Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Tuesday, July 31, 2012

Dah berdendang lagu raya

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Terasa macam awal pulak bila dengar lagu raya. Masa perjalanan ke Komuter Shah Alam ada dengar satu radio nie....DJ tu putarkan lagu Datuk M Nasir - Satu Hari Di Hari Raya

Yang malangnya hati nie tak tersentuh pun. Selalunya kalau dengar lagu raya dah tangkap syahdu.... maybe belum sampai masanya lagi

Kemungkinan jgk dah tua2 macam nie perasan nak beraya dah hilang....bagi peluang pada yang muda2 untuk merasai kemeriahan berhari raya

Apasal pulak tetiba cerita pasal berhari raya nie....rie nie baru masuk Ramadhan ke 11.....hehehe
 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Monday, July 30, 2012

Salah tempat bro.......

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Sedar tak sedar kita dah masuk Ramadhan ke-10. Setelah 5 hari tak berkesempatan nak menjengah blog kesayangan hamba ini.. baru terasa nak postkan sesuatu.

Buat kawan-kawan yang telah tinggalkan komen dan jejak di blog Tentang Kita. Jangan risau. Insyaallah sedaya upaya saya akan menjenguk kalian nanti. Sabar yer."Bukan janji tapi pasti.."cilok ayat Pengarah Filem - David Teoh 


Hari nie saya baik hati sangat2. Adik saya mintak tolong tgkkan jawatan kosong kat mudah.my. Line BB celcom kat Meru tak berapa cantik..sbb sayang adik kan....dah byk kerja dia mohon tp still tak dapat..tak per dik usaha tangga kejayaan...Yang bulat tak dtg bergolek yang pipih tak dtg melayang.....cuba lagi..don't give up Suhazlin Bt Ali....tu adik saya yang no.8....

Sedang meneliti pasal kerja dalam bahagian "Admin" alih2 jumpa benda macam kat atas nie.....salah tempat la bro..kalau nak cari jodoh kat sini bukan tempat yang sesuai.

Tengok kt nama tu macam bukan orang tempatan jer.....harap2 wanita tempatan tak buta mata dan hati bila disogok dengan wang.

Buka mata, buka hati dan buka minda.........

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Wednesday, July 25, 2012

Wordless Wednesday#39

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Monday, July 23, 2012

Ramadhan Ke-3

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Cepat betulkan masa berlalu. Hari nie dah masuk 3 Ramadhan.

Nampak gayanya tahun nie tak berpeluang nak berbuka puasa bersama mama, abah dan adik2 tersayang di Kota Jembal.

Faktor masa, kewangan, kesihatan semua nya macam datang bertimpa2. Ini lah dugaan yang tak semua orang akan alaminya. Hanya orang2 yang terpilih sahaja yang bertuah untuk mengalami situasi sebegitu.

Macam tak best jer sebab tiap2 tahun mmg akan luangkan masa bersama2 dengan family.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Friday, July 20, 2012

Potluck Yang Terakhir

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


  • 6 ketul ikan tenggiri
  • 1/2" halia *
  • 4 biji bawang putih *
  • 1 biji bawang besar *
  • I sudu kecil biji sawi
  • Halba (nak letak pun boleh jugak)
  • 2 sudu makan cuka(boleh gantikan cuka dengan air asam )
  • 1/2 batang lobak merah (potong memanjang)
  • 1/2 batang timun (potong memanjang)
  • 1 biji lada merah & hijau potong memanjang
  • 10 biji bawang merah yg kecil2 (hiris nipis2)
  • 1 cwn air

Cara-cara

  1. Lumurkan ikan tenggiri dgn sedikit serbuk kunyit dan garam lalu digoreng hingga kekuning-kuningan. Selepas itu ketepikan.
  2. Kisar bahan2 bertanda (* ) dan tumiskan.
  3. Masukkan biji sawi dan halba. Tumis sehingga garing dan wangi.
  4. Kemudian masukkan air, cuka , garam dan gula. Masak sehingga mendidih.
  5. Setelah itu masukkan lobak, bawang kecil, lada merah dan lada hijau..(jangan layu sangat nnt tak sedap)
  6. Kemudian masukkan ikan dan timun.
  7. Pastikan gula dan garam diletakkan secukupnya yer
P/s: Kalau nak gantikan timun atau lobak tu dengan kubis pun  boleh jugak.


