Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Wednesday, October 31, 2012

Wordless Wednesday #45

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Kad Touch N Go - Part 3

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Ini adalah rentetan peristiwa hari ini dalam sejarah part 3. Jangan muntah tuk baca cerita nie yer. Ini adalah rentetan peristiwa dalam entry Kad Touch N Go - Part 1 dan Kad Touch N Go - Part 2

Saya sebagai pengguna, saya perlu sedar akan hak saya. Saya berhak untuk bersuara. Tapi saya tak de la bersuara lantang sangat.

Petang semalam saya telah membuat aduan di myrapid- feedback form. Dalam hati saya berharap mereka dapat selesaikan masalah ini dengan kadar segera. Andaikata ada masalah teknikal, pihak yang terlibat boleh memantapkan lagi system mereka supaya kejadian yang sama tidak berulang.

Pagi tadi dapat panggilan dari RapidKL. En Muhammad Adam dr RapidKL telah menjelaskan segala-galanya pada saya. 

Di bawah ini komunikasi menerusi emel. Dunia dah canggihkan...  

Aduan saya:

 Maklum balas dari RapidKL tentang aduan saya:

Jawabbalas saya kepada RapidKL:
Resit kad Touch N Go yang diminta RapidKL:
Nampak tak , balance ada RM0.70 jer..saya tak tipu kan

Komunikasi antara pihak RapidKL dengan SM Stesen Titiwangsa :



Komunikasi antara RapidKL dengan Pusat Touch N Go KL Central:



Sangat teruja dengan maklumbalas dari pihak RapidKL.Tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan. Asalkan tahu cara dan tidak menunding jari pada 1 pihak sahaja.

Syabas RapidKL


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Tuesday, October 30, 2012

Kad Touch N Go - Part 2

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Baru jer sebentar tadi saya ada cerita tentang Kad Touch N Go - Part 1, nie muncul pulak part 2 dah macam movie gamaknya.

Disebabkan hal tu, pagi tadi saya ke kaunter TNG di Stesen Titiwangsa. Staff yang semalam tu kerja shift petang so nak tak nak kena jgk la wat aduan.

Staff RapidKL: Selamat pagi puan, boleh saya bantu?
Saya: Selamat pagi. Macam nie saya ada masalah skit
Staff RapidKL: Masalah tentang apa?
Saya: Begini semalam saya top up 2 kad touch n go....(Cerita sampai la hbs)
Staff RapidKL: Memang staff tu tak bagi resit ker?
Saya: Ada, tapi utk 1 kad aje, yang 1 lagi tu tak ada. Silap saya jgk sbb saya tak alert.
Staff RapidKL:Tak apa puan, puan tuliskan dulu nama, no phone dan no kad TNG puan. Petang nie saya comfirm kan semula dengan staff tersebut. Boleh check dgn system tp lambat sikit la.
Saya: Tak mengapa, saya cuma nak duit saya semula sbb pagi tadi   saya dah topup semula dekat Stesen Bandaraya.
Staff RapidKl: Baik puan
Saya: Terima kasih

Harap-harap duit saya dikembalikan la semula. Walaupun tak banyak "duit itu duit saya, hak saya".
 
Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Kad Touch N Go - Part 1

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Hal nie berlaku lebih kurang dalam pukul 5.10-5.15 ptg semalam. Top-up 2 kad Touch N Go kat kaunter di LRT Stesen Tititwangsa. Bagi 2 kad dan duit RM60, maknanya 1 kad tu saya top-up RM30 la.

Kenapa ada 2 kad Touch N Go? 

1 kad saya guna tuk naik public transport dan 1 lagi tu saya guna tuk bayar toll sahaja. Mula-mula staff tu bagi 1 kad TNG berserta dengan resit kemudian dia bagi 1 kad lagi. Sebab nak cepat terus pergi touch kat mesin.

Try touch kad tu tapi tak boleh sebab mesin tu tulis " Baki tidak mencukupi". Aiiikk peliknya, baru jer top-up tak sampai 5 minit boleh pulak baki tak cukup. Pusing tgk kat kaunter tu, mak aiiii ramainya org beratur. Tengok jam, tak leh jadi nie karang lambat plak dapat komuter. Guna kad yang 1 lagi tu, boleh la pulak.

