Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Monday, August 27, 2012

Kembali bersua

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Setelah seminggu lebih menyepikan diri dari menulis sebarang entry...saya kini kembali untuk menceriakan blog yang kedinginan ini...

Cerita tentang raya....? Terlalu banyak untuk dikongsikan...ada suka dan duka yang bersarang di jiwa....

Kepada rakan-rakan selamat kembali bekerja....selamat menjalankan kewajipan sebagai pekerja...Yang masih dalam mood bercuti lagi tu diharap kembali bertenaga dan ceria...

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Friday, August 17, 2012

: : Selamat Hari Raya Aidilfitri : :

 Assalamualaikum dan salam 1Malaysia  



Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari raya Aidilfitri buat semua rakan-rakan blogger di mana sja anda berada.

Semoga kehadiran Syawal ini memberikan kegembiraan dan kemanisan kepada rakan2 semua. Namun tidak dilupakan kepada mereka yang telah kehilangan orang-orang yg tersayang, diharap anda tabah hadapi setiap dugaan dan cabaran hidup. 

Kepada rakan-rakan yang akan berhari raya di kampung dan menempuh perjalanan yang jauh. Berhati-hati di jalan raya. Jangan mengikut rasa amarah di hati ketika memandu. Berwaspada selalu. Semoga rakan-rakan selamat pergi dan selamat pulang.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Wednesday, August 15, 2012

Wordless wednesday #41

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Tuesday, August 14, 2012

Berjaya jawab kuiz

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 



Hari nie mood ke laut lagi...tak tahu la kenapa......sebab mood ke laut saya dengan jayanya nak buat BW tapi tak terbuat sbb bos nie asyik mundar mandir kat area meja saya jer...hampeh betul

Hari nie dapat hadiah. Hadiah per tu? Alhamdulillah..... beruntung sungguh berkunjung ke blog ujieothman . Tuan punya blog nie buat Kuiz sempena bulan Ramadhan. Nak tengok kuiz apa sila berkunjung ke Kuiz Ramadhan 2012 (2).

Suka-suka jer jawab soalan tu. Tak sangka pulak betul dan terpantas. Terima kasih buat ujieothman. Nanti buat kuiz byk2 lagi yer.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Monday, August 13, 2012

Persiapan raya & baju sedondon?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Tinggal beberapa hari lagi Ramdhan akan meninggalkan kita buat sementara waktu . Entah masihkah ada peluang untuk bertemu Ramdhan akan datang. Semuanya itu rahsia Allah swt.

Semoga Ramadhan kali ini kita menginsafi dan muhasabah diri. Semoga kita melakukan perubahan ke arah kebaikan. Semoga amal ibadat kita diterima oleh Allah swt. Semoga allah swt menghapuskan dosa2 kita. 

Memandangkan Syawal akan menjelma tidak lama lagi. Bagaimana dengan persiapan hari raya? Masih ada lagi yang tak bershopping raya termasuklah saya. Dah tua-tua begini mood nak beraya memang ke laut. Lebih2 lagi tahun nie giliran beraya di kampung husband la pulak. hehehee...Adil la kan..kena ikut giliran baru la takde yang bermasam muka menjelang raya.

Tahun nie saya tak buat persiapan apa2 pun lagi. Kuih raya tak beli lagi. Rumah tak bercat lagi. Baju raya ? Ada 3 pasang kat rumah mak mertua tp tu bukan baju raya tu baju tuk wat gi kerja.....Baju raya memang tak buat pun. Nak beli yang ready made jer. Warna apa? 

Barangkali ramai rakan-rakan yang akan kata...hari raya kalau pakai tak sedondon mesti kurang meriah ~ mood macam lain jer ~ takde rasa kemeriahan. Perlu ker sedondon? 1st time raya sebagai kat umah mak mertua mmg saya jer yang pakai baju warna lain sbb baju saya tak siap......huahuahua......sedih? Takde la sedih sgt pun sbb dah biasa begitu.

Tahun lepas takde tema pun. Husband beli baju melayu warna kuning. So husband ckp saya pun kena beli baju warna sama gak. Kalau tak sama tak boleh ker?

