Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Tuesday, December 2, 2014

Back To December

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Disember dah. Rasa macam baru jer masuk tahun 2014 dan sekarang dan hampir ke penghujungnya. Apa pun kenangan 2014 akan kekal sebagai kenangan dan takkan luput diingatan.

Terima kasih untuk semua kenangan pahit dan manis 2014. Rencah kehidupan ada suka dan ada duka.

Belanja satu lagu semoga happy semua...

Back To December - Taylor Swift

I'm so glad you made time to see me.
How's life? Tell me how's your family?
I haven't seen them in a while.
You've been good, busier than ever,
We small talk, work and the weather,
Your guard is up and I know why.
Because the last time you saw me
Is still burned in the back of your mind.
You gave me roses and I left them there to die.

So this is me swallowing my pride,
Standing in front of you saying, "I'm sorry for that night,"
And I go back to December all the time.
It turns out freedom ain't nothing but missing you.
Wishing I'd realized what I had when you were mine.
I'd go back to December, turn around and make it all right.
I go back to December all the time.

These days I haven't been sleeping,
Staying up, playing back myself leavin'.
When your birthday passed and I didn't call.
And I think about summer, all the beautiful times,
I watched you laughing from the passenger side.
Realized I loved you in the fall.

And then the cold came, the dark days when fear crept into my mind
You gave me all your love and all I gave you was "Goodbye".

So this is me swallowing my pride
Standing