nazlinda, dia mesej katanya nak datang jumpa saya. Dia cakap nak datang dengan Kasma, Kasma nie pun my BFF jugak. Kami kenal dari sekolah menengah lagi.

Lebih kurang dalam pukul 5.00 petang diaorg berdua sampai kat rumah saya di Meru, Klang. Solat Asar dulu la sebelum keluar. Masa kitaorg keluar  tu saya sudah semestinya kena minta izin dgn suami. Lepas dapat green light, laju2 jer keluar rumah..hahahaha...bukan selalu dapat peluang berjimba2 dengan my BFF nie.

Tempat di tuju adalah Setia City Mall di Shah Alam. Tak jauh pun tempat nie dari rumah saya..lebih kurang 10 minit dah sampai. Masa nak masuk kat Setia City Mall tu nampak ada pentas dan spotlight.......cantik giler. Dalam hati dah tertanya2 ada persembahan apa nie....? Ramai nya orang kat Setia City Mall nie...nak parking pun payah......Akhirnya baru teringat ada persembahan live kumpulan Michael Learns To Rock (MLTR)........

Disebabkan kami tak ada ticket masuk so kami kena tengok dari jauh jer la. Sound system mmg terbaik tapi gambar kat screen tu macam tak puas hati jer. Kabur semacam. 

Bila Michael Learns To Rock (MLTR) nie medendangkan lagu2 yang penuh sentimental......saya layan habis mendengarnya.....memang best giler.....kitaorg tak tgk sampai hbs pun...kena keluar awal2 karang beratur pulak nak bayar tiket parking.

Otw balik rumah tu nampak kedai seafood..lepak jap ngan Kasma dan Linda.....makan2 sambil tgk bola....sembang punya sembang punya sembang.....jam menunjukkan pukul 11.30 malam.....saya rasa macam anak dara jer....macam takde husband...hehehhehe...husband pulak jenis ok jer kan...ye lah dia tau wife dia nie bukan suka berjoli sakan....jumpa member pun kadang2 jer....bagilah peluangkan...terima kasih utk En.Khairul Azman...^__^

Harap dapat jumpa Kasma dan Linda lagi nanti......harap2 jadilah plan kitaorg bulan Julai nnt......

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Monday, June 18, 2012

Saya bukan Event Manager.....

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Monday is bad day..betul ker? Tak elok cakap gitu kan. Yang tak elok tu datangnya dari kita sendiri. Kita yang buat hari tu nmpk macam suram, kelam dan tenggelam macam kapal Titanic.

Pagi2 lagi hari nie ada meeting. Huh...Permulaan hari yang sangat tidak menyeronokkan. Meeting nie pasal event ofis yang akan berlangsung pada 14/07/2012 (Sabtu). walaupun event nie berlangsung selama 1 hari jer tapi punya lah byk benda yang nak kena buat.

Sebenarnya saya nie bukannya tahu pun pasal nak organize event2 nie. Tak pernah belajar pun masa sekolah2 dulu, masa kat universiti pun bukan amik course tuk wat event.

Nak jadikan cerita. Semua pasal hotel, surat invitation utk pusat2 dialisis , speaker, editor, doktor2 semuanya akan dihandle oleh bos dan dibantu oleh staf HKL.

Saya pulak kena handle bahagian registration, payment, nak kena follow up...tu tak termasuk lagi nak kena edarkan patient list, cetre report card dan borang2 tahunan bg pesakit2.....lebih kurang dalam 500- 600delegate yg akan turut serta dalam event tu...

Yang paling tension pasal nak buat proses..mesti ada black and white kan...sbb nnt nak bagi taklimat pada staff lain senang skit. Tapi nie yg buat saya geram sangat. dah buat proses elok2...bos gi tukar sana tukar sini...itu x kena ini tak kena....dah bagi idea paling best pun  x nak terima seadanya....apa nak dikata..bos kan..? Ikutkan jer rentak dia...sbb dia yang paling pandai..dia yg paling bagus kan...

