Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Wednesday, November 28, 2012

Advance Birthday Gift - Part 1

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Selamat bertemu lagi kita di hari Rabu yang sangat cerah dan ceria. Ada cerita best yang saya nak kongsikan dengan kawan2 taw.

OK ceritanya macam nie. Pada Jumaat yang lepas saya .....

Bi   : Sayang, nnt bi nak syg simpan sst utk bi taw.
Saya : Nak simpankan apa pulok nie, bi simpankan lah sendiri. 
Bi   : Brg nie penting, syg jer yg leh simpankan.
Saya : Menda apa yg penting sgt tu bi oooii?
Bi   : Ada lah, nnt bi bagi

Sesudah sampai kat umah. Saya bersiap2 la  kemaskan baju sbb saya kena tinggalkan husband saya. Dia nak balik kg tapi saya perlu hadiri majlis perkahwinan kawan saya kat Raub. Husband izinkan pergi. Nie cerita selingan..Kita sambung semula yer

Bi   : Sayang dah siap ker?
Saya : Dah siap, takde menda pun nak bawa. baju ada jer kt KL
Bi   : Nah nie brgnya
Saya : (Mata terkedip2).. Sapa punya?
Bi   : Sayang punya la
Saya : Biar betul nie. Birthday lambat lg 
Bi   : Bi tau la, nak bg hadiah bila2 masa jer.
Saya : Ker bi lupa birthday sayang bila nie?
Bi   : Bi ingat jer...
Saya : Terima kasih bi...mmuuaahhh  
(Sambil peluk n cium pipi Bi ya gebu itu)


Dapat hadiah birthday dari husband. Walaupun birthday saya lambat lagi (Pada 06/12/2012)..hehehe tu pun nak bagitau kan...

Cuba kawan2 teka, apakah hadiah tersebut? 

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Friday, November 23, 2012

Nasi Lemak Oh Nasi Lemak !!!!!!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Saya masih belum sihat lagi. Terima kasih pada teman2 yang sentiasa mendoakan saya. Tapi hari nie dah ok dari hari semalam.

Petang semalam masa balik keje, husband request masak nasi lemak. Katanya untuk potluck ofis dia ari nie. Malam tadi dengan gigihnya masak nasi lemak 12 pot....husband cakap masakkan nasi jer...sambal bilis dan yang lain2 staff lain yang bawakan.

Tepat kul 11.45 mlm tadi masak nasi. Ingatkan nak bangun pukul 4 pg baru masak tp husband ckp masak awal la sbb dia kesian kan kat saya.

Lepas nasi siap masak saya buka tudung rice cooker tu...awat jadi lagu nie? Panggil husband...nasi mentah ker? Rasanyer dah letak air dan santan secukup rasa...naper jadi gini...tak mau pening2 kepala...lepas tutup kan suiz rice cooker tu saya terus tido.

Pagi tadi bangun dan tengok nasi tu masak dengan elok pulak. Husband cakap maybe saya demam so mulut rasa lain.

Alhamdulillah menjadi nasi lemak yang saya masak.....sebelum nie takde masalah pun maybe tukar beras kut jadi sukatan air tu yg berbeza. Setgh beras de yang gunakan banyak air n kurang air. Setuju tak kawan2?

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Thursday, November 22, 2012

Katakan TIDAK pada UBAT !!!!!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Kejap hujan kejap panas buat badan saya jadi kejap sejuk kejap panas jugak. Saya nie jenis yang susah nak sakit...alhamdulillah tp bila dah start sakit tu mula la berpanjangan macam tak nak stop jer. makan masa berbulan2 tuk sembuh. Lamanya? Sebabnya saya tak makan ubat. Katakan TIDAK pada UBAT.

Selsema + batuk + sakit kepala + sakit gigi... Sangat mendukacitakan tp org kata sakit itu penghapus dosa2 kecil. ALhamdulillah......saya org yang terpilih.

Semoga sakit saya cepat sembuh. Nak MC? Memang takde dalam diari hidup saya. Jarang sekali amik MC, walaupun setahun boleh amik 12 kali MC..hahahaha....Kalau sakit gagahkan diri tuk ke ofis jgk.
 
Lepas sihat nnt saya akan publish entry baru ok....

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Friday, November 16, 2012

Blog Saya DIserang Virus Malware..???????

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Adik Faiz: Kak, akak dah tgk blog akak tak?
Saya     : Tak de
Adik Faiz: Akak bukak la blog akak,paksu kata blog akak ade virus
Saya     : Hah....!!!! Biar betul

(Cepat-cepat tgk kat facebook)

 
Mr. KJ ada bagi warning dalam facebook. Itu pun adik ipar saya yg bagitau. Kalau cuti saya mmg jarang nak online. Kerja umah byk nak kena buat. Terima kasih Mr. KJ kerana sangat prihatin.

Pagi nie laju2 buka blog. Tapi ok jer. Pastu search kat pasal virus malware nie. Mujur ternampak entri pasal nie kat blog Mama MZ. 

Laju2 gi klik kat http://sitecheck.sucuri.net/scanner/. Lepas tu tengok result macam nie:
Blog saya clean, mana datangnya virus tu macam yang dikatakan oleh Mr. KJ

Saya tak berapa paham. Ada sapa yang bioleh tolong saya tak????

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Thursday, November 8, 2012

Mamat Tolol

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Kuar umah seawal 6.45 pagi td. Kuar lewat pasal saya lepak kat KL, lepak umah akak. Kalau duk meru pukul 5.30 pg dah gerak gi kerja. 

Pagi tadi tahan bas metro no 16. Dari AU Keramat Ke Chow Kit tambangnya hanyalah RM1.90 aje. Alhamdulillah ada tempat kosong. Selalunya jarang de tmpt kosong kalau naik bas metro nie byk warga asing yg naik. Nyampah betul......

