Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Tuesday, September 25, 2012

Great Doctor ~ Awesome !!!!!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 






TV Show: The Great Doctor / Faith (Link)
Director:Kim Jong-Hak
Writer:Song Ji-Na
Network:SBS
Episodes: 24
Release Date: August 13, 2012 
Runtime: Monday & Tuesday (Astro Channel 393)
Language: Korean
Country: South Korea

Raja Gongmin (Ryu Deok-Hwan), yang telah dijadikan tebusan di Yuan (China) untuk tempoh masa yang panjang, menjadi Raja Goryeo (Korea). Beliau dipaksa berkahwin dengan Puteri Nogoog (Park Se-Young), yang merupakan Puteri Yuan. 

Dalam perjalanan dari Yuan menuju ke Goryeo, Raja Gongmin dan Puteri Nogoog dan pengiring2 mereka menginap di sebuah rumah penginapan. Kumpulan Raja ini telah diserang oleh pembunuh upahan dan menyebabkan Puteri Nogoog telah tercedera. Jang Bin (Phillip Lee),merupakan doktor terkenal di Goryeo, menyatakan bahawa dia tidak boleh menyelamatkan puteri. Jika Puteri Nogoog mati, Yuan akan mengambil alih Goryeo sepenuhnya. 

Suruhan Raja Gongmin meminta Raja Gongmin untuk pergi berdoa di atas gunung berhampiran pintu gerbang misteri. Apabila mereka sampai ke sana, mereka melihat Pintu gerbang itu bercahaya. Orang suruhan Raja Gongmin memberitahu Raja bahawa cahaya itu sebenarnya adalah sebuah portal di mana mereka boleh mendapatkan seorang 'tabib sakti' dari kayangan. Raja Gongmin menitahkan Jeneral Choi Young untuk memasuki portal dan mendapatkan 'tabib sakti' untuk menyelamatkan puteri.



Selepas memasuki pintu gerbang itu, Jeneral Choi Young (Lee Min Ho) mendapati dirinya dikawasan yang sangat pelik. Beliau melihat bangunan moden, orang kontemporari dan kereta. Choi Young kembali ke kuil, yang sebenarnya adalah satu kawasan kampung tradisional di tengah-tengah bandar Seoul dan tempat sami berjalan. Choi Young meminta bantuan sami untuk mencari 'tabib sakti' @ doktor (zaman moden) yang hebat. Sami memberitahu Choi Young bahawa terdapat satu persidangan doktor2 di bangunan COEX. Dengan tidak membuang masa Choi Young segera ke bangunan tersebut.


Tanpa disedari beliau kemudian memasuki bilik seminar dan melihat seorang wanita sedang memberi taklimat. Wanita itu adalah Dr Yoo Eun-Soo (Kim Hee-Seon). Choi Young percaya bahawa dia adalah doktor yang hebat. 



Untuk mengetahui kisah selanjutnya boleh la tonton drama ini di Astro Channel 393. sekarang nie dah episode 5. Kita saksikan bagaimana pengamal perubatan zaman moden bertembung dengan pengamal perubatan tradisional...awesome....sangat suka cerita2 macam nie. Adik Liana saya yang tak suka layan cerita korea pun boleh jatuh cinta dengan drama ini....
 

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Sunday, September 23, 2012

Berita yang mengejutkan....

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

 Hari Jumaat lepas, my hubby pulang ke Sabak Bernam utk ambil MIL dan FIL. 

Tujuan asal, nak melawat maksu (adik FIL yang bongsu) di UMMC kerana maksu di masukkan ke wad kerana "Liver Disease". Pagi semalam bangun awal pagi dan buah sarapan sebab hajat nak ke UMMC tu pada pukul 8.00 pagi. Apakan daya Allah lebih menyayangi maksu. FIL dapat panggilan dari suami maksu dan mengatakan maksu telah disahkan meninggal dunia lebih kurang 7 pagi.

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un.......

Tak sampai hajat nak tgk arwah di hospital. Kami bergerak ke Banting, destinasi dituju adalah rumah arwah. Arwah dimandikan dan dikafankan di rumah dan disembahyangkan di masjid. Selepas zohor arwah dikebumikan.

Selepas majlis tahlil di rumah arwah maksu, kami gerak pulang ke Meru pada pukul 10.00 malam. Sampai kat Meru lebih kurang pukul 11.30 malam....