Petang nie dalam pukul 3.30 ptg nak kena gi hotel tempat event tu berlangsung........nie benda yang paling malas......tapi kena gi jgk sbb bila dh tgk tmpt baru leh plan nak wat apa....sblm nie bos dan staf HKL jer yg gi tgk.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Sunday, June 17, 2012

: : " Kerana kita hanya KAWAN...." : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Kerana kita hanya KAWAN.  
Perbualan dan perbuatan kita tidak perlu menjangkau jauh dari batasan.

Kerana kita hanya KAWAN
Setiap titik rasa hati itu perlu diperjelasan agar tiada yang makan hati.

Kerana kita hanya KAWAN
Setiap luahan yang diberi dibalas dengan nasihat yg penuh misteri,

Kerana kita hanya KAWAN
Setiap langkah perjalanan memberikan aku kekuatan dan keberanian.

Kerana kita hanya KAWAN
Suara kamu amat menggembirakan hatiku....
Senyuman kamu menghilangkan segala resah di dalam sanubariku
Kelembutan setiap tutur bicaramu membuat aku hilang dalam sendu.....

Kamu....?
Kenapa kamu masih ada di sini?
Kenapa kamu masih aku rindui?
Kenapa kamu tidak pernah jauh dr sudut hati kecilku?
Kenapa kamu sentiasa ada ketika aku dipalu rasa kecewa?
Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Friday, June 15, 2012

SEGMEN AYUEJEAN : BAPAKU IDOLAKU

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Untuk pengetahuan rakan-rakan, ayuejean telah membuat satu segmen bersempena HARI BAPA yang bakal tiba ni. Buat mereka-meraka yang terasa atau berkeinginan utk sertai segmen ayuejean, sila klik terus pada banner di bawah yer.


Syarat-Syaratnya...

1. Letak Header Blog dan follow AyueJean...
2. Buat entri bertajuk "SEGMEN AYUEJEAN : BAPAKU IDOLAKU"
Cerita kisah Bapa yang merupakan Idola korang tu.......
"Jangan lupa mention nama bapa korang ye......."
Ucapkan kata-kata yang tak mampu korang luahkan di hadapan Bapa......

3. Nak tag kawan boleh, tak nak pun takpe...

4. Dah siap????
Linkkan entri korang di RUANGAN KOMEN AYUEJEAN....

TARIKH TUTUP : 17 JUN 2012, 11 MALAM
==========================================================================

Abah saya bernama ALI BIN MAMAT dilahirkan pada 19 Disember 1959 di Kampung Senang, Kota Jembal Kota Bharu Kelantan.Abah saya anak bongsu dari 3 orang adik beradik kiranya abah saya nie anak lelaki tunggal dalam family.

Apa yang menariknya tentang abah saya. Pada zaman muda selepas hbs sekolah abah saya bekerja sebagai pembuat batu bata di kampung. selepas berjaya dalam temuduga sebagai kerani pos, abah telah di hantar ke daerah Kuala Lipis. Abah bekerja sebagai kerani pos di Pejabat Pos Kuala Lipis dari tahun 1978 sehingga tahun 1995.Selepas itu abah dinaikkan pangkat sebagai Pengurus cawangan Pos Malaysia di Padang Tengku (dalam daerah lipis jugak)pada tahun 1995-2010.

Dari saya kecik abah saya tak pernah merungut tentang penat lelahnya mencari sesuap nasi utk kami sekeluarga. Ketabahan abah membesarkan kami 13 beradik menjadikan abah sebagai super hero saya. Bayangkan lah dengan gaji abah tak seberapa tapi kerana keberkatan dari hasil sumber halal titik peluh yang ikhlas,alhamdulillah kami dapat menikmati hidup dengan sempurna.

Abah sangat pandai mengaji Al-Quran. Lantunan suaranya sangat merdu. Tulisan jawi abah buat saya sedikit cemburu. Pandai betul abah tulis tulisan jawi...kalau saya huh...hodoh bukan main....