Masa dalam tren STAR tu kepala nie duk ligat fikir. Tapi nak sedapkan hati cakap la " Maybe mesin tu rosak kut. Nanti cuba pakai kt Stesen komuter pulak" 

Sampai jer kt Stesen Komuter Bank Negara try touch kad yang tadi tu still sama "Baki tidak mencukupi, Balance : RM0.70"

Hahhh...biar betul, tadi baru jer top-up RM30. Macam mana nie. Dah susah hati. Duk dlm tren tak leh nak lelapkan mata duk pk pasal kad tu. 

Sampai kat Shah Alam, cerita la dgn suami. Ingatkan dia nak tenangkan kita, kena marah ada la. Hubby marah sbb tak mintak resit. Memang diakui la saya mmg agak cuai bab mintak2 resit nie. 

Moral of story: Kalau beli apa-apa better mintak resit senang kalau jadi apa2 leh claim semula.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Monday, October 29, 2012

Barang Untuk Conteng Muka

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Last week dengan jayanya saya telah pun membeli barang-barang tuk conteng muka. Kebiasaanya saya tak suka tuk conteng2 muka sbb saya suka kalau muka saya bebas dr warna2. Paling lekeh pun pakai bedak Miyami dan lipstik (hidup segan mati tak mahu jer) 

Tapi disebabkan ada yang menegur. Katanya muka saya nie pucat sangat. Memandangkan saya dah kawen a.k.a ada hubby so kena la berdandan utk hubby kan. Tapi hubby tak pernah tegur pun muka saya pucat. Orang kata nak ikat suami pada perutnya bukan pada matanya...hahahahha...tak boleh jgk kan. Mesti la kena cantik2 depan hubby.


Amik kaw....tak pernah2 ada set make up sekali beli tu dia. Masa muda2 dulu pernah la sekali sekala make up tapi barang2 tu semua dah saya sedekahkan kat adik2 yg memang rajin conteng2 muka. 

Sebelum lupa, harap tuan punya barang tak marah la saya letak barang2 dia kat sini. Semua nie saya beli secara online drpd Fazleen Manjer (ManjerTouch). Memang puas hati tau. Jumaat lepas order & bayar, hari nie dalam pukul 3.30 ptg dah terima. Cara pembungkusannya pun sgt teliti dan kemas, memang tip top la

Kalau sudi leh la singgah kat FB Fazleen Manjer

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

: : Cerita di malam raya Aidiladha : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Malam jumaat lepas gerak dari Meru ke Sabak Bernam lebih kurang dalam pukul 9.10 malam gitu la. Memang dah agak dah mesti jalan sesak punya la.

Memandangkan husband tak nak dengar nasihatkan jadi biarkan jer lah. Lagipun dia yang drive kan, so yang duk menumpang jgn banyak bunyi karang kena tinggal tepi jalan pulak....

Masa masuk Jalan Kapar pun, jalan dah semakin sesak ditambah dengan hujan gerimis dan akhirnya semakin lebat. Menambahkan kedinginan malam tu. 1 kereta 5 orang naik.....saya satu2nya bunga diantara 4 ekor kumbang yang tampan2 semuanya.hehehehe...

Bila hujan semakin lebat ditambah dengan sejuk aircond lg, perut pun terasa lapar. Singgah kat Tanjung Karang. Fulamak semua kedai full. Tak pernah2 tgk situasi begitu. Alhamdulillah ada ruang kosong utk kami berlima. Order makan dan makan dgn pelahapnyer(yang nie mengarut sudah). 

Lepas bayar makanan, kuar dari kedai. Diaorg semua menuju ke 1 tempat iaitu KFC. Dalam hati nie tertanya2 gak la "diaorg nie tak kenyang2 lagi ke?" Masa nak order tu Staff KFC tu kata ayam semua dah habis tinggal kentang ajer....hahahhaa....pulak dah. Tak pernah2 KFC kehabisan ayam. Ker malas nak masak adik2 sayang oiiii???!

Apa nak buat naik kereta teruskan impian sampai ke puncak. Alhamdulillah kami selamat smpai ke Sabak Bernam dalam kul 1 lebih..kesian kat MIL & FIL menunggu penuh sabar kepulangan anak2 tercinta...kikihkih

Sampai kat umah semua duk bercerita sakan. Pukul berapa nak tido nie? Pagi nnt nak bangun awal pulak. dalam kul 3 pagi terlena jua akhirnya.....

