Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Monday, December 2, 2013

Apa yang ku rasa

Pagi nie sejuk sangat. Hujan membasahi bumi KL. Yang tak bekerja mesti seronok dapat tarik selimut dan menikmati kedinginan di kala hujan. Bagi yang bekerja. Hujan seolah2 membawa pengertian yang berbeza. Hati menjadi dingin. Berat rasa hati nak melangkah ke tempat kerja.

Hati tiba-tiba rasa sedih. Rasa sayu. Rasa hiba. Siapa yang tahu? Hanya Allah swt yang tahu. Pagi tadi saya bertanya kepada husband

"Bi, pernah x bi rasa macam tak seronok pergi kerja?". Lalu husband saya jwb

" Tak pernah rasa mcm tu. Kerja tu kan ibadah"

Habis kat situ sahaja. Berat hati nak bgtau husband yang saya mahu behenti bekerja. Bimbang kalau2 akan membebankan dia berfikir ttg saya. Pernah dulu saya luahkan ttg perkara yang sama tapi husband minta bersabar.

Kalau saya dibebankan dengan kerja saya tak kisah. Bagi la kerja byk mana sekalipun pasti akan saya selesaikan. Tapi bila bebanan bila menghadapi sikap manusia itu yg saya kalah. Saya dah tak sanggup untuk bekerja di bawah org yg sedemikian rupa. Talam dua muka.

Semakin hari semakin teruk perasaan saya di sini. Rasa stress sgt terpaksa lalui hal ini seorg diri. Rasa macam nak mati.

Kalau masih bujang dah lama saya berhenti kerja. Tak payah penatkan otak pikir pasal org lain. Pikir pasal diri sendiri je. Bila dah kawen byk tanggungjawab nak kena pikul. Stress dgn umah jauh. Pukul 5 pagi dah bgn...pukul 5.30 pg kuar umah..sampai kat stesen komuter bergegas untuk solat subuh. Lps tu kejar tren komuter 6.10 pg. Pukul 7 pg baru sampai KL. Tukar pulak naik Krt Star kat Bandaraya . Pukul 7.20 pg sampai kt Titiwangsa. Jalan kaki ke ofis lagi....

Masa balik pun sama jgk..Kejar tren pukul 5.31 ptg. sampai Shah Alam dalam pukul 6.20 ptg. Pukul brp sampai umah? kalau jalan tak sesak dan nasib baik boleh la sampai umah dalam pukul 7.30 mlm. kalau sesak sgt mahu la pukul 8.30 mlm baru jumpa umah. Keluar gelap balik pun gelap jgk...

Stress betul.....

Friday, November 22, 2013

Berblog guna aplikasi BLOGGER

Assalamualaikum

Teruja sangat bila dapat edit blog guna hp. Selalunya pening kepala sebab nak post entry tp asyik berebut pc dengan husband je.

Mulai dari hari ini. Saya akan post entry guna hp. Seronoknya.

Terima kasih buat empunya blog http://www.hasrulhassan.com kerana perkongsian ilmu yg sangat bermanfaat.

Jika ada kawan-kawan nak update blog guna hp android sila ke google play dan install aplikasi BLOGGER.

Stress

Assalamualaikum...

Pertengahan tahun nie saya ada ikuti Kursus Pendidikan Pemandu (KPP). Nie dah masuk bulan November. Ujian komputer tak ambil lagi. Bila difikir semula dah lama rupanya saya tak balik ke Sabak Bernam. Lupa nak bagitau ujian KPP tu mak mertua saya daftarkan nama saya kat sekolah memandu di Sabak Bernam.

Baru-baru nie husband ada tanya saya, bila nak hbskan kursus tu. Saya buat muka seposen je. Bukan tak nak habiskan kursus tu tapi tak ada masa. Banyak hal nak kena fikir dan buat. Saya tau lesen tu sangat penting dan amat diperlukan masa2 kecemasan. Tapi yang penting kena belajar memandu dulu la.