Masa nak duduk tu, mamat tolol tu tak nak beralih duk kat dalam, so saya la yg kena duduk kt kerusi tepi tingkap tu. Masa saya duduk tu mamat tu tak bgtau pun yg kerusi tu basah. Dia duk diam jer. 

Bila dah rasa bontot nie sejuk terus saya tanya mamat tu.

Saya: Awak, awak tahu tak kerusi ni basah?
Mamat tolol: Saya tahu
Saya: Kenapa awak tak sound ckp kerusi nie basah?
Mamat tolol: Awak tak tanya
Saya: Selfish betul awak nie

Conductor bus terus dtg kat saya dan minta saya duk kt tmpt lain. Saya bukan kisah sgt pun kalau tak dpt duduk at least bgtau la kerusi tu basah.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Wednesday, November 7, 2012

Wordless Wednesday #46

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Tiket Murah - Legoland Malaysia

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Baru sebentar tadi saya beli tiket untuk ke Legoland Malaysia yang terletak di Nusajaya Johor. Dah lama teringin nak pergi. Asyik dengar orang cerita jer kan. 

Tak sangka tiket nie sangat la murah. Ingatkan kawan yg syorkan company nie macam nak menipu jer rupanyer tidak. Memang betul tiket nie murah. Boleh dipercayai 100%.

Harga ticket: 
Dewasa      = RM106
Kanak-kanak = RM80


Harga Asal

Ticket Reg. price Online (7-Days Advance Booking)
1-Day Ticket Adult (12-59) RM 140 RM 105
1-Day Ticket Child (3-11) RM 110 RM 82.50
1-Day Ticket Senior (60+) RM 110 RM 82.50

Boleh rujuk harga di Legoland - Prices and Tickets

Murah tak kawan-kawan? Memang tersangat la murah kalau berbanding dengan harga sebenar. Promosi ini akan berakhir pada bulan Disember 2012. Kalau anda berminat boleh hubungi Cik Leen (017-3451865). Ini di bawah travel agency Permai Rantau Sdn Bhd. Company nie di area Ampang. Bagi yang berminat sila-silakan lah ye.

Kalau berminat nak nak bercuti sakan boleh belek2 kat sini


Jangan lupa singgah ke Permai Rantau Sdn Bhd dan hubungi Cik Leen di talian 017-3451865.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Tuesday, November 6, 2012

Rindu kat dia?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Dari jumaat lepas stay kat rumah akak. Lepak ngan adik-adik, akak , abang, akak ipar and anak sedara yg comel2.Balas dendam sebab tak dapat balik Kelantan hampir 9 bulan. Mujur ramai yang ada kat area KL jd gathering kat KL jer la.Ke mana jer kita? Tak kemana2 pun. Keluar makan dan jalan2.

Suami macam mana? Oh! Dia ok jer. Dia tak marah pun. Dia yang izinkan. Saya tak ada kat Meru lagi dia suka. Betul ke? Jangan syak wasangka, tak baik taw.

Petang nie balik semula ke Meru tapi maybe tido semalaman jer. Semalaman jer? Tak rindu husband ker? Hahahahaa......tak rindu pun, tak tahu kenapa. Hati ku kosong, kosong macam lagu Najwa Latif. Dia rindu saya x? Saya tak tahu. Petang nie boleh tanya kat dia.

Balik Meru? Motif? Nak ambil file dan sijil. Sebab? Ada interview hari Jumaat nie so kena prepare awal2. Dah hampir 7 thn tak berusik file tu. Jgn dimakan dek lipas sudah. 

Next week MIL,adik ipar, akak ipar, anak sedara gi Bandung. Saya tak ikut sbb budget lari tak dapat nak kejar. Maybe lain kali boleh join. 

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Monday, November 5, 2012

Jiwa kacau

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Panggilan dari sorang akak di pagi hari Isnin nie membuatkan mood tiba2 jadi kurang baik.Dah la ari nie kerja sorang2. Bos dan collegue bercuti. Nak buat kerja semua tak kena. Buat kerja sikit telefon berbunyi. Rasa nak cabut jer wayar telefon nie.

Panggilan akak tu... Dia cerita itu Cerita ini...Tetiba hati jadi panas berapi time nie jugak rasanya cam nak berehenti kerja

Hati berbisik. Sabar. Setiap rintanagn dan maslah pasti ada jalan penyelesaian. 

"Jangan ikut kata nanti binasa, jangan diturutkan hati nanti mati" 

Sampai bila mampu bertahan di sini. Macam2 cerita sudah didengar. Hati jadi tak menentu. Resah gelisah. 

"Ya Allah tabahkan ah hati hambamu ini untuk menempuhi setiap rintangan yang datang" 


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Friday, November 2, 2012

Ingati Mati

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Thursday, November 1, 2012

Kad Touch N Go - Part 4

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Tak sangka pulak boleh buat entry yang bersambung-sambung macam nie. Dah boleh kalahkan cerita Spiderman, Batman, X-Men, LOTR, Harry Potter......

Saya sudah cerita tentang nie di Kad Touch N Go - Part 1Kad Touch N Go - Part 2 dan Kad Touch N Go - Part 3. Kalau kawan-kawan tak bosan silalah baca entry nie sampai hbs yer.


Emel yang menunjukkan transaksi kad TNG :

Perlukan maklumat account :

 Emel dari Careline kepada bahagian re-fund :


Pemulangan duit dalam masa 30 hari

Syukur alhamdulillah, masalah sudah settle dan hanya perlu tunggu cek seperti yang ditulis dalam emel.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...