Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Tuesday, May 21, 2013

Renovate rumah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Dah lama sangat pendam hajat dihati nie. Masa masuk umah nie memang terus terfikir nak buat renovate. Memandangkan saya dah beli rumah nie dan bukannya menyewa jadi tak slaah renovate utk puaskan hati sendiri. Banyak sebab kenapa saya terfikir nak renovate rumah.

Sebab pertama :

Atap kat porch tu dah banyak sagat bocor. Bukan 1 yer tetapi ada 4 tempat bocor. Kalau hujan rintik2 memang takde masalah tapi kalau turun hujan yang lebat, memang basah la...tak guna ada atap kat situ. 

Sebab ke-2: 

Masa pindah tu tak nampak pun kesan air kt dinding living hall tu. Tapi bila dah duduk dekat 6 bulan baru nmpk. Dinding tu macam ada kesan air jer....bila periksa memang ye la..kat situ pun bocor gak. Sedih berganda...

Sebab ke-3: 

Kabinet dapur tu dah dimakan anai2. Paling tak best kabinet tu kabinet jenis kayu..Kalau nak basuh dapur sure kabinet tu terkena air. Bila air meresap kat kayu tu nanti mesti tumbuh kulat. Jenis saya nie saya suka basuh dapur, tak berapa suka nak mop2 sebab rasa macam tak kena jer. 

Sebab ke-4:

Pagar dan gril pintu dan tingkap sakit mata memandang. Tak tahu la kenapa masa gi tengok rumah tu dulu takde rasa macam sekarang semuanya ok jer. Macam mata ni dilindung utk tgk2 benda yg tak elok, nmpk semua elok dipandangan mata. Tapi tak mau la bersangka buruk ngan org kan. Akui sendiri la kejahilan dan kekhilafan diri.  

Sebab ke-5:

Rumah tu dibeli guna duit bukan daun. Itulah harta yang ada buat masa sekarang jadi bila dah beli mahal. (160k) tu mahal pada saya maybe murah pada kawan2. Gaji tak seberapa hanya itu yg mampu. Nak tungu  10 thn lagi maybe hartatanah makin melonjak naik.... Barang makin naik tapi gaji takat tu jer la.

Bila fikir pasal nie tiba2 jer migrain datang. Semoga Allah swt mempermudahkan urusan saya dan jugak kawan2. Amin


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Monday, May 20, 2013

Masuk Bengkel 3 Hari

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

 Rindu kat saya? Rindu tak? Terima kasih pada yang merindui dan kesudian kawan2 utk jenguk teratak yg dah bersawang nie.....mujur la kayu teratak nie kukuh lagi. Kalau tiang, lantai, siling dah reput maka robohlah teratak kesayangan ku ini. Harap tak begitu lah....

Dah berbulan2 tak update apa2 kat sini. Busy memanjang. Kesian teratak nie dah hampir merajuk dan jadi sejuk.

Hari nie nak bercerita tentang bengkel...bukan bengkel basikal, kereta atau motor dan seangkatan dengannya nie bengkel a.k.a kursus. Dah lama tak terlibat dengan bengkel tiba2 dapat emel dari bos. Bos dah hantar nama untuk bengkel tu. 

Kadangkala best jugakkan, boleh duduk hotel percuma, dapat timba / kongsi ilmu, luaskan pandangan dan lapangkan fikiran, boleh jumpa kawan2 baru. Yang tak bestnya bengkel nie start pukul 8.30 pagi sampai 10.30 malam. Aduyai awat la hbs lewat2 malam.....bengkel nie start 21 Mei 2013 - 23 Mei 2013. Yang paling seronok hari Jumaat tu cuti Wesak...amik ko 4 hari tak masuk ofis campur weekend 2 hari dah macam holiday jer. 

Hari nie sehari jer kerja dan kena buat preparation utk bengkel pulak. Alhamdulillah sudah siap 95%.  Harapan semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Semoga berjumpa lagi kawan2

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...