Doakanlah saya semoga saya boleh habiskan kursus san dapat lesen P dengan segera.

Terima kasih kerana sudi singgah...

Wednesday, November 13, 2013

Kenapa begini...?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Sejak akhir-akhir nie sukar untuk saya lelapkan mata. Entah apa yang mengganggu fikiran kadang kala saya pun tak tahu...

Gilakah saya? 

Kadang-kadang fikiran terbang entah ke mana. Kadang-kala otak macam kosong ajer. 

Bodohkah saya?


Hati seakan rasa kehilangan sesuatu. Hati seolah-olah mati. Hari-hari yang dilalui seakan sunyi sepi. Dalam keriuhan aku sepi. Dalam tawa ada duka. Dalam duka masih kah ada ruang untuk aku rasa bahagia.

"Ya Allah, di saat aku rasa aku tak punya sesiapa, aku yakin Kau ada untukku"


::: Yang berlalu biar pergi usah kenang lagi. Patah tumbuh kan berganti, hitam putih kehidupan itu menyakitkan :::

 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

 

Thursday, October 10, 2013

CORELLE HOUSE IN KL

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Jika anda peminat setia CORELLE.....sila ke CORELLE HOUSE IN KL.

Pastikan anda memiliki koleksi terkini CORELLE dengan harga yang MURAH, TERHEBAT , PATTERN YANG SANGAT AWESOME, dan pastinya TAHAN LASAK.



9 sebab kenapa memilih set pinggan mangkuk Corelle® adalah :

1. Ringan
2. Tahan pecah dan tidak mudah retak
3. Menjimatkan ruang
4. Mudah dicuci
5. Corak yang tidak mudah pudar
6. Selamat digunakan di microwave
7. Banyak pilihan corak dan warna menarik
8. Selamat digunakan walaupun kanak-kanak
9. Alah membeli menang memakai

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.






Thursday, September 12, 2013

Musim demam

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Sudah masuk hari ke-3 nie. Macam-macam penyakit dapat. Batuk + selsema + sakit kepala = Demam. Kalau ikutkan sebelum kawen dulu jarang sangat dihinggap sakit2 bila dah kawen macam2 sakit datang.

Mujur dapat suami yang ambil berat dan memahami. My hubby sediakan ubat dan air badak utk sejukkan. My hubby jugak x bagi masak. Dia suruh makan ubat dan tido aje.

Kerja tetap kerja. My boss bercuti jadi x dapat la saya MC. Nak tak nak kerja dalam keadaan sakit dan redha aje. Hopefully demam nie cepat sembuh la....tak larat nak travel dari Meru Klang ke Kuala Lumpur.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Wednesday, September 4, 2013

Promosi bulan September 2013

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Jika anda berminat sila ke BUTIK MEI LIN atau Whatsapp Mei Lin (017-3451865)

Fit until siza L (No.1 - No.14) & Size M (No.15 -No.16)

1 pasang = RM 70
2 pasang = RM 120
3 pasang = RM 170
4 pasang = RM 200

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Friday, August 16, 2013

Serba salah

Seringkali terjadi bila naik public transport. Nak bagi tempat duduk pun leh jadi serba salah.

Dalam otak ligat pikir. Mata duk perhati jer tang perut tu. Kalau orang tua atau budak kecik leh aje ditengok ngan mata kasar. Yang perut besar ni...

Mengandung ke? kalau pakai baju ngandung tu taw la sah2 ngandungkan. Yang pakai seluar n baju blouse??? camner tu..

Dah byk kali kena..


Saya: kak, duduk la

Wanita: eh xpe dik. akak x ngandung

Saya: ye ke? maaf kak

Wanita: xpe dik

Saya: (tiba2 je malu sendiri)

kalau x bagi duduk nnt org kata pentingkan diri dan tak prihatin......
posted from Bloggeroid

http://azumylini.blogspot.com/2013/08/serba-salah.html

Thursday, August 15, 2013

Diabaikan selama 2 bulan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


 Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ogos 2013. Puasa sudah berhari raya pun sudah.Memandangkan usia semakin meningkat, rasa nak berhari raya tu dah tak ada. Keseronokkan hanya ada di bulan Ramadhan Al-Mubarak aje.

Harap masih ada kesempatan untuk bertemu Ramadhan akan datang. Tahun nie giliran saya beraya di kampung di Kota Jembal, Kelantan. Takde la meriah mana tapi saat berkumpul adik-beradik tu yang paling indah. Rasa macam tak nak balik Meru, Klang semula

Blog nie pun dah terabai selama 2 bulan. Bukan takde cerita nak dikongsikan dengan kawan-kawan. Terlalu banyak benda yang ada di kepala nie cuma kesempatan tu terhad sangat. Nak hadap pc 24 jam memang bukan rutin saya la. Ada perkara yang lebih mustahak perlu diselesaikan. 

Terima kasih buat kawan2 yang sudi singgah kat sini, nmpk gayanya dah kena mula mengupdate blog selepas nie. 

Fighting linniey fighting !!!!!

Sayang korang semua

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Monday, June 3, 2013

Butik Online Murah - Butik Mei Lin

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Minggu yang sangat menyesakkan dada dan otak. Kerja kat ofis melambak2. Habis satu keje dua keje lagi yang datang, habis dua keje lagi tiga keje yang datang. Bukan nak merungut, keje yang perlukan 3 atau 4 orang baru leh siap tapi apakan daya sorang2 la  duk hadap keje nie. Orang kata keje sampai mati pun tak habis

Daripada duk sakit hati tgk kerja menimbun tu kan, meh kita cuci mata jap ek. Cuci mata guna air ker? Bukan lah macam tu. Meh kita tgk baju yang cantik2 kat butik nie Butik Mei Lin atau FB Butik Mei Lin

Kalau ada siapa2 yang ingin tambah koleksi baju boleh la berkunjung ke link di atas nie yer. Dijamin perkhidmatan yang diberi oleh tuan punya butik sangat bagus dan boleh dipercayai. Kalau beli banyak2 boleh dapat diskaun yg terhebat dan tip top. Kat butik nie semua ada t-shirt, skirt, skinny jeans, baju kurung...pelbagai warna, saiz, material....kalau nak ceriakan hidup anda macam pelangi silalah ke Butik Mei Lin atau FB Butik Mei Lin

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Tuesday, May 21, 2013

Renovate rumah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Dah lama sangat pendam hajat dihati nie. Masa masuk umah nie memang terus terfikir nak buat renovate. Memandangkan saya dah beli rumah nie dan bukannya menyewa jadi tak slaah renovate utk puaskan hati sendiri. Banyak sebab kenapa saya terfikir nak renovate rumah.

Sebab pertama :

Atap kat porch tu dah banyak sagat bocor. Bukan 1 yer tetapi ada 4 tempat bocor. Kalau hujan rintik2 memang takde masalah tapi kalau turun hujan yang lebat, memang basah la...tak guna ada atap kat situ. 

Sebab ke-2: 

Masa pindah tu tak nampak pun kesan air kt dinding living hall tu. Tapi bila dah duduk dekat 6 bulan baru nmpk. Dinding tu macam ada kesan air jer....bila periksa memang ye la..kat situ pun bocor gak. Sedih berganda...

Sebab ke-3: 

Kabinet dapur tu dah dimakan anai2. Paling tak best kabinet tu kabinet jenis kayu..Kalau nak basuh dapur sure kabinet tu terkena air. Bila air meresap kat kayu tu nanti mesti tumbuh kulat. Jenis saya nie saya suka basuh dapur, tak berapa suka nak mop2 sebab rasa macam tak kena jer. 

Sebab ke-4:

Pagar dan gril pintu dan tingkap sakit mata memandang. Tak tahu la kenapa masa gi tengok rumah tu dulu takde rasa macam sekarang semuanya ok jer. Macam mata ni dilindung utk tgk2 benda yg tak elok, nmpk semua elok dipandangan mata. Tapi tak mau la bersangka buruk ngan org kan. Akui sendiri la kejahilan dan kekhilafan diri.  

