Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Wednesday, December 26, 2012

Jalan-Jalan ke Utara Tanah Air

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


 Weekend baru-baru nie saya, husband, MIL, FIL, akak ipar dan adik2 ipar telah ke Utara Malaysia. Ke mana tu?

Tempat percutian kami adalah di Pulau Pinang. Nie plan last2 minit taw. Gerak dari umah kak ipar di Pinggiran Subang lebih kurang kul 3.05 pagi. Berhenti rehat kat RNR Tapah dalam pukul 5.18 pagi. 

Sampai kat Pulau Pinang dah pukul 9.10 pagi....cari tempat tuk breakfast. Lepas jer breakfast terus gi Bukit Bendera. Alhamdulillah cuaca agak baik dan kami kepanasan. Orang ramai sangat2, almaklum la skang nie cuti sekolah kan. Harap maklum.

Lepas gi Bukit Bendera tu kami cari motel tempat kami nak menginap. Kami duk kat Ali Motel. Motel nie sangat best dan sangat2 selesa. Berdekatan dengan kedai makan dan kedai runcit.

Sampai jer kat motel semua orang dah terbaring kepenatan. Malam tu saya, akak ipar, husband SIL dan anak2 serta MIL keluar jalan2 kat Uptown. Memang happening giler2. Best....tapi kaki cam nak patah. Balik motel semula dalam pukul 11 lebih. Kesian orang2 kat bilik kelaparan. Sesudah makan kami pun tido la.

Pagi esok lepas jer subuh husband lesap. Tak tau gi mana. Pergi la bilik mak mertua, cari2 kut2 ada kat situ. MIL kata husband saya takde kat situ. HAiiiyooo ke mana pulak orang tua nie. Nak masuk bilik tak boleh sbb dah ter"lock". Tumpang sambung tido kt bilik MIL.

Hampir 45 minit my husband balik dan bawa nasi lemak yang siap dibungkus. Bertuah betul org tua nie. Dalam kul 12.15 tengahari check out. Gerak gi NASI KANDAR LINE CLEAR.


Ramainyer org duk beratur. Pukul berapa leh makan nie. Alhamdulillah tak lama pun beratur sbb pekerja2 kat sini semua cekap2. Pukul 4.05 dah boleh makan. Orang kata kalau datang Penang kalau tak singgah kat sini memang rugi. Makanan memang terbaik...!!!!

Lepas makan cari jeruk la plak. Nie pun satu ole2 yang mesti di bawa pulang kalau dah datang Penang. 

Dalam pukul 6.30 petang gerak balik semula ke Meru. Sampai Meru dalam pukul 1 pagi. Ngantuknyer.....Percutian 2 hari 1 malam yang menyeronokkan


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Wednesday, December 12, 2012

Rumah Dah Bukan Syurga Bagiku

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Saya pernah cerita tentang rumah yang saya beli dalam entry Rumahku Syurgaku. 

Buat masa nie tak tahu nak cakap camner. Sedih ada kecewa ada geram ada tension pun ada. Semua benda2 negatif melekat kt dalam diri saya buat masa nie.

Kekecewaan bermula bila. Pada satu malam saya tengok ada kesan2 hitam kat atas kabinet almari betul2 kat tepi tingkap. Masa tu saya tak pikir pun akan ada kewujudan Cik Ti kat dalam umah yang saya baru beli nie. Selepas seminggu duk kat situ baru terasa angin satu badan. Cik Ti duk main2 kat dapur la pulak..Tension sgt2. Memang benci dengan Cik Ti nie.

Masalah lain umah tu. Bila hujan lebat baru nmpk ada tanda2 bumbung bocor. Bukan 1 tapi 4 tmpt. 1 kat dapur betul2 dekat tmpt memasak. 3 tmpt lagi kat porch....sapa2 nak mandi ujan dlm umah leh dtg umah saya.Baru2 nie saya perasan la pulak dinding dekat ruang tamu betul2 dekat tempat letak komputer ada kesan air kat dinding...sah..sah..sah...sudah sah mmg bocor.

Masalah lain yg betul2 mengecewakan hati saya. Umah tu ada anai2. Masa saya tgk2 umah ngan suami saya dah check kabinet dapur tu. Mmg takde sebarang masalah. Memang pandai akak tu sorok2 masalah umah. Saya yang bebal nie dah kena tipu. Masalah anai2 dah settle. Insyaallah....nak tunggu buang kabinet dapur tu n tukar yg baru aje. tapi sebelum tu kena settlekan dulu masalah atap bocor n Cik Ti nie.

Tak senang hati duk kat dalam umah bila ada masalah2 cenggini. Dulu pindah dr umah sewa n beli umah terus sbb nak elakkan dr tikus n makhluk perosak. Dah pindah pun still timbul masalah yg sama.


 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Sampai hati Cik Ti

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Earphone oh earphone......