Walaupun abah sedikit garang masa saya kecik2 dulu, sikap itu telah membentuk saya menjadi seorang anak yg berdisiplin, mampu berdikari sendiri, tegas dlam membuat keputusan, cekal hadapi kehidupan yg mendatang.

Terima kasih abah, jasa dan pengorbanan abah tak mampu lini nak ceritakan di sini. Semoga abah diberikan kesihatan yang baik, sihat tubuh badan, sentiasa gembira selalu.Lagi satu.....malu nak cakap..tak pernah lini cium pipi abah...cium tangan tu sudah tentu lah......abah..lini nak kiss pipi abah boleh?

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Pencarian Cik en dan Blog : Entry kita, Jiwa kita

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Akhir lepas juga hajat nak sertai segmen Cik En yang comel nie. Jom lah kita sama2 memeriahkan segmen Cik En. Kalau nak join klik kat banner tu yer.

Syarat-syarat:-
  1. Tak Wajib Follow
  2. Tak Wajib like page cik en
  3. Letak Banner kat atas dan link ke entry ini dan tajuk tulis "Pencarian Cik En dan Blog : Entry Kita Jiwa Kita"
  4. Link kan Entry Pertama korang (entry permulaan semasa korang buka blog)
  5. Link kan Entry Terbaik Korang (entry yang bukan copy paste tapi buah fikiran korang) 
  6. Link kan Entry Terakhir Korang semasa join pencarian ini
  7. Pastikan ada 3 link dalam entry
  8. Tak Wajib Tag 
  9. Lastly bagi link entry tu ke comment entry ini 
 Tarikh Tutup : 19 JUN 2012 jam 11.59 pg
=================================================================
 
Link kan Entry Pertama korang (entry permulaan semasa korang buka blog)
 
 
Link kan Entry Terbaik Korang (entry yg bukan copy paste tapi buah fikiran korang) 
 
 
Link kan Entry Terakhir Korang semasa join pencarian ini
 
 
 
 
Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

: : BERSIH itu PENTING : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Alhamdulillah. Syukur kepada Allah swt, hari ini kita masih masih bernafas lagi. Bersua lagi kita di Hari Jumaat yang penuh berkah ini, Penghulu segala hari. 

Bercakap soal BERSIH. Nie bukan soal politik yer. Entry nie tak ada kena mengena dengan hidup dan mati politik. Tak berminat pun nak berbicara pasal politik.

Bercakap soal BERSIH semua orang tahu terutama kita sebagai orang Islam. Kebersihan itu sebahagian dari iman. Tetapi berapa ramai yang mengamalkan nya dalam kehidupan seharian kita?

Kebersihan ini luas. Kebersihan tentang diri sendiri, Kebersihan persekitaran tempat tinggal dan tempat kerja, kebersihan jiwa rohani. 

Ada satu perkara yang menyakitkan hati saya semalam.

Semalam, saya ke toilet kat ofis la. Toilet kat floor saya nie. Ermmm..tak tahu nak cakap la.....Kotor sangat. Boleh dikatakan pengguna toilet nie 98% semuanyer Melayu sudah tentu beragama Islam kan....Kat floor saya nie ada 9 pejabat. 

Saya tak tahu la macam mana toliet kat rumah diaorg nie. Dah guna toilet tu pandai2 la  flush kan. Ini tak dibiarkan jer sisa bahan buangan tu terapung-apung. Geli gila la. Saya bercakap tentang pompuan nie. Bergaya lebih. Harap muka cantik. Tebal ngan make up tapi pasal kebersihan totally out..terus ke laut.....otak dungu gila. Better kepala otak tu letak kat lutut jer la.

Bukannya budak kecik lagi nak diajar semua tu. Dah besar panjang. Entah2 dah status mak orang. Takkan la nak buat benda di hujung jari pun payah. Kat pintu tandas dah letak note "Flush it after Use" tu dalam bahasa omputih, dalam bahasa melayu pun ada" Lepas pakai sila tarik tali". Siap de gambar lagi kut2 la tak reti membacakan. Tu pun tak paham2 lagi.