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Saturday, August 4, 2012

Sepi itu Indah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Sepi itu indah........
Andai bicara tidak bermadah helah
Andai hati tidak dilukai
Andai hati tidak disakiti
Andai hati tidak merindui

Sepi itu indah........
Sepi itu asyik........

Sepi....Bukanlah kegelisahan
Sepi...Bukanlah kesedihan

Sepi membawa erti
Barangkali itu arjuna hati
Menemani diri di malam hari
 

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Friday, August 3, 2012

Azan pada pukul 5.05 pagi......

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Untuk pengetahuan rakan-rakan, sudah 2 hari saya duduk di rumah kakak saya di Taman Keramat AU2, Kuala Lumpur. Mesti ada yang pelik kan? Ada husband tapi duduk dengan kakak.

Lari dari rumah ker?
Bergaduh dengan husband ker?

Tak nak.....tak nak.....tak nak..... jangan fikir yang negative yer. Husband ada aktiviti berbuka puasa dengan anak-anak yatim anjuran office dia.....so dah jadi pihak penganjur kan....sure balik lambat. So husband bagi kebenaran duduk kat KL. Katanya bagi peluang berbuka dengan adik-beradik kandung...sweet kan....


Pagi tadi macam biasa lah. Saya dah set alarm phone pukul 4.00 pg. Bila dah alarm tu melalak2 tak ingat dunia saya bingkas bangkit. Panaskan lauk jer. Sudah makan lepas tu lepak2 jap. MAna boleh lepas makan terus baring kan......tak elok. Tak baik untuk kesihatan. Dalam kul 4.45 baru terlelap. 

Tiba-tiba......

Terdengar laungan azan. Ingatkan mimpi. Terus bangun dari tidur. Tengok jam pukul 5.05 pagi. Eh rasanyer baru jer tido tadi. Kenapa dengar orang azan nie. Tengok sebelah. Mata adik saya dah terkebil2. 

Saya: Dengar tak?

Adik Lin: Dengar

Saya: Ko dengar apa?

Adik Lin: Dengar orang azan la

Saya: Baru kul 5.05  pagi nie....jam rosak ke?

Adik Lin: Takkan la jam dinding, jam tangan, jam hpone rosak serentak kut

Biar betul nie. Takkan nak kejutkan orang bersahur dengan azan kut......

Tak paham la..Pastu dengan muka blur terus tidur semula...Dalam pukul 6.15 terjaga semula....masa untuk mandi, solat dan pergi kerja

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Thursday, August 2, 2012

Hoorey.......Hoorey.........Hoorey

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Akhirnya penantian yang menyeksakan hidupku akan berakhir hari ini. Seperti entry sebelum ini. Siapa yang tak tahu boleh rujuk kat Bila Nak Dapat Nie..? 

Terima kasih buat rakan-rakan blog yang sudi bertandang dan memberi nasihat, komen, doa.... Saya doakan semoga hidup kalian dilimpahi rahmat yang melimpah ruah.....

Alhamdulillah..berkat doa saya dan juga rakan-rakan blogger, cek gaji saya dah ada atas meja bos...cuma dia tak bagi kat tangan saya jer lagi......dah pukul 2.38 ptg dah nie.......

Tengok balik budget tuk bulan nie.....ada balance RM400....eermmm nak shopping atau simpan? 

Pendapat kawan-kawan macam mana?
 
Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Wednesday, August 1, 2012

: : Bila Nak Dapat Nie....? :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Nak kata geram pun ada, marah lagi la ada, sakit hati ada jgk, nak nangis pun ada, nak ketawa pun ada.....

Kenapa ek?

Saya gila?

Bukan-bukan nie takde kena mengena dengan gila-gila...huahuahua.. Apa la yg saya merepek merapu meraban nie....

Nie semua pasal gaji.....gaji belum dapat lagi wei.......org dah bershopping sakan.... bukan duit tu nak wat shopping pun.....byk benda nak dibayar...tolong la paham..

Saya nie bekerja dengan tulang empat kerat saya.....saya bukan nak mengemis tapi saya mintak hak saya......

Mana gaji saya.....?

Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.... Permudahkanlah urusan hambamu ini.....

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Wordless Wednesday #40

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...