Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Friday, November 22, 2013

Berblog guna aplikasi BLOGGER

Assalamualaikum

Teruja sangat bila dapat edit blog guna hp. Selalunya pening kepala sebab nak post entry tp asyik berebut pc dengan husband je.

Mulai dari hari ini. Saya akan post entry guna hp. Seronoknya.

Terima kasih buat empunya blog http://www.hasrulhassan.com kerana perkongsian ilmu yg sangat bermanfaat.

Jika ada kawan-kawan nak update blog guna hp android sila ke google play dan install aplikasi BLOGGER.

Stress

Assalamualaikum...

Pertengahan tahun nie saya ada ikuti Kursus Pendidikan Pemandu (KPP). Nie dah masuk bulan November. Ujian komputer tak ambil lagi. Bila difikir semula dah lama rupanya saya tak balik ke Sabak Bernam. Lupa nak bagitau ujian KPP tu mak mertua saya daftarkan nama saya kat sekolah memandu di Sabak Bernam.

Baru-baru nie husband ada tanya saya, bila nak hbskan kursus tu. Saya buat muka seposen je. Bukan tak nak habiskan kursus tu tapi tak ada masa. Banyak hal nak kena fikir dan buat. Saya tau lesen tu sangat penting dan amat diperlukan masa2 kecemasan. Tapi yang penting kena belajar memandu dulu la.

Doakanlah saya semoga saya boleh habiskan kursus san dapat lesen P dengan segera.

Terima kasih kerana sudi singgah...

Wednesday, November 13, 2013

Kenapa begini...?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Sejak akhir-akhir nie sukar untuk saya lelapkan mata. Entah apa yang mengganggu fikiran kadang kala saya pun tak tahu...

Gilakah saya? 

Kadang-kadang fikiran terbang entah ke mana. Kadang-kala otak macam kosong ajer. 

Bodohkah saya?


Hati seakan rasa kehilangan sesuatu. Hati seolah-olah mati. Hari-hari yang dilalui seakan sunyi sepi. Dalam keriuhan aku sepi. Dalam tawa ada duka. Dalam duka masih kah ada ruang untuk aku rasa bahagia.

"Ya Allah, di saat aku rasa aku tak punya sesiapa, aku yakin Kau ada untukku"


::: Yang berlalu biar pergi usah kenang lagi. Patah tumbuh kan berganti, hitam putih kehidupan itu menyakitkan :::

 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...