Gambar kat atas nie saya culik dari blog Suhaida. Kawan-kawan tahu tak nama masakan di atas nie? Pada mereka yang tak tahu, inilah ikan masak acar. Nak tahu macam mana nak masak ikan macam nie, resipi untuk masak ikan masak acar ni seperti di atas

Kenapa saya buat entri pasal ikan masak acar nie ek? Begini ceritanya. Hari nie, ofis husband ada buat potluck. Biasa la tu buat makan2 sebelum bulan Ramadhan.

Husband saya minta tolong saya masakkan ikan patin masak tempoyak tapi memandangkan ikan patin susah nak cari kat area Meru, Klang tu jadinya kami bersepakat untuk buat ikan masak acar.

Masakan nie simple jer. Saya belajar masak ikan nie pun melalui mak mertua. Masakan paling simple tapi best. Kepada mereka yang tak sukakan masakan jenis masam jangan sesekali mencuba yer....masakan jenis nie lebih cuka lebih best...

selamat mencuba.......


 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Thursday, July 19, 2012

: : Ramadhan Datang Lagi : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia



Ramadhan datang lagi
Ya Allah, aku mensyukuri nikmatMu ini 
Aku masih bisa bernafas
Aku masih punya waktu untuk beribadat padaMU

Ramadhan datang lagi
Setelah sekian lama menyepi
Aku rindu.....pada bulan penuh berkat ini

Ya Allah....
Berikan aku kesempatan
Untuk memberikan yang terbaik
Sebagai hamba
Aku tidak terlepas dari berbuat dosa

Ya Allah....
Berikan aku kekuatan dan kesabaran
Untuk menepis setiap godaan
Yang menipiskan iman

Ya Allah.......Aku mohon padaMU..
Engkau berkatilah hidupku
Engkau berkatilah ahli keluarga dan saudara2 ku
Engkau berkatilah guru-guru, rakan-rakanku
Setiap apa yang terbaik dariku
Akan jadi yang lebih baik buat mereka......


Tinggal sehari jer lagi seluruh umat Islam akan bertemu bulan penuh rahmat dan menjalani ibadah puasa. Sudah bersediakah kawan2 semua......? Eceh eceh..macam tanya kat budak2 sekolah jer kan....

Semoga kita berkesempatan untuk bertemu bulan Ramadhan Al-Mubarak yang lagi berkah ini......

Selamat Menyambut bulan Ramadhan buat pengunjung blog Tentang Kita. Semoga hidup kita dirahmati dan diberkati  oleh Allah swt...amin


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Jangan Kau Kata

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Jangan kau kata 
Kau kan rentas langit yang indah
Memetik bintang-bintang
Dijadikan kerongsang penghias dada

Jangan kau kata
Kau kan selam lautan nan dalam
Mencari mutiara
Dijadikan perhiasan bak batu permata

Jangan kau kata 
Kau sanggup mendaki gunung yang tinggi
Bukti luhurnya hatimu menghargai aku
Kau kan sentiasa di sisi

Jangan kau kata
Lautan api sanggup kau redahi
Ku bimbang kelak
Kau kan terbakar sendiri

Jangan kau kata
Kau kan membawaku
Meniti warna-warna pelangi
Ku bimbang kau tak mampu untuk berdiri


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Wednesday, July 18, 2012

Wordless Wednesday #38

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Serupa tapi tak sama..iye ker?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Dah agak lama my hubby duk tanya tentang movie korea bertajuk  Because I'm A Girl nie. Katanya lagu dalam movie nie best. Saya cuba cari dan bila tgk dan dgr. Movie nie seakan sama dengan movie dari Indonesia yang bertajuk Ungu Violet. Jalan cerita pun seakan-akan sama.  