Harap2 hari nie toilet tu bersih. Hari2 cleaner bersihkan toilet pun tak guna kalau orang yang guna toilet tu tak ada kesedaran sivik lgsg.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Thursday, June 14, 2012

Biar betul nie kak...gula-gula lada hitam?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Korang pernah tau tak kat Malaysia nie ada jual gula-gula lada hitam? Serius....saya baru jer tahu....betapa naifnya saya kan..kan..kan

Tadi ada kesempatan ziarah kawan lama keje kat HKL....pastu sebelum balik dia ada bagi gula-gula nie. Tak tengok pun masa tu.....terus masukkan gula-gula tu dlm beg....

Masa wat keje tadi ngantuk sangat...baru teringat ada gula-gula. Mata tepat tgk pembalut warna kuning dan ada gambar burung kenyalang tu. Dah pasti nie mesti made in Sarawak....."Gula-gula apa benda nie....tak pernah tgk pun....". Kat bungkusan tu tulisGula-gula Lada Sarawak dan lagi satu Pepper Sweets.

Nak tahu punya pasal gula-gula lada hitam ni, saya mintak tolong ngan En.Google..pastu terjumpalah info tentang gula-gula lada hitam di Pepper Candy dan di achiqlebon

Rasa gula-gula lada hitam nie mmg best...berangin gitu..tak berapa manis sangat...saya suka..saya suka...kat sini ada org sarawak ker? boleh kirim gula-gula lada hitam nie tak?

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

: : Salah dengar nie....................... : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Hari nie nak bersarapan apa ek.......semalam bw kat tuan punya tanah ainnoraini. Entry berkenaan dengan nasi lemak tu betul2 membuat saya terliur. Dah berapa bulan tak sentuh nasi lemak.

Pagi tadi dengan bangganya pergi kedai yg biasa saya singgah tu....

Saya: Kak, bungkuskan saya nasi lemak dengan telur goreng yer...

Akak kedai: Baik dik...itu ajer..air tak nak

Saya: Bungkusan air teh o ais sekali ek (pagi2 dah minum ais macam mana tak gemuk)

Akak kedai: Ok

Masa duk tunggu tu,,main game jap..ala bukan game best pun..main game bowling kt hp cap ayam jer....

Akak kedai: Dik, dah siap nie

Saya pun berjalan ke kaunter tuk bayar. Kena la bayarkan karang makan tak halal pulak kan susah jd darah daging....

Saya: Berapa kak?

Akak kedai: Semua RM6.00

Saya: Biar betul kak....nasi lemak RM 2.50 pastu campur air teh o ais RM1.50....baru RM4.00..mana datangnya RM2.00 lagi

Akak kedai: Nie nasi goreng.....

Saya: Saya tak mintak nasi goreng pun

Akak kedai: Tadikan adik cakap bungkuskan nasi lemak dengan nasi goreng?

Saya: Akak, saya cakap nasi lemak dengan telur goreng. (Saya salah cakap ker tadi)

Akak kedai: Maybe akak salah dengar la kutnyer

Saya: Maaflah kak klu saya salah ckp td (konfius masih bertanya dengan diri sendiri...saya salah ckp ker)

Tergelak sendiri.....mimpi apalah akak tu pagi2 telur goreng ngan nasi goreng pun boleh tertukar.....


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Wednesday, June 13, 2012

Banyaknya bang Aji........

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Masa lunch tadi terlebih rajin.Bukan terlebih rajin buat kerja ok tapi rajin jalan-jalan cari makan. Nak cari kudap2 buat ubat ngantuk.

Ofismate saya cakap ada kudap2 best so nak try la kan. Kudap2 a.k.a cekodok tp bukan cekodok pisang. Cekodok yang baru saya beli nie dibuat guna tepung gandum (sudah semestinyalah kan), ada ubi kentang yang di potong dadu, ada bawang, cili padi, ada daun bawang.