Dalam hati: Mujur masa dah sampai Sabak Bernam MIL dah siap2 masak : Kuah kacang, nasi impit, pulut kuning dan kari telur so takde lah berkejar2 nak memasak pulak. Agak terkilan sbb tak bawak apa2 tuk MIL. Hajat nak buatkan rendang kerang tp encek husband tak sabar2 nak balik alih2 lambat jgk sampainyer. Kalu duk umah masak rendang kerang mesti dah siap. huhhh...."MIL cakap tak payah bawa apa2 la Sue, ko tu kerja ,balik penat lain kali jer kita masak sama-sama. 

Baik tak MIL saya....MIL saya tahu saya nie jenis yang rajin menolong kt dapur.......(masuk bakul angkat sendiri lor)
 
Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Thursday, October 25, 2012

: : Selamat Hari Raya Aidiladha : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
 
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua kawan-kawan. Kepada mereka2 yang akan drive utk pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Semoga kawan-kawan semua selamat sampai ke destinasi yg ditujui....
 
Raya haji nie saya balik rumah mak mertua saya lagi. Kalau dapat balik Kelantan kan lebih meriah. Apakan daya tak de org yang memahami. Inilah pengorbanan yg sebenar (╥_╥)
 

 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Wednesday, October 24, 2012

Wordless Wednesday #44

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Tuesday, October 23, 2012

Sudah Seminggu Bercinta denga ALSDII

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Pejam celik pejam celik sudah seminggu rupanya saya tak makan nasi (Tepuk bahu sendiri-Syabas). Mula-mula nak diet tu memang la payah sebab tekak nie mintak nasi jer. Haruslah kan namanyer orang Malaysia, makanan ruji tentu lah nasi.

Perkembangan terkini. Mana de kembang2 dah, kuncup ada la. Hehehe bila minum ALSDII nie, alhamdulillah perut tak berapa nak lapar mintak diisi tp mana boleh tak makan apa2 kan. Tu bukan diet namanya, karang nak kurus jadi sakit pulak. 

Sejak seminggu nie saya hanya nikmati sayur-sayuran dan makan sumber2 protein jer. Rasa cam lebih sihat pulak sebab dari kecik memang saya tak suka makan sayur. 

Teringat time kecik2 dulu abah paksa makan sayur. Abah tunggu kat tepi, wajib habiskan sayur. Nak tahu sebabnya? Masa kecik dulu kulit saya bersisik jadi sbb tu la kena paksa makan sayur. Tu pun pilih sayaur jugak. Kubis dan bayam jer yg boleh telan. Tapi sekarang tidak lagi, semua sayur & ulam2 saya tibai. hehehhee

Harap2 niat saya untuk kuruskan badan nie akan berjaya. ALSDII milik suami dah tinggal sikit jer. Cukup-cukup tuk ari jumaat nie jer. Tadi baru jer mesej akak ipar saya. Order ngan dia la, dah dapat gaji nanti baru amik dan bayar.

Cuba bertahan untuk sebulan tanpa nasi. Lebih dari sebulan pun ok gak...setahun...???? Kawan-kawan doakan saya semoga saya berjaya yer.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Monday, October 22, 2012

Konvokesyen UKM ke-40...Tahniah Buat Suhazliana Ali

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 



TAHNIAH BUAT ADIKKU SUHAZLIANA ALI KERANA TELAH BERJAYA BERGELAR GRADUAN

Semalam saya dan husbnad telah ke UKM untuk menghadiri majlis konvokesyen adik ke-7 saya iaitu Suhazliana Bt Ali. Adik saya merupakan graduan di bawah Fakulti Sains & Teknologi (Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi). 

Memandangkan adik saya ni ditempakan di sidang ke 4 pada sebelah petang. saya dan husband menunggu jer kat luar. Adik ke-5 (Suhazlinda) dan ke-8 (Suhazlin)yang masuk ke dalam dewan menggantikan mama dan abah.

Mesti kawan-kawan pelik kan? Saya akak. Kenapa bukan saya yang masuk ke dalam dewan. Plan awal saya nak masuk ke dalam dewan bersama2 husband tetapi last2 minute husband tukar fikiran. So takkan la saya masuk dewan dan biarkan husnband dan adik saya kt luar kan...jadi saya putuskan adik2 saya ajer la yang masuk.  Ke mana mama dan abah saya? Jangan la tanya sebab saya takkan jawab soalan tu. Kalau jawan sure titiskan airmata......