Baru nak memanjakan earphone kt telinga dah ilang. Semalam letak kat atas beg sebelah meja solek. Disebabkan kepenatan memasak tengahari so abaikan jap jer earphone tu.

Terlupa nak simpan earphone dlm beg malam tadi. Lepas tengok cerita "High Risk" terus jer tido.

Pagi tadi tanya husband ada nmpk earphone. Husband cakap tak nmpk pun. Cari punya cari telek belakang almari sbb pikir maybe jatuh kut....alih2 nmpk wayar bercerai berai....OMG Cik Ti main dalam bilik dah.

Husband bg pinjam earphone dia tapi tetap tak sama sbb earphone saya tu husband yg bagi bersama2 ngan HP baru tu....Sedih sgt2..tak tahu nak ckp camner....walaupun boleh beli yg baru tp tetap tak sama.

Bercakap tentang Cik TI. Masa saya beli umah kat Taman Meru tu, Saya dah tgk keadaan umah tu macam ok. Tak ada tanda2 ada Cik Ti pulak. Alih2 lepas seminggu pindah...tu..ddiiiaaaa.....umah cam hampeh.

Tentang umah cerita next entry. 

 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Friday, December 7, 2012

Stalker? Saya rasa bersalah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Sebelum pergi kerja pagi tadi sembang2 ngan adik Liana. Hari nie dia bangun awal sangat lebih kurang dlm pukul 4 pg. Dia ada interview kt area PJ. Maybe hati tak tenang so dia bangun awal tuk baca buku.

Tiba2 jer dia buka cerita pasal stalker2 nie. Rupa2nyer ada org stalker dia menerusi blog saya nie. Kat blog nie saya ada cerita tentang adik2 saya. Maybe kerana kekhilafan saya sendiri yang selalu tulis nama penuh adik, jadi senang la org tu cari kan. Taip jer apa2 kat Google...semua boleh jumpa.

Mintak maaf sangat2 kat adik Liana. Maybe hidup dia tak tenteram kerana ada org buat gitu kt dia.Nmpk gayanya macam nak kena tutup jer blog nie.

Harap org yang berkenaan hentikanlah perbuatan tak bermoral tu. Perbuatan anda tak beri kebaikan tuk sesiapa pun.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Kek Untuk Saya

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia



Nampak tak benda apa tu? Itulah namanya kek. 

" BULAT kikiki " 

Ada ke patut?  Mentang2 la saya nie dah debab boleh lak dia bergurau gitu. Saya tak marah pun, suka ada la.

Secara kebetulan semalam hari lahir saya dan dalam masa yang sama husband ada kerja yang menyebabkan dia perlu berada di sst tempat dlm jngka masa yang lama. So dia mintak saya duk lepak kt KL. Macam org ngantuk disorongkan bantal jer.

Pagi semalam, laju2 mesej akak n adik. Bagitau la saya nak lepak kt umah diaorg. Tapi dlm hati takde niat pun nak mintak diaorg sediakan apa2 sbb saya mmg jenis tak pernah celebrate hari jadi.

Kat atas tu kek yang dibelikan oleh adik Lin saya. Sebenarnya dia nak wat kejutan htr kek tu ke ofis saya tp bila dia dpt tahu saya lepak KL terus dia cancel. Petang dia balik kerja tu, dia sorokkan kek kat bilik gosok. Ada ke patut. Mujur kek tak cair. Tapi tak lama setengah jam kemudian dia bawa kuar kek tu n wish happy birthday. Masa tu dalam pukul 8.30 mlm hanya ada saya, adik Lin dan adik Liana aje. Kak Liza dan adik Linda belum balik lg. 

Potong kek? Tak patut la potong kek tanpa diorg kan. Tunggu punya tunggu dekat kul 11 mlm baru potong dan makan kek tu.

Apa2 pun terima kasih buat akak, abang, adik2 dan kawan2 yg bagi wish dan berdoa utk saya. Terharu sangat. 

Adik Lin tanya "Kata terharu tapi tak nanges pun?". Perlu ker menanges Lelen ooiiii....

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Thursday, December 6, 2012

Happy Birthday To Me

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya saya masih bernafas lagi pada hari ini 06/12/2012. 30 tahun yang lepas saya telah di lahirkan di Pasir Puteh, Kelantan selepas  mama hbs berpantang mama saya bawa saya ke Kuala Lipis Pahang. Daerah pertama di Kuala Lipis yang menjadi tempat jatuh dan bangun saya adalah di Penjom (1982-1987).

Pada tahun 1988 abah saya telah mendapat sebuah rumah kerajaan di kawasan Bukit Kerani Kuala Lipis. Di sini saya telah memulakan persekolahan di Tadika Bukit Kerani. Pada tahun 1989, saya memulakan pembelajaran darjah 1 di Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford (1989-1994). 