Dapat panggilan dari abah di Kelantan...abah bagitau berita yang mengejutkan.....sepupu saya telah meninggal dunia pada pukul 11.15 mlm.....Sepupu saya yg bernama Iman ini adalah anak bongsu pak sedara saya yang bernama Ramzani. (adik mama saya)...
Ya Allah.....berat sungguh perkhabaran ini....

Al Fatihah

Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.....Semoga roh mereka dicucuri rahmat.....Amin

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Friday, September 21, 2012

Memang malu giler

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

eerrmmm nak cerita malu pulak.....tapi nak tulis jugak kat sini. 

Cerita bermula begini....

Cuaca mendung sangat. Masa tu jam menunjukkan pukul 5.05 ptg....dengan senang hati saya jalan laju2. Sebab angin kencang, dah la lalu bawah pokok. Takut gak mana tau ada dahan2 yang jatuh menimpa kepala kan.....mesti sakit. 

Kena la sentiasa berwaspada. Petang tu mmg dah nekad nak pakai selipar buruk jer balik umah.Kalau hujan pakai kasut mmg kurang selesa jadinya.

Nak dijadikan cerita baru jer jalan tak sampai 5 minit..huhuhu...selipar putus......aduyai.....apa la nasib.....nak patah balik ke ofis...tidak lah...hujan turun dgn lebat pastu dengan angin cam ribut taufan jer...pakai payung pun x guna....kt otak nie dah macam2 pk....apa nak buat...

ting..ting..ting...idea

Dengan muka tak malu..tanggal selipar buruk tu dan keluarkan stapler dr beg dan stapler selipar itu.....hahahahaa...

Dalam hati..mintak2 la selamat sampai ke Stesen Shah Alam. Masa tu nak putus terus pun tak pe. epat kul 6.25 ptg sampai jgk kat Shah Alam. 

Sampai umah.....selipar selamat masuk dlm tong sampah...memang dah tak leh nak dibaiki...jahit putus..jahit putus..buang terus

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Wednesday, September 19, 2012

Wordless Wednesday#42

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Tuesday, September 18, 2012

Weekend yang penuh sarat..........

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Weekend baru-baru nie aktiviti memang penuh sangat-sangat. Adik Yana nak tumpang tidur kat rumah di Meru sambil2 buat report praktikal yang perlu di hantar pada hari Jumaat minggu nie.


Memandangkan begitu ceritanya, husband dan adik2 ipar jer la yang pulang ke Sabak Bernam. Bukan main seronok yer, wife tak ada. Jadi orang bujang sekejap yer....

Pada pagi Sabtu baru2 nie....jiran sebelah datang jemput makan sebab dia ada buat kenduri tahlil dan doa selamat. Dia dan suami akan berangkat mengerjakan haji pada 26hb September nie. Alang-alang dah jemputkan...pukul 2 petang saya gi umah jiran tu la...kita berewang la gamaknya.....Wah meriah gila...dah macam family sendiri jadinya....

Rewang dari kul 2 petang sampai pukul 7.30. Majlis tahlil dan doa selamat dibuat selepas waktu Isyak. Mujur la saya sedang bercutikan.....takde la terkejar2 nak solat lagi nak mandi lagi.... Dalam pukul 9 gi lah makan kat umah jiran tu. 

Esoknya ari Ahad, ada kenduri besar pulak.....Dalam kul 8 pg dah start merewang lagi.....hbs rewang dlm pukul 12.30 tengahari...balik umah rehat kejap sambil layan drama Korea "Great doctor"....sempat lagi layan drama tu.....pukul 2.30 petang gi makan2 kat umah jiran......niat hati nak tolong la diaorg kemas2 kan umah tapi akak tu cakap..."tak yah la Sue, penat Sue. Sedara mara akak ada biar diaorg pulak yg tolong kemaskan". 

Akak tu pesan nanti kalau ada hajat apa-apa yang minta dia doakan...tulis dalam kertas dan bagi pada dia..insyaallah dia akan tolong......hati berbunga riang.....apa hajat di hati yer?
  
Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Friday, September 14, 2012

: : Hana Kimi ~ 3 version : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Walaupun orang dah muak bila baca entry tentang korea, saya tetap nak wat entry pasal nie. Saya suka share sesuatu yang kadang kala orang tak tahu. Mana lah tahukan bila baca entry nie ada yang pada mulanya kurang berminat dan setelah membaca akhirnya jatuh cinta.