Memandangkan akak saya (Suhazlieza) tak dapat datang kerana urusan kerja, Abang long saya (Masrol Effendy) pun kerja jugak tapi dia gerak ke UKM selepas kerja so sempat la dia datang sebelum adik2 saya keluar dari dewan.

Pada pukul 12.45 hujan telah turun mencurah2 di bumi UKM. Kami yang sedang bergambar2 di padang terpaksa berlari dan menyelamatkan diri dr kebasahan. Duk lepak dalam kereta hampir 1/2 jam. Pukul 1.15 mintak adik2 berjalan ke dewan. Hujan turun dan berhenti berselang seli hampir 10 kali.....tak boleh nak ke mana-mana. Amik gambar pun ala-ala jer. Dah sidang petang keluar dewan pukul 5 ptg...dengan hujan lebat lagi...dah tak tentu arah jadinya.

Amik gambar sikit2 jer la untuk buat kenang-kenangan.......

Hati berbisik: Konvokesyen saya masa tahun 2005 pun penuh dgn kesedihan. Walaupun telah lama berlalu ianya tersemat kukuh di dalam hati. Ada luka namun luka telah sembuh hanya tinggal parutnya. Parut lama telah berdarah kembali, tahun 2012 nie mengulangi sejarah yang dulu...apa-apa pun hanya Tuhan saja yang tahu apa yang saya rasa.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Bola..TRW Terunggul

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sepertimana yg telah diketahui umum pada hari Sabtu baru2 nie telah berlangsyngnya perlawanan bola sepak akhir merebut Piala Malaysia di mana kita telah menyaksikan The Red Warriors telah dinobatkan sebagai juara. Pasukan ATM telah kecundang namun begitu semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan amatlah baik.

Cerita disebalik bola nie, pada awalnya saya memang dah bercadang nak tgk perlawanan bola nie secara live di Stadium Shah Alam sebab dekat jer pun dengan umah saya. Memandangkan lah encek husband tak berapa berkenan dengan TRW so dia tak belikan tiket tuk saya. Dia cakap tgk bola kt umah jer la. Dalam hati saya.....eerrmmmmmmm hanya Tuhan saja yang tahu.

Walau apa-apa pun sekalung tahniah buat TRW kerana anda berjuang habis-habisan untuk memastikan piala ini milik TRW.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Friday, October 19, 2012

Diskaun 50% tiket KTMB Komuter mulai 1 Nov

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Warganegara Malaysia berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah layak mendapat diskaun 50 peratus bagi pembelian tiket KTMB Komuter untuk tempoh setahun mulai 1 November 2012 -31 Oktober 2013.

Pemberian diskaun itu adalah selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2013. Kad komuter 1Malaysia akan diperkenalkan sebagai kad identifikasi kepada mereka yang layak mendapatkan kemudahan diskaun itu.

Warganegara yang memiliki kad ini boleh membeli tiket dengan harga diskaun 50 peratus di semua stesen KTM komuter dengan menunjukkan kad komuter 1Malaysia bersama-sama kad pengenalan mereka. 

Seorang warganegara hanya boleh memiliki satu kad komuter 1Malaysia dan pengeluaran kad itu melibatkan caj RM1. Sekiranya berlaku kehilangan kad, individu terlibat akan didenda RM5 untuk  penggantian kad baru.

borang permohonan mendapatkan kemudahan diskaun dan kad komuter 1Malaysia itu boleh dibuat di semua stesen komuter dan laman web KTM http://www.ktmb.com.my/ mulai sekarang. 

Bagi tujuan pendaftaran dan pengeluaran kad komuter 1Malaysia pula, sebanyak 20 kaunter khas akan diwujudkan di tujuh buah stesen utama melibatkan 120 petugas.

Kaunter khas itu akan dibuka bermula 22 Oktober ini yang akan beroperasi selama sebulan dari jam 11 pagi - 8 malam setiap hari kecuali cuti umum.

Stesen yang terlibat untuk pendaftaran dan perolehan kad komuter 1Malaysia ialah KL Sentral, Kepong Sentral, Tanjung Malim, Subang Jaya, Sentul, Bangi dan Sungai Gadut.


