Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Monday, December 2, 2013

Apa yang ku rasa

Pagi nie sejuk sangat. Hujan membasahi bumi KL. Yang tak bekerja mesti seronok dapat tarik selimut dan menikmati kedinginan di kala hujan. Bagi yang bekerja. Hujan seolah2 membawa pengertian yang berbeza. Hati menjadi dingin. Berat rasa hati nak melangkah ke tempat kerja.

Hati tiba-tiba rasa sedih. Rasa sayu. Rasa hiba. Siapa yang tahu? Hanya Allah swt yang tahu. Pagi tadi saya bertanya kepada husband

"Bi, pernah x bi rasa macam tak seronok pergi kerja?". Lalu husband saya jwb

" Tak pernah rasa mcm tu. Kerja tu kan ibadah"

Habis kat situ sahaja. Berat hati nak bgtau husband yang saya mahu behenti bekerja. Bimbang kalau2 akan membebankan dia berfikir ttg saya. Pernah dulu saya luahkan ttg perkara yang sama tapi husband minta bersabar.

Kalau saya dibebankan dengan kerja saya tak kisah. Bagi la kerja byk mana sekalipun pasti akan saya selesaikan. Tapi bila bebanan bila menghadapi sikap manusia itu yg saya kalah. Saya dah tak sanggup untuk bekerja di bawah org yg sedemikian rupa. Talam dua muka.

Semakin hari semakin teruk perasaan saya di sini. Rasa stress sgt terpaksa lalui hal ini seorg diri. Rasa macam nak mati.

Kalau masih bujang dah lama saya berhenti kerja. Tak payah penatkan otak pikir pasal org lain. Pikir pasal diri sendiri je. Bila dah kawen byk tanggungjawab nak kena pikul. Stress dgn umah jauh. Pukul 5 pagi dah bgn...pukul 5.30 pg kuar umah..sampai kat stesen komuter bergegas untuk solat subuh. Lps tu kejar tren komuter 6.10 pg. Pukul 7 pg baru sampai KL. Tukar pulak naik Krt Star kat Bandaraya . Pukul 7.20 pg sampai kt Titiwangsa. Jalan kaki ke ofis lagi....

Masa balik pun sama jgk..Kejar tren pukul 5.31 ptg. sampai Shah Alam dalam pukul 6.20 ptg. Pukul brp sampai umah? kalau jalan tak sesak dan nasib baik boleh la sampai umah dalam pukul 7.30 mlm. kalau sesak sgt mahu la pukul 8.30 mlm baru jumpa umah. Keluar gelap balik pun gelap jgk...

Stress betul.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...