Movie ini menceritakan kisah cinta luar biasa. Seorang lelaki yang bekerja sebagai photographer jatuh cinta pada pandangan pertama pada seorang gadis yang tidak sengaja dia temui.
 
Lalu pemuda itu bertemu lagi dengan sang gadis dan hubungan mereka semakin dekat hingga menjadi sepasang kekasih. Di bahagian tengah movie baru muncul masalah. Berlakunya sesuatu yang menyebabkan gadis itu kehilangan penglihatannya.    
Semenjak gadis itu buta, lelaki itu pun pergi meninggalkan gadis tersebut. Selang berapa lama kemudian, si gadis mendapat penderma mata hingga ia dapat melihat lagi. Setelah penglihatannya kembali, gadis itu mencari lelaki yang pernah dicintainya dulu.     
Di akhir movie ini, ini part paling sedih. Bila gadis tersebut mengetahui org yang mendermakan mata itu adalah kekasihnya sendiri. Anda saksikan dan menilai sendiri apakah pendapat anda sama dengan saya.  
 
Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Monday, July 16, 2012

Aku Pernah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

  
Aku pernah....
Melangkah lesu di denai itu
Daun-daun kekeringan yang berguguran
Bagai menanti kehadiranku penuh riang
Daun-daun yang berguguran itu
Seakan-akan mentertawakan aku
Akulah yang terluka
Hadirnya aku di denai itu
Membawa lara yang menyiksa jiwa 

Aku pernah.....
Berlari laju ke denai itu
Tiba-tiba kakiku kaku, aku jadi buntu
Langkahku terhenti sejenak di situ
Tak berdaya diriku
Merentas denai yang membuat aku pilu 

Aku pernah....
Datang kepadamu membawa cinta
Namun aku hampa
Rasa kecewa penuh di dada
Cinta yang ku bawa ternyata sia-sia
Cinta yang ku bina musnah sekelip mata

Aku pernah....
Rasa bahagia......tapi hanya sebentar cuma

Aku pernah....
Rasa kecewa......ia masih bersarang di jiwa
 

 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Segmen Ayu : Saya Blogger Dari ....

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Mari kita mulakan hari ini dengan bersegmen....terima kasih buat Pak Su a.k.a KJ  kerana tag Sue tuk join segmen nie. Sudah lama Pak Su a.k.a KJ hilang tiba-tiba muncul semula...Suprise....

Segmen nie dianjurkan oleh Noor Alina AyuBerminat nak join. Sila klik kat !n! Cerit@ @yu

Saya blogger dari Pahang ~ Kelantan ~ Meru Klang. 3 tempat nie dekat di hati saya.Bukan tamak tp tak tahu nak letak dari area mana......tapi yang sebetulnya saya sekrang duk kat Meru, Klang...ada rakan2 yang datang dr situ tak.....Selamat berkenalan buat rakan-rakan baru yg sudi bertandang ke sini.

Saya tag Dieya


Syarat-syarat penyertaan :

1. Buat 1 entri dengan tajuk Segmen Ayu : Saya Blogger Dari ....
(sambung kan ayat itu contoh:saya blogger dari Selangor)
2. Letak banner diatas dan link kan ke entry ini
3. Follow Blog Ayu dan Queensbox
4. Taq seorang kawan anda
5.Tinggalkan link entri di entri Ayu 
  Segmen tamat : 12 August 2012 (11.59 p.m)

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Penat tak hilang lagi

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Sabtu baru-baru nie berlangsungnya Seminar NRR Annual Meeting 2012 di Grand Season Hotel. Waduh...waduh...ramainya orang yang datang...yang dah daftar satu hal...yang "walk in" satu hal....