SUMBER :http://mstar.com.my

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

GANGGUAN PERKHIDMATAN KTM KOMUTER

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Pagi semalam saya ada buat entry pasal INI. Macam tak puas hati jer kan. Nak tahu jugak la apa yg menyebabkan maslah begitu berlaku.

Malam tadi amik kesempatan tgk kat web KTMB. Baru la tau cerita sebenarnya.

Ceritanya:


Perkhidmatan KTM Komuter telah mengalami gangguan perjalanan mulai awal pagi ini akibat kegelinciran tren komuter set 3 gerabak No. 25 di antara Simpang Batu – Stesen Putra pada 17 Oktober 2012 (Rabu), jam 10.55 malam. Penumpang seramai 50 orang dari tren ini telah dipindahkan ke tren komuter set 3 gerabak No. 29 untuk meneruskan perjalanan. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Situasi Perjalanan Perkhidmatan Tren KTMB;
a) Perkhidmatan KTM Komuter, ETS dan KTM Intercity dijangka akan mengalami kelewatan selama 60 minit sehingga jalan bebas pada 20 Oktober 2012 (Sabtu).
b) Mulai 20 Oktober 2012 (Sabtu), perkhidmatan KTM Komuter bagi sektor Sungai Buloh – Bangi akan beroperasi dengan kekerapan 15 minit.
c) Perkhidmatan KTM Komuter di antara sektor Bangi – Sungai Gadut dan Sungai Buloh – Tanjung Malim akan beroperasi dengan kekerapan 30 minit.
d) Perkhidmatan KTM Komuter di antara sektor Pelabuhan Klang – Batu Caves beroperasi seperti biasa.

Kerja-kerja Membaiki Landasan;
a) Penukaran kayu sleeper sebanyak 700 unit sedang dijalankan.
b) Kerja-kerja dijangka siap pada 19 Oktober 2012 (Jumaat), jam 10.00 malam.

Pihak SPAD dan KTMB akan mengadakan pemeriksaan bersama pada tengah malam 19 Oktober 2012 (Jumaat). Jalan bebas dijangka diperolehi pada pagi 20 Oktober 2012 (Sabtu).


Memandangkan dah tahu masalah ini akan selesai pada hari Jumaat (malam, pagi tadi dah bersiap sedia tuk bertukar tren kat KL Central. Baru lah boleh rancang perjalanan dengan baik. Sampai ofis hari nie pukul 7.30 pagi... Bagus tak?

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Thursday, October 18, 2012

Kelewatan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Entah kenapa hari nie semuanya ada problem. Naik komuter pagi td terkandas dekat Kuala Lumpur Stesen. Mula-mula announcement berbunyi.

Announcement Pertama:

" Perhatian kepada semua penumpang, tren ini akan ditahan sementara waktu kerana terdapat masalah teknikal di Stesen Putra. Harap maklum. "


Selang 10 minit berikutnya baru ada announcement baru. Yang nie tetiba hati panas jer....mujur tak bertukar jadi "Hulk"

Announcement ke-2:


" Perhatian kepada semua penumpang, tren ini akan berakhir di Stesen Kuala Lumpur. Anda diminta mencari alternatif lain untuk ke destinasi anda berikutan masalah teknikal di Stesen Putra. Harap maklum. "

Sengal betul la. Kalau bagitau awal2 tadikan senang. Bermandi peluh duk tukar public transport awal2 pagi.....sudahnya punch card tepat pukul 8.09 minit pagi.

Sekian


 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Tuesday, October 16, 2012

Hari Pertama : Cabaran Alpha Lipid SDII

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia



Memandangkan berat badan saya sudah mencecah 60 kg. Itu ditimbang minggu lepas masa pulang ke Sabak Bernam. Bila difikir-fikir semula, pada bulan puasa lepas ...saya kurang makan tapi berat tak turun2 jgk. Lemak dah tepu agaknya.

Dalam 2 minggu lepas semasa kemas2 almari kat dapur ternampak Alpha Lipid SDII milik my hubby. Yang tu dia beli dengan akak dia. Harganya dalam RM160. Kalau tak salah la. Rasa-rasanya la harga kat pasaran dalam RM180 agaknya.