Abah saya bekerja sebagai Kerani Pos di Pejabat Pos Kuala Lipis. Selepas Pos Malaysia diswastakan kami sekeluarga terpaksa berpindah randah dari Kawasan Bukit Kerani ---> Kampung Tempoyang ---> Jalan Cheneras Jaya. Banyak kali pindah rumah rasa cam nak muntah.

Pada tahun 1995 saya bersekolah di Sekolah Menengah Orang Kaya Haji Kuala Lipis, hujung bulan Oktober 1995 kena pindah sekolah sebab abah naik pangkat jadi Pengurus Cawangan Pos Malaysia kat Padang Tengku dalam Daerah Kuala Lipis jgk. Pindah Ke Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku (1995-1999). Tamat SPM dapat sambung belajar Ke Kolej Matrikulasi Perlis (2000 - 2002). Lps  tu sambung study kat Universiti Utara Malaysia (2002-2005). Grad pada bulan September 2005.

Hbs final exam semester 6 terus gi Kuala Lumpur dan kerja sementara di 7-11 di AU2 lepas tu kena tukar ker 7-11 Taman Permata Ulu Kelang. Tahun 2006 dapat kerja kat tmpt skang. Dan skrg masih bekerja lagi.....sudah 6 thn bekerja di ofis skrg.

Begitu indah perjalanan yang Allah swt aturkan utk saya. Pahit manis semua ada hikmah yg tersembunyi.

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Wednesday, December 5, 2012

Wordless Wednessday #47

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Tuesday, December 4, 2012

Saya Bukan Riak

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Hanya kerana hadiah pemberian suami tercinta saya dituduh riak. Sangat kejam tuduhan tersebut dan buat hati saya tersentap. Demi Allah swt takde langsung terlintas di hati nie nak menunjuk2 apatah lagi nak bersifat riak. 

Saya hanya ingin berkongsi kegembiraan dengan kawan2. Salah ker? Kalau salah maafkan lah akan kekhilafan saya. Saya tak tahu anda tak suka. Kalau saya nak riak dah lama saya heboh kat Facebook Suhazelini. Di FB saya tak buka cerita pasal hadiah nie.

Kat situ semua orang leh tahu. Siapa? Sedara mara, kawan2 baru, kawan2 lama...Kenapa saya hanya bercerita di blog sahaja? Sebab di sini ramai yang tidak mengenali saya. Mereka kenali saya hanya di alam maya. Mereka adalah sebahagian rakan2 yang sememangnya jujur untuk berkawan. Sentiasa berkongsi rasa suka dan duka bersama2.

Saya tahu ada kawan2 yang berkemampuan tuk memiliki brg2 mewah tetapi tidak saya. Sebab tu bila org tersayang hadiahkan saya sangat berterima kasih.....walaupun dia tak tahu saya sedang tulis entry nie. 

Kita perlu hargai setiap pemberian org2 yg tersayang wlpn barangan tersebut tidak lah semewah mana. Kita perlu belajar cara utk berterima kasih. ITU SANGAT PENTING
Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Monday, December 3, 2012

Advance Birthday Gift Part 2

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Hai kawan2. Dah lama rasanya tak berceloteh kat sini.Ingat tak saya pernah cerita something kat advance birthday gift part 1. Tak mau buat kawan2 tertanya2 lagi

Inilah hadiah yang saya dapat dr my hubby...

Samsung Galaxy SIII







Nak gambar phone sebenar?. Camera adik guna so tak tahu nak ambik gambar camne. Gambar bawah ni ok tak...tibai jer la ek


Tak sangka dapat HP idaman nie. Hajat nak beli sendiri tahun depan tapi betul2 terkejut bila husband bagi HP nie last week.

Tengah biasakan diri guna HP toreh-toreh nie. Banyak benda nak kena belajar.
 
Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Tolong war2 kan - Vacancy: Data Entry

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Minta tolong pada kawan2, sekira ada kawan-kawan atau saudara mara di sekitar KL/Selangor yang ingin mendapat duit tambahan sila sebarkan maklumat ini.


-->
DATA ENTRY
(While waiting for SPM & STPM result)

 

Individual service required: ~

-          Transfer information from paper into computer system  
-          Contract  period about 2- 3 months from
-          Working hour: 8.00 am –5.00 pm (Monday to Friday)
-                                     8.00 am –1.00 pm (Saturday)

Requirements: ~

-          Malaysian citizen
-          Minimum SPM / Diploma /College or University (applicant must be able to commit for the required duration period of 2 months)
-          Work experience not required
-          Able to read and write English
-          Self motivated and have self discipline
-          Good typing speed and accuracy.

 

Application: ~

-          Interview and screening test will be conducted for short listed applicants
-          Start immediately (December 2012)
-          Send resume and passport photo via e-mail suhazelini@msn.org.my or call: 03-40458636 (before 5th December 2012)
-          Interview session on: 7th December 2012

For information go through our website: http://www.msn.org.my/nrr

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...