Pertama kali rasa cekodok nie...eerrmmm sedapnya. Rasa kali ke-2 semakin sedap, rasa kali-3 memang sedap tetapi..."banyaknya bang aji". berapa bungkus ajinomoto yg org nie guna.....

Lepas 1/2 jam makan cekodok tu terasa mcm nak pitam, kepala sakit sangat. Memang sah cekodok tu terlebih ajinomoto.

Saya nie mmg x berapa suka dgn ajinomoto. Kalau kat umah jarang sekali saya letakkan benda tu dlm masakan saya. Mungkin bagi kawan2 pasti kata " tak sedap kalau tak letak aji...mana nak ada rasa masakan tu"...betul tak? Lain padang lain belalangnya..lain orang lain ragam....

Nak tahu kenapa saya jarang guna AJINOMOTO, kawan2 boleh jenguk kat blog milik Azizi.

 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Wordless Wednesday#35

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Tuesday, June 12, 2012

: : Sukar untuk aku ungkapkan : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


" .....aku tak mudah tuk mencintai
aku tak mudah mengaku ku cinta
aku tak mudah mengatakan
aku jatuh cinta...."

Barangkali ramai sudah menduga. Semacam sudah terbiasa mendengar bait2 lirik di atas. Sampai Menutup Mata..lagu yang disenandungkan oleh Acha Septriasa ini benar2 memalu jiwa saya yang sedang kering dan kosong ini.

Bait lirik lagu ini membuatkan hati nurani saya meruntun hiba...entah kenapa? Benar... ada sesuatu membuat saya pilu. Ada sesuatu membuat saya rindu.

Andai dapat ke masa lalu...ingin saya lakukan sekali lagi. Akan saya beranikan diri untuk mengungkapkan betapa saya menyintai kamu. Sungguh pilu. Kata2 itu tersekat di kerongkong tak mampu untuk saya lontarkan padamu. Maafkan saya. Bukan tidak sudi tapi saya tidak berani.

 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Friday, June 8, 2012

: : Suami dah naik muak.................... : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Ngeri tak baca tajuk tu. Saya pun naik ngeri bila menulis tajuk tu ^__^. Suami bukannya muak tengok saya atau apa tapi dia muak dengan kesukaan saya menonton filem/drama korea.Tiap-tiap malam sure takkan miss tgk cerita korea. Tu jer pun yang saya layan. Lepas tgk cerita tu saya tido la dia pulak sambung layan tengok bola takpun national geo takpun dia layan main ps3 kt tv. 

Mujur rak tv tu takde kabinet leh kunci kalau tak saya dah kunci tak bagi dia main ps3. Jahat tak saya. Bukannya apa, kalau saya tak wat gitu dia tak nak tido. Duk main game jer kerjanya. Tido entah pukul berapa. Nak temankan dia main game jawabnya tak kerja la saya duk tahan ngantuk jer.

Berbalik tentang cerita korea tu. Mujurlah saya suka layan tgk drama/movie jer. Kalau saya tampal gambar2 pelakon korea yg cute miut kat bilik tido mau jeles tak sudah en.hubby nnt. Nie pun dah kira bagus saya tak membazirkan duit beli cd korea yg original harganya mau ratus2

Nak tahu citer apa yang saya layan. Meh rapat2 sikit. Jangan jemu tuk baca yer. Sinopsis tu hanya la ringkasan jer yer...kalu nak tau tentang drama2 nie klik la kt situ tapi nak tahu lebih lanjut ke tengok sendiri baru feel bagus punya.....