Expired date utk SDII tu pada 28/11/2013. Daripada terbuang begitu sahaja better saya gunakan dengan sebaik mungkin. Dah lama saya ingin berdiet tp ada saja yg menghalang. Bila dah masak takkan la tak nak makan. Betul tak? Ruginya. Dah la masak sedap (masuk bakul angkat sendiri)

Hari nie nekad untuk memulakan sesi diet yang dah bertahun2 tertunda. Hari nie bersarapan SDII, sosej dan sayur campur. Tapi yang malangnya saya tak bawa SDII tuk diminum masa lunch nanti. Aduyai tak menjadi la sesi diet saya pada hari nie. Boleh skip satu sesi tak? Malam nanti baru minum SDII lagi.  

Ini adalah punca @ sebab mengapa saya tulis pasal Alpha Lipid SDII pada entry sebelum ini. Ia sebagai sumber rujukan saya. Dan kalau kawan2 nak jadikan sebagai sumber rujukan pun boleh.
 

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Alpha Lipid SDII

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


 
Alpha Lipid SD 11 merupakan keluaran New Image yang boleh melangsingkan badan secara sihat dan semulajadi dengan program ‘slim diet’ yang amat ringkas dan mudah.

PLAN YANG MUDAH DIIKUTI

1. Tambahkan 2 sudu penuh SLIM DIET II kedalam 200 – 250 ml air sejuk. Ulangi 4 kali sehari.

2.  Kurangkan makanan berLEMAK, berKANJI dan berGULA.

3. Tingkatkan penggunaan makanan segar seperti sayur-sayuran, bijirin asli dan makanan laut. 4 gelas SDII sehari akan membekalkan anda dengan 100% zat pemakanan yang diperlukan oleh tubuh anda untuk TENAGA TINGGI dan tubuh yang RAMPING LAGI SIHAT.

Menu Cadangan


SDII + SARAPAN PAGI
·         2 biji telur rebus, 1 biji tomato
·         2 biji telur hancur dan sayur campuran.
·         Sup ayam dan secawan kobis.
·         2 biji telur goreng dan salad sayur-sayuran.
·         Sup berasaskan daging ayam, telur hancur dan Brokoli.
·         telur yang di steamkan dengan daging kisar dan cendawan serta sebiji tomato sederhana.
SDII + MAKAN TENGAHARI
·         Tofu serta isi ketam, telur dengan udang dan Brokoli rebus.
·         ayam dipanggang, adunan salad digoreng bersama bawang putih dan asparagus goreng.
·         daging goreng kicap dan brokoli bersama udang.
·         Rendang ayam serta adunan brokoli dan kobis bunga digoreng bersama.
·         ayam digoreng bersama halia dan asparagus dipanggang bersama telur.
·         stik bersama potongan tomato segar dan adunan goreng kacang bendi, cendawan dan bawang.
·         ikan dimasak stim bersama tomato, cendawan dan daun bawang.
SDII + MAKAN MALAM
·         hirisan kambing bakar dengan sos pudina, sayur campuran dan daun saderi (celery) digoreng bersama udang.
·         Ikan yang dimasak stim bersama tomato, cendawan dan daun bawang.
·         ayam yang dipanggang, tofu bersama daging kisar, serta sayur bayam.
·         hirisan kambing bakar bersama sos pudina, daun saderi (celery) + udang digoreng, serta sayur campuran.
·         Ketam yang dipanggang, ikan dan adunan brokoli dan kobis bunga digoreng bersama.
·         adunan goreng udang campur daun saderi (celery) dan hati goreng halia.
·         Tofu beserta isi ketam, udang dimasak dengan telur, Brokoli yang direbus.



KENAPA BUAH-BUAHAN TIDAK DIBENARKAN SEPANJANG PLAN DIET SDII?

Ketika dalam menjalani program diet penurunan berat badan SDII ini, pengambilan karbohidrat harian ini SEHARUSNYA di antara 20g hingga 35g sahaja. Buah-buahan pula mengandungi kandungan karbohidrat yang teramat tinggi dan sememangnya tidak sesuai bagi program ini.

AMALKAN MEMINUM AIR DENGAN BANYAK 
Boleh dikatakan nutrien yang paling penting dalam diet kita, iaitu air membentuk sekurang-kurangnya 60% daripada komposisi badan kita. Kehilangan hanya 2% daripada air dalam badan boleh mengurangkan tumpuan, fokus dan memperlahankan tindak balas.