Kali nie saya nak cerita tentang Hana Kimi. Hana Kimi adalah tajuk kepada drama yang saya nak cerita nie. Ada 3 versi. 

Versi Taiwan


 English title: Hanazakarino Kimitachihe
Episodes: 15
Genre: Romance, Comedy, Drama
Broadcast network: CTS, GTV
Cast: Wu Chun, Ella Chen, Jiro Wang
Opening theme song: Zen Me Ban by S.H.E
Ending theme song: Zhuan Shu Tian Shi by TANK
Released:1st December 2006 

Versi Japan


 TITLE: HANAZAKARI NO KIMITACHI E/ HANA KIMI
RELEASED: 2007
GENRE: Romance, comedy
EPISODES: 12
NETWORK: Fuji TV
WEBSITE: http://wwwz.fujitv.co.jp/hanakimi/index.html
FANLISTING: Ikemen Paradise
WATCH ONLINE: http://www.mysoju.com/hana-kimi/

Versi Korea


Also known as: To the Beautiful You / Hana Kimi / For You In Full Blossom
Genre: Romance, comedy, youth
Episodes: 16
Broadcast network: SBS
Broadcast period: 2012-Aug-15 to 2012-Oct-04
Air time: Wednesday & Thursday (One TV Astro 393)
 Original Soundtrack: To the Beautiful You OST
Related TV shows: Hanazakari no Kimitachi e, Hua Yang Shao Nian Shao Nu


Sinopsis Cerita  

Seorang gadis menyamar dan daftarkan di sekolah lelaki. Tujuan si gadis berbuat sedemikian adalah kerana seorang lelaki yang sangat comel. Lelaki tersebut adalah pelajar dan menceburi bidang olahraga dalam acara lompat tinggi.

Terdapat satu incident di mana kaki lelaki tersebut tercedera dan beliau tidak lagi aktif dalam acara lompat tinggi. Si gadis ini ingin membantu supaya lelaki ini kembali beraksi di arena sukan. 

Apakah yang terjadi ? Perkara2 lucu yang bakal berlaku ? 
Tonton lah sendiri..pasti anda tidak kecewa....

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Tuesday, September 11, 2012

~ Inginku khabarkan.....~

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Pada angin ku khabarkan
Rasa gembira bila kita bersua
Tatkala mata bertentang mata
Lidah kelu menatap mata yang mempesona

Pada angin ku khabarkan
Rasa rindu yang bertamu
Saat kita tidak bertemu
Apakah kau jua sedang merinduiku?

Pada angin ku khabarkan
Rasa sayang paling dalam
Walau tidak pernah kuperlihatkan
Setiap gerak laku ku telah membuktikan

Pada angin ku khabarkan
Rasa sepi telah lama pergi
Aku berharap sepi tidak bertandang lagi


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Tuesday, September 4, 2012

Last week punya cerita

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Lupa nak bercerita lepas amik cuti raya yang panjang, saya sambung bercuti dari 29/08/2012-03/09/2012...nak tau ceritanya?

29/08/2012
Adik Ikram tiba di Hentian Putra pada pukul 6.00 pagi. So kena amik cuti la kan, adik tu tak biasa dgn bandar KL nie....

Lepas tu hantar dia gi umah akak kat Keramat AU2. Boleh pulak dia buat request nak gi Mid Valley. Errrmmmm......Sebelum gi Mid Valley, adik Leen Mafia mintak tolong temankan dia wat pasport untuk urusan kerja. Untuk pengetahuan kawan2, adik Leen Mafia saya nie baru tamat diploma pelancongan kat Politeknik JB, alhamdulillah dia dapat kerja di travel agency di Ampang.

Keluar rumah pukul 9.30 pg, naik teksi laju2 menuju ke Imigresen Wangsa Maju....aduyai ramainya orang....pukul 10.03 dpt no 1179 dan no skang ialah 1102..kena tunggu.....dipendekkan cerita pukul 2.00 ptg baru urusan buat pasport selesai....