Penat tak hilang lagi la wei.......Bayangkan la staff NRR ada 3 orang jer nak handle delegate dekat 550 orang.....Secretariat yang dilantik pun cam tak leh pakai sangat...banyak rehat dari buat kerja...kerja wat sikit tp pot pet pot pet...tak henti2. masa registration pukul 7.00 pg, terpaksa la saya jadi runner pergi ke setiap kaunter nak tgk perkembangan.

Yang buat kelam kabut ialah masa nak berikan borang-borang kepada pusat dialisis. Macam nak pecah kepala jadinya. Masa saya wat briefing tu semua secretariat duk wat hal sendiri.....tangan tu tak leh lepas ngan HP sibuk duk main msg2.....bila ditegur mula la buat muka...mulut tu muncung jer...dalam otak diaorg nie....nie bukan kerja diaorg kan...nie kerja kami di NRR...tapi diaorg wat keje tu kami bayar...so bila kami bayar..bagi la service yang baik...nie tak....buat kerja ala kadar jer...asal bagi sudah....

Alih2 semua benda terbeban kat bahu saya.....salah diaorg saya yang kena pikul....yang kena hentam saya juga....yang kena bambu saya jugak

Ari nie bos dan officemate cuti.....kata mereka demam dan cirit birit dari hari Sabtu tu lagi. Yang peliknya apa yang diaorg makan, saya pun makan........saya tak mengalami masalah sedemikian...alhamdulilah....

Nampaknya esok baru ada "postmortem". Janganlah kena hentam dek bos lagi...boleh migrain tiap2 hari kalau duk kena bambu jer...... Tapi petang Sabtu tu bos kata "Good Job"..eerrmmm "Good Job" ker ? Kita tengok hari esok apa yg akan jadi

Wish me luck ok....

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Monday, July 9, 2012

Dejavu di Kinabalu Persis Summer Scent

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Saya tertarik untuk  dengan judul sebuah Drama bertajuk  Dejavu di Kinabalu yang menyerikan slot Akasia TV3.  Saya mendapat info mengenai drama ini di cthoney.  

Bila saya baca sinopsis cerita ini. Saya terbayangkan akan sebuah drama korean pada tahun 2003 yang bertajuk Summer Scent. Nak tahu mengenai drama ini, sila lihat di Summer_Scent.

Pada pendapat saya jalan ceritanya seakan-akan sama, maybe ada sedikit penolakan, penambahan, pembahagian dan pendaraban yg dilakukan di dalam Drama Dejavu di Kinabalu.

Summer Scent



Dejavu di Kinabalu
Apa pendapat anda ?

 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Thursday, July 5, 2012

Ellgy hilangkan ketuat..macam tak percaya jer

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Berkesan...itulah yang menyebabkan saya menjerit kegirangan kerana Cream Ellgy nie sangat berkesan untuk penyakit ketuat. 

Cream Ellgy ni sebenarnya untuk kegunaan pada tumit yang merekah atau pecah2. Saya guna Ellgy nie dah dekat setahun...sebab kaki kena makan ngan simen dah jadi tak lawa so kena cari ubat la nak pulihkan tumit agar licin molek gitu.

Tahun lepas saya ada masalah ketuat di dua2 belah ibu jari kaki. Nak tau apa itu ketuat? Sila rujuk di KETUAT. Sakit wwooo...nak pijak cam sakit jer.....puas tonyoh ngan getah betik, macam tak makan saman jer. Awal tahun nie bantai guna Ellgy kat ketuat. Mesti ramai yang duk gelak sakan bila baca nie.....

Alhamdulilah tak sampai 3 bulan saya guna Ellgy tuk ketuat...ketuat dah semakin mengecil....just tinggal parut2 kecil sikit jer lagi..... Kaki saya dah kembali pulih macam biasa. Alhamdulillah syukur sangat2. Macam tak percaya jer.....

Saya tak galakkan anda mencuba pada mereka2 yang mengalami masalah seperti saya. Sila merujuk kepada pakar dalam bidang penyakit kulit yer... tak pasal2 saya kena saman pulak kalau masalah anda jadi semakin teruk.....