Perubahan dalam proses metabolik dan pemecahan lemak yang tersimpan semasa Program Pengurusan Berat Slim Diet II meningkatkan keperluan air untuk kita. Oleh itu anda dicadangkan agar mengamalkan meminum air yang banyak semasa mengamalkan Slim Diet II.

Ia adalah penting untuk mengambil sekurang-kurangnya 2.0 liter air setiap hari semasa mengikuti Program Pengurusan Berat SD II, lebih jika anda bersenam atau berada pada cuaca yang panas.


Sumber rujukan : Alpha Slim Diets d2

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Monday, October 15, 2012

Weekend yg sangat sengal

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

 Ini cerita tentang hari Sabtu baru2 nie. Ada 1 seminar yang diadakan di Hilton Hotel KL. Pagi2 lagi dah keluar dr rumah akak di Keramat AU2. Naik bas U23 dan turun di Jalan Jelatek. Lepas tu jalan laju2 gi Stesen Putra Jelatek. Tepat pukul 7.00 pg sampai di KL Central.

Pukul 7 masih awal lagi nie, sure diaorg pun tak buka booth lagi. Jom makan sarapan pagi Di Mc D dulu la.....yang nie harus lah..bersarapan itu 1 keperluan....

Tepat pukul 7.30 gerak ke Hilton Hotel sbb dah janji dengan officemate nak jumpa kt lobby sbbnya nak angkat brg2 ke booth yg telah disediakan oleh penganjur. Sampai jer kat lobby hotel tu officemate dah tercegat tunggu kt situ....dah punggah barang2 letak dlm trolly, kitaorg pun berjalan menuju ke lift. Nak tau apa cerita lps tu?

Staff hotel tu kata lift tu tak boleh digunakan untuk mengangkut sebarang benda yang menggunakan trolly....perlu guna lift di loading bay. Nak marah dah nie....sebelum2 nie dah byk kali gi seminar..hotel2 lain boleh jer....kenapa hotel nie tak bg pulak?

Punggah balik brg2 pastu pergi kat loading bay...punya la lama tunggu lift sbb lift tu digunakan tuk bawa pelbagai jenis barang. Mujur la staff2 hotel tu baik hati tolong tolak kan trolly sampai ke booth kalau tak....eerrmmmmm mandi peluh la saya pagi tu. terima kasih untuk abg2 yang gagah perkasa....:-)

Sampai jer kat booth, bos dah tunggu. Muka cam nak marah jer.

Bos: Mana korang pergi nie. Dah pukul 8.00 pg. Kenapa tak buka booth lagi.
Saya: Kami dah sampai awal. Dah turunkan barang2 tp pihak hotel kata tak boleh guna lift kat lobby tu. 
Bos: So?
Saya: Kena guna lift kat laoding bay....dekat dgn security guard office.
Bos: ok la kalau macam tu 

Ok jer ker?  Tak membantu langsung. Huh.....dah la balik awal tapi tak inform pun....tunggu sampai pukul 5 dekat booth rupa-rupanyer bos dah balik pukul 3.30 ptg lagi..

Tepat pukul 5 ptg tutup booth dan angkut barang2 ke dalam kereta semula...call boss dan cakap ari ahad kami tak mau buka booth. Bos cakap "Ok la kalau macam tu"

Dalam hati " Yes".

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Friday, October 12, 2012

Charcoal Mask punya pasal

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Nampak sangat ketinggalan zaman kan. Apa yang ketinggalannyer. Meh nak cerita skit. Petang semalam BW kat blog milik Noor Alina Ayu.

Ceritanya pasal testimoni pertama Charcoal mask...amenda Charcoal mask tu...? Nak tahu punya pasal..godek2 la kat Charcoal Mask.

Semalam saya ada tanya Noor Alina Ayu tentang harga CM tu. Tak de la mahal sangat. Mampu jer beli. Dah pasang niat nak beli ngan Ayu. Balik kerja semalam bagitau la kat husband tentang CM tu. Wajibla kan bgtau husband before beli. Karang dia dapat tahu kecik lak hati dia sbb belakangkan dia dalam soal beli2 barang nie walaupun untuk brg peribadi kita kan. Husband macam tak setuju jer. Kulit saya nie sensitif jadi husband takut la duk pakai produk macam2 kat muka karang muka dah elok2 jadi semacam pulak. 