Title:Rooftop Prince
Also known as: Attic Prince
Genre: Fantasy, Comedy, Romance, Time-Travel
Episodes: 20


Drama Title: Fashion King
Alternative Title: Fashion Wang
Genre: Romance
Total Episodes: 20


 Title: Cheonmanbeon Saranghae
Also known as: Loving You a Thousand Times / I Love You Ten Million Times
Previously known as: Terms of Happiness
Episodes: 55

TV Show: Miss Ajumma
Revised romanization: Misseu Ahjumma
Episodes: 103 

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Wednesday, June 6, 2012

Wordless Wednesday#34

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Monday, June 4, 2012

Siapa yang buat dajal nie........................

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Seperti biasa kalau tak lepak kat rumah di Meru pada hujung minggu sudah tentu saya pulang ke Sabak Bernam. Kampung husband. 

Tak ada aktiviti menarik pun. Nak memnacing belum tiba musim memancing lagi. ikan pun kecik2 jer. kesian pulak nak pancing. MIL kata kena tunggu 3 minggu lagi....Hati tak sabar nak pegang batang pancing nie. Tiba-tiba meroyan nak memancing pulak.

Hujung minggu dihabiskan dengan temankan MIL ke rumah kenduri kahwin dan majlis tahlil sekitar Taman Muhibah Sabak Bernam.Pada mulanya malas nak mengikut..ye lah menantu ngan mertua kan.....ada kendengaran suara2 sumbang...."Dah lama kawen tu tp xde isi lagi", "Merancang agaknya".....Kalau diikutkan hati mahu bagi penampar laju2 kat mak cik-mak cik tu mujur "rumah kata pergi kubur kata mari"..kalau muda belia mcm saya mahu saya karate sorang2.

Malas lagi nak cakap pasal tu. Mood tak de.

Korang perasan tak sejak akhir2 nie cuaca semakin panas. Macam nak berendam dalam kolam sepanjang hari jer. Bercakap tentang panas.....ptg semalam saya tido dalam kepanasan melampau. Dah macam duduk dalam oven. Nak tau ceritanya....

Lebih kurang dalam pukul 2.15 ptg, selepas solat zohor. Ingatkan nak luruskan badan kat ruang tamu. Tapi apakan daya bergelimpangan MIL, my husband dan adik2 ipar duk tido kt ruang tamu.......dah x muat nak selit kat mana2. maka dengan rela hati duk tido dalam bilik ke-2, bilik nie xde ruang udara jadinya saya biarkan pintu bilik terbuka.

Entah macam mana saya terjaga dari tido sbb merasa kepanasan tahap melampau. Badan berpeluh2. Baju basah lencun mcm kena siram sebaldi air.

Eh..eh..eh...takde elektrik ker? Saya bingkas bangun dari katil. Keluar bilik tgk elok jer kipas n tv kat luar terpasang. Tiba-tiba saya jadi marah...Darah dah naik ke kepala...terus saya tanya

Saya : Sapa yang tutup kipas bilik?

MIL : Tak tahu pulak

Husband : Bukan bi yang tutup

Adik2 ipar: Tak masuk bilik pun

Saya : Habis tu camner kipas tu leh tutup sendiri. Memang ader org tutup suis tu.

Husband: Nak tuduh bi la tu

Saya : Bi kan selalu dajal kan sayang

Husband : Ari nie tak buat ok..bi tido kat luar nie. Kejap bi tanya ayah

Husband dapatkan ayah kat luar lalu bertanya...

Husband : Tadi ayah de masuk bilik no 2 tak?

Ayah : Ada

Husband : Ayah tutup suis kipas tu ker?

Ayah : Dah takde orang, ayah tutup la. Membazir jer buka

Husband: Ada org la ayah. Si Sue tu tido dalam tu

Ayah : Mana lah ayah nmpk org dlm tu..gelap jer..ayah ingatkan bilik tu kosong..ayah tutup la kipas tu

Husband : Tak pasal2 orang kena marah

Ayah: Sue, ayah minta maaf. Ayah x tau kamu ada dlm bilik tu

Saya : x per la ayah...huhuhuhu


Rupa-rupanya FIL yang tutupkan kipas tu. FIL saya rabun .Maklum la orang dah dimakan usia. Mujur ayah yang tutupkan kipas tu. Kalau husband saya mau berperang depan MIL & FIL.