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Wednesday, July 4, 2012

"Segmen : Free Doodle Cute"

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Dengan bangganya Noor berjaya tag saya tuk join segmen doodle free nie.  Segmen nie dibuat oleh Dex Min.

Sila-sila la men"join"kan diri anda yer.


Syarat2 :
 
1. follow blog ini
2. buat entry yg bertitle "segmen : free doodle cute" dan letakkan gambar atas tu yg dilinkkan ke entry ini
3. tag 3 orang rakan
4.tgglkan link segmen di komen entry ini ..

**dalam entry anda mestilah ada.....

nama : Linniey
color baju di dalam : CA00CA
 color baju diluar : 06DCFB
color kasut : 06DCFB

Cari kod anda di sini

Tag:


Hanya 40 orang terawal sahaja yang akan mendapat doodle tersebut

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Wordless Wednesday #37

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 






Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Tuesday, July 3, 2012

Tak jadi tukar.....

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Semalam saya ada meluahkan rasa hati tentang nak tukar nick name blog dalam entry Perlu ke tukar nama?. Saya harap ada yang sudi membaca dan memberikan sokongan dan nasihat. Alhamdulillah pagi nie semangat semula nak terus menggunakan nick name Tentang Kita

Terima kasih buat rakan-rakan blogger Abil Fikri, Deq's Qienz, L@dy @yU, Noor, Ahmad Safwan, Mira Adzlia, Kakcik Seroja, Wanieys, Michelle, Erisa Levine, kelimenari. Mereka telah memberikan pendapat dan sokongan supaya saya tidak menukar nick name....

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Monday, July 2, 2012

Perlu ke tukar nama ?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Sepertimana yang rakan2 blogger tahu, saya namakan blog ini  dengan nama TENTANG KITA. Sebabnya dalam blog ini terdapat pelbagai jenis entry yang melibatkan kita semua.

Namun begitu sejak 2 menjak nie, hati saya kuat berkata dan meminta agar saya tukar nama blog ini kepada nama yang lain untuk menggambar identiti saya yang sebenar.

Saya lihat terlalu ramai blogger yang gunakan nama TENTANG KITA dan ini akan membuatkan rakan-rakan blogger terkeliru.

Saya rasa serba salah, serba tak kena.....perlukah nama blog saya diubah?

 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

1st Give Away by Aliana

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Terima kasih buat Kak Mia  sebab sudi tag saya tuk join GA dari Aliana Azman. 

Nak join? Slik klik kat banner di bawah ini. Selamat bergembira di hari Isnin yang berbahagia ini. 


Syarat-syarat :
  1. mestilah follow blog aliana azman
  2. buat satu entry tentang GA ini.
  3. tempek banner GA dibwh dan MESTI dilinkkan ke entry Aliana , dan tinggalkan link entry penyertaan anda di komen di entry Aliana .
  4. tag lah kat sape-2 . minimum sorang pun dah cukup :)  nak ramai-2 pon bleh 
5. Due date: 17hb Julai 2012
BAGI PESERTA YANG MEMPUNYAI FB DAN TWITTER

      ande mesti like page fb blog ini dan follow my twitter yaa 

like page fb >> klik sini <<
follow twitter >> klik sini <<
 Tag:


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

"Segmen : Up Followers Bulan June-Julai"

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Adik comel yang bernama Michelle telah baik hati tag saya untuk join segmen anjuran nabilamedan

Ada yang sudi nak join? Klik kat banner di bawat tu yer



1.Follow This Blog And Like This Fanpage
2.Buat Entri , Tajuk "Segmen : Up Followers Bulan June-Julai" , Letak Banner Dan Linkkan Kesini Serta Tag 2 Orang Rakan Anda
3.Berikan Link Entri Bukan Link Blog DiBahagian Komen
4.Promote Entri Korang Habis-Habisan Kerana . . .

Tag:

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...