Dah husband tak setujukan so diam jer la....macam protes dalam diam pun ada sbb tak bercakap dah lepas tu bknnya apa saya nak test pakai jer pun....kecik ati tau.

Malam tadi husband keluar rumah. Katanya nak jumpa kawan jap. Baru teringat malam tadi ada perlawanan bola sepak ATM lwn LIONS XII. Tak kisah la, husband nak tgk bola ngan kawan2 jer pun. 

Lebih kurang dalam pukul 12.00 lebih dia balik. Masa tu saya dah tidur pun tapi terjaga sbb bunyi motor yang membingitkan telinga tu. Saya bangun la bukakan pagar. 

Tengok husband duk sengih2...geram pulak tgk dia nie. Ada benda tak kena la tu. Lepas buka pagar saya terus masuk bilik, sambung tidur la. Lepas tu bunyi suara husband mintak tolong buatkan air. Alahai.....nak dapat syurga kan....wajib la turutkan titah perintah (hehehhee). Selesai buat air tu, otw nak masuk bilik , mata nie ternampak sesuatu kat atas meja...apa dia?

Tu dia....bila masa pulak dia gi beli...ooooo mesti masa dia keluar tgk bola tadi. Siasat punya siasat. Husband gi beli kat kedai Daiso kat Setia City Mall. Harga CM nie RM5 seunit. Murahkan?

Saya tanya dia kenapa tak mau bawa saya sekali gi beli. Husband cakap nanti mata saya melilau tgk barang2 lain....hehehhe...

Terima kasih bi kerana belikan CM nie yer....lainkali leh tolong belikan lagi.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

: :Yang saya suka...yang sedang-sedang saja : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Hari nie nak wat entry pasal benda-benda yang saya guna dalam kehidupan seharian saya. Nak kata nak bagi tips kecantikan tak juga. Saya saja-saja nak share kat sini.

                                        

Ini adalah syampoo kegemaran saya. Sunsilk tu saya guna 2 hari sekali. Syampoo Bawang (Anti Hair Fall) pulak saya guna masa weekend sahaja.
 
Produk mandian kegemaran saya adalah Palmolive Arome Therapy dan Fruiser Moisturising (Goat's Milk). Baunya sangat harum. Saya selalu guna selang seli...kadang-kadang kalau hilang akal saya guna kedua2nya sekali....hehehe yang part tu jangan tiru ek. Tak masuk dek akal..hilang bau original nnt.



Part lotion pulak, saya hanya gunakan produk Johnson's Baby (Milk lotion ) sahaja. Suka yang nie sebab bau macam baby.


Untuk pencuci muka, hanya dua produk ini yang sesuai untuk kulit saya yang amat2 sensitif. Selalunya saya guna selang seli. Safi Rania Gold tu saya dah guna hampir 2 thn lebih....Produk Olay tu dah dekat 4 thn..sebelum nie pakai Olay gak tp Olay yang lama....Olay Total Effect nie baru la jugak. Setakat nie tak ada effect yang mencelakan wajah. Bila pakai pencucui muka nie, kulit muka lembut dan terasa licin...best tau  


Krim muka yang serasi dengan saya Safi Rania Gold dan Olay Total Effect. Pendek kata kalau pakai krim nie selesa sangat2. Pernah cuba produk lain tp hakikatnya tak boleh nak diterima sbb muka jadi gatal2 dan merah...so tak mau amik risiko still setia pakai 2 produk nie jer. Alhamdulillah parut jerawat semakin pudar. 


Face powder yang menjadi pilihan saya ialah Miyami Two-Way Foundation(Cosway) dan Johnson2 Mini Face Powder. Suka pakai face powder nie sebabnya kulit saya nie jenis yang cepat berminyak pastu kalau campur peluh, muka dah jadi bersinar2 gitu, bila pakai bedak nie kurang la skit

Untuk bibir pulak saya suka yang ini. Bibir terasa lembap. Duduk dalam air-cond membuatkan bibir cepat kering. Yang nie harus dibawa ke mana2 sahaja. Wajib tau....

Yang nie memang terbukti berkesan untuk hilangkan kerekahan tumit dan juga ketuat. Kalau nak lihat hasilnya kena rajin la, tiap2 malam kena sapu kat tempat yang merekah tu.....hasilnya pasti tidak akan mengecewakan anda

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...