Kalau kat Meru, husband saya mmg sakit hati kalau tgk saya tido. mesti de jer dia wat tuk perdajalkan saya..paling teruk dia tutup suiz kipas n kunci pintu...dia suruh saya bangun la tu..dia dh tak boleh nak tido so ganggu saya jer la kerjanyer.

 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Friday, June 1, 2012

Dia usha saya la......

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Disebabkan penat sangat maka malam semalam saya tak memasak. Husband cakap beli je la. Singgah kedai makan kat area rumah. Sejak duduk kat Taman tu tak pernah pun beli makanan kat kedai area situ. Selalunya memang memasak jadi buat apa nak beli lagi kan...hehehhe...sengal betul

Dah sampai kat kedai. Yang kena order tentulah saya. Husband duk dalam keta sambil dengar radio. Bingit telinga. Suka sangat pasang radio kuat2...lepas tu bila org cakap...mula la tak dengar..apa..apa...apa...pekak dh teruk lebih dari pekak badak....

Meh kita order makanan dulu.

Saya: Encik, mintak tolong bungkuskan nasi goreng pataya, nasi goreng kampung pedas2 taw, tambah telur mata ek.

Org Kedai: Itu jer? Nak tambah apa2 lagi

Saya: Cukup la tu, makan berdua jer

Org Kedai:Tak nak cuba tom yam?

Saya: Tak pe lah. Lain kali kalau singgah saya cuba

Org Kedai: OK ( sambil tersenyum manis) 

Masa tunggu makanan order siap, saya lepak sorang2. Ajak husband tapi dia tak nak katanyer nak duk dlm kereta ada  aircond. Macam2 la dia nie.

Masa lepak sorang2 tu. Org kedai datang borak2

Org Kedai:Adik duk kat jalan mana? 

Saya: Jalan 6

Org Kedai:Dah lama tak nmpk gi kedai?

Saya: Nampak saya? Gi kedai?

Org Kedai: Adik kan selalu jalan kaki gi kedai beli barang dapur.

Saya: oooo.....kadang2 kalau rajin keluar jalan kaki beli barang dapur. klau malas singgah giant jer.

Org kedai: Dah lama duduk kat taman nie ker?

Saya: Dah setahun lebih dah

Org kedai: Baru jgk la yer

Saya: Tak de la baru sangat

Ting..ting....bunyi loceng..makanan dah siap. Org kedai berlalu dapatkan bungkusan tu.

Dalam hati ( ada mata2 yang memerhati rupanyer......bahaya nie). Takkan usha saya kut...bini org nie....tolong la

Org kedai: Nah dik, semuanyer RM10.50

Saya: Nie encik, terima kasih. (Sambil belek2 makanan..mana tau ada yang tersalah kan 

Tiba2 mata menangkap sesuatu ...

Saya: Encik, saya tak order tomyam nie

Org kedai: Tak pe, abang belanja. Rasa dulu sedap ker tak....nanti singgah sini boleh la order..tomyam nie yang terbaik kt area sini..

Saya: Terima kasih yer.....

Dalam hati (Biar betul dia nie bagi gitu jer. Eh dia de baca apa2 ker nie, tak baik berburuk sangka). Masa dalam kereta bagitau husband la org kedai tu bg tom yam suh rasa. Muka husband dah lain dah...

Masa nak gerak balik tu org kedai tu melambai tangan dan lemparkan senyuman kepada saya. Saya hanya angkat tangan jer

Husband : Saper tu? kenal ker?

Saya: org kedai tu la...dia yg bagi tomyam tu

Husband: Ader peminat nmpknya

Saya: Mana ada...pandai2 jer.

Ada riak2 macam jeles jer en hubby....itulah klu takut bini nie di usha org lain kali meh duk rapat2 sikit ek. Jangan sorang ke bulan sorang ke laut

 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...