Adik Ikram cam tension jer sbb tunggu lama kt situ....Destinasi seterusnya ialah Mid Valley....selama 7 tahun duk kat KL ini kali ke-5 gi Mid Valley...hahahaha..last gi Mid Valley 3 tahun yang lepas....kuang kuang kuang

Bukan nak shopping pun saja jenjalan bawa adik2 yang tak pernah ke situ. Perut terasa lapar baru teringat tak makan lagi...kat mana food court ek? Alamak lupa la.....alih2 adik ckp kita mkn fastfood jer la..diaorg pilih makan kt McD...melayang duit saya...hehehhe

Dah hbs jenjalan kt situ, lebih kurang pukul 5.15 gerak gi KL central pulak....jalan2 kat KL Central pulak dah....nak patah kaki nie..dalam pukul 6.30 gerak balik ke Keramat AU2

30/08/2012

Abah call Leen Mafia katanya waran PTPTN RM1500 sudah sampai. Eh Leen Mafia! Bukan ker ko tolak tawaran nak belajar kt UMK tu ker? camner waran tu leh sampai pulak.....call PTPTN...busy jer..tension punya pasal...semua siap sedia kita pergi PTPTN kat KL central

Ke situ lagi. Penat betul....dah habis urusan kt PTPTN. Ada request lagi...nak ke KLCC...maaf lah adik syg..akak nie tak biasa dengan tempat elit cenggitu.....akak bawa gi SOGO jer lah ek.......hahahahaa.....

Kat sini baru best nak shopping....memandangkan Ikram nak gi belajar so belikan brg2 keperluan dia la......melayang lagi duit saya...kihkihkih....

Ari nie balik awal sikit. Pukul 3.30 dah sampai umah kat Keramat AU2. Apa lagi tido time..penat semlm tak hilang lagi....ZZzzZZz

31/08/2012 

Hari nie hajat nak lepak kt umah jer tapi terlupa de janji ngan akak nak temankan dia beli barang kt Taman Permata Hulu Kelang...keluar lagi.......apa nak jadi la nie....

Dah siap urusan kat situ...cepat2 naik bas dan balik umah...hajat nak tido..leh pulak adik2 sayang nie ajak berborak..layan punya layan.....dpat msg dari my hubby dalam pukul 5 dia dtg jemput.....

Pukul 5.30 gerak dr KL menuju ker Taman Meru Indah Klang...home sweet home....

01/09/2012

Alhamdulillah baru leh rehat.....kemas umah sikit2 sudah la bukan de budak kecik pun kt umah tu....

02/09/2012

Pukul 1.30 pagi gerak gi Johor Bharu....adik Ikram kena daftar masuk UTM tp ari tu pendaftaran untuk kolej/hostel sahaja. Pendaftaran fakulti entah bila...maybe masa orientasi kut.

Pukul 4.45 pagi berhenti kat RNR Simpang Renggam. Lepak + tido selama 3 jam kt situ.

8.30 pagi gerak gi UTM, pendaftaran kolej pukul 1.00 tengahari...masuk UTM tgk2 tempat dulu nnt senang skit...keluar semula cari tempat tuk makan...breakfast time..lps makan pusing2 kat area2 situ sampai kepala naik pening..

Amik keputusan masuk UTM semula dan tunggu kt situ ajer....hehehee...dah masuk awal so dapat daftar awal la...selesai segala urusan pendaftaran pukul 1.45...gi hantar barang2 Ikram ke bilik dia di Kolej Tun Razak (K11)..no bilik tak yah la bgtau...hehehhe..seram sejuk masuk kt situ...macam tempat ada ##%%$...hahahaa...saje sakat adik padahal saya nie penakut yg amat.

Tepat kul 2.45 ptg gerak balik Klang semula.......byknyer kereta kt highway......hubby amik keputusan ikut jalan lain...ikut Port Dickson - KLIA....mula2 sesat la sbb hubby ingat2 lupa jlan kat situ....hati dh berdebar2 sbb kiri kanan hutan rimba...eceh2 mcm la tak pernah lalu hutan rimba kan...

Alhamdulillah..tepat kul 7.15 smpai umah kt Taman Meru Indah....penatnya...macam saya yg drive hahahha..hubby kata kaki dia macam nk patah.....saya tolong gelakkan jer....

03/09/2012

Rehat sepuas2nya...seronoknya kalau ari2 dpt rehat cenggini....ooppssss 

ari nie baru start keje..badan cam lemau jer....padahal masih dlm mood bercuti.....haruslah

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...