Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Friday, April 19, 2013

Harga emas jatuh.....terkilan rasa

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 



Terkejut ada terkilan rasa pun ada. Semuanya disebabkan emas. Hari ini baru dapat tahu harga emas 916 jatuh mendadak.

Boleh dikatakan dari awal tahun nie duk berkira-kira nak beli emas dan duk asyik merungut ngan husband bila la harga emas nak turun. Awal tahun 2013 harga emas masih RM190 dan ada yang jual RM185. MAsa tu saya fikir mahal sangat dan tunda sehingga bulan MAc tahun nie. 

Disebabkan rasa hati kuat yang harga emas takkan jatuh, dengan beraninya saya beli emas 916 dengan harga RM180 segram pada awal April baru2 nie. Tiba-tiba hari nie dapat berita yang mengejutkan, harga emas jatuh ada yang cakap RM155, RM150, RM139, RM130...tak tahu yang mana betul maybe ikut atas kedai kut...

Nak wat camne kan dah beli.... redha ajer la. Dah tertulis bukan rezeki saya.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...