Sebab ke-5:

Rumah tu dibeli guna duit bukan daun. Itulah harta yang ada buat masa sekarang jadi bila dah beli mahal. (160k) tu mahal pada saya maybe murah pada kawan2. Gaji tak seberapa hanya itu yg mampu. Nak tungu  10 thn lagi maybe hartatanah makin melonjak naik.... Barang makin naik tapi gaji takat tu jer la.

Bila fikir pasal nie tiba2 jer migrain datang. Semoga Allah swt mempermudahkan urusan saya dan jugak kawan2. Amin


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Monday, May 20, 2013

Masuk Bengkel 3 Hari

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

 Rindu kat saya? Rindu tak? Terima kasih pada yang merindui dan kesudian kawan2 utk jenguk teratak yg dah bersawang nie.....mujur la kayu teratak nie kukuh lagi. Kalau tiang, lantai, siling dah reput maka robohlah teratak kesayangan ku ini. Harap tak begitu lah....

Dah berbulan2 tak update apa2 kat sini. Busy memanjang. Kesian teratak nie dah hampir merajuk dan jadi sejuk.

Hari nie nak bercerita tentang bengkel...bukan bengkel basikal, kereta atau motor dan seangkatan dengannya nie bengkel a.k.a kursus. Dah lama tak terlibat dengan bengkel tiba2 dapat emel dari bos. Bos dah hantar nama untuk bengkel tu. 

Kadangkala best jugakkan, boleh duduk hotel percuma, dapat timba / kongsi ilmu, luaskan pandangan dan lapangkan fikiran, boleh jumpa kawan2 baru. Yang tak bestnya bengkel nie start pukul 8.30 pagi sampai 10.30 malam. Aduyai awat la hbs lewat2 malam.....bengkel nie start 21 Mei 2013 - 23 Mei 2013. Yang paling seronok hari Jumaat tu cuti Wesak...amik ko 4 hari tak masuk ofis campur weekend 2 hari dah macam holiday jer. 

Hari nie sehari jer kerja dan kena buat preparation utk bengkel pulak. Alhamdulillah sudah siap 95%.  Harapan semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Semoga berjumpa lagi kawan2

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Friday, April 19, 2013

Harga emas jatuh.....terkilan rasa

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 



Terkejut ada terkilan rasa pun ada. Semuanya disebabkan emas. Hari ini baru dapat tahu harga emas 916 jatuh mendadak.

Boleh dikatakan dari awal tahun nie duk berkira-kira nak beli emas dan duk asyik merungut ngan husband bila la harga emas nak turun. Awal tahun 2013 harga emas masih RM190 dan ada yang jual RM185. MAsa tu saya fikir mahal sangat dan tunda sehingga bulan MAc tahun nie. 

Disebabkan rasa hati kuat yang harga emas takkan jatuh, dengan beraninya saya beli emas 916 dengan harga RM180 segram pada awal April baru2 nie. Tiba-tiba hari nie dapat berita yang mengejutkan, harga emas jatuh ada yang cakap RM155, RM150, RM139, RM130...tak tahu yang mana betul maybe ikut atas kedai kut...

Nak wat camne kan dah beli.... redha ajer la. Dah tertulis bukan rezeki saya.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Tuesday, March 12, 2013

Pure Marine Collagen Murah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Hari ni nak bercerita pasal rumpai ni. Dh banyak kali tgk kt blog2. Masa tu x terpikir pn nk makan benda2 gini, sampai la awal tahun ni. Adik ipar yg perkenalkan rumpai laut ni pd saya. Byk kelebihan dan kebaikan makan rumpai ni. 

Nak tahu lebih lanjut tentang pure rumpai nie anda boleh kunjungi laman http://www.puremarinecollagen.my/

Dah hampir 4 minggu minum. Terasa kelainan. Wajah semakin tegang, semakin cerah,parut2 jerawat semakin pudar, senang buang air besar, tumit kaki yang merekah dah beransur-ansur pulih dan pori-pori semakin mengecil.

Setakat ini sahaja yang saya nak ceritakan. Next entry baru ada masa nak letakkan gambar "Before & After". Tunggu taw.....


Ada yang nak order tak...HARGA????? 

RM20/sebungkus(100g)termasuk Postage

Kalau ada sapa2 yang berminat boleh hubungi Cik Mei Lin.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Monday, February 18, 2013

Mujur tak kena "Heart Attack"

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Ni cerita masa CNY baru2 nie la.

Kak Liza ajak saya balik kampung tapi ada aral melintang tak dapat la nak balik kampung kat Kota Jembal, Kota Bharu. Nak jadikan cerita Kak Liza balik kampung dengan adik Linda. Saya yang belikan tiket bas tuk diaorg.

Diaorg gerak balik kg 10/02/2013. Pada 12/02/2012, bagai nak gugur jantung bila adik pompuan bongsu saya mesej. Dalam mesej tu tertera:

" As Salam, pada pukul 3 ptg nie bakal abg long akan datang umah"

Saya dengan blur baru bangun tido terus sakit kepala. "Abg Long?" Aku ada sorang abg jer. Tak puas hati. Mesej adik dan adik cerita ada org dtg merisik Kak Liza.

Wah dalam diam2 yer Kak Liza ada teman tak mau dia bercerita. Dah dekat 1 tahun duk mesej n call. Tak sorang pun tau. Mama n abah pun tak tahu. Semua orang terkejut. Mujur abah n mama tak kena heart attack. Pandai betul Kak Liza simpan rahsia

Lepas Kak Liza balik dr kampung. Kiatorg adik beradik tanya la sbb nak tau kan. Diam tak bersuara. Geram betul. 

Semalam Abg Fendi dan kak ipar ajak kuar g Tasik Titiwangsa. Sebelum tu kami adik beradik dah plan nak makan malam kat umah Kak Liza la. Call Kak Liza dan mintak dia balik awal skit la.

Selang 15 minit lepas tu. Kak Liza reply mesej. Mesej dia macam nie:

" OK. Masak lebih sikit taw. Ada tetamu nak datang"

Kitaorg adik beradik dah agak dah mesti dia nak kenalkan "pakwe" dia pada kami. Malam tadi "pakwe" akak datang bersama dgn adik perempuan dan adik ipar dia. Bawa bodyguard nampk. Takut kena serang hendap la tu....hehehhee

Terlalu awal nak buat penilaian. Tapi kalau dr sudut kasar nmpk cam ok jer. Kami adik beradik takde masalah. Boleh terima seadanya mereka yang akan masuk dlm family. Yang penting boleh accept each other. Keluargamu keluargaku jua.

Doakan yang terbaik tuk Kak Liza. Semoga jodoh berpanjangan. Amin..... Tak sabar nak terima abang ipar nie. 

Bila tu ? Tuan badan pun tak bersuara lagi. Ada berita happy saya akan wat announcement. Nampak tak keterujaan saya????

P/S: Kak Liza pesan jgn diheboh2kan takut tak jadi nanti malu. Kita hanya merancang tp Allah SWT yang tentukan.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Wednesday, January 30, 2013

1st Entry 2013

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


 Masih ada yang sudi menjenguk ke teratak Tentang Kita? Mesti ramai yang tertanya2 ke mana hilangnya tuan blog nie kan? 

Saya tak menghilangkan diri. Ada jer di sini. Alhamdulilah saya sihat cuma kesibukkan tidak mengizinkan saya untuk berceloteh di sini.Harap teman2 semua sihat hendaknya. 

Kepada mereka yang baru menerima cahaya mata, bonus, kenaikan pangkat dan apa2 yang mengembirakan tahniah saya ucapkan. Kepada yang dilanda resah ditimpa musibah, tabahkanlah hati anda. Semoga mendung berarak pantas dan matahari kan menjengah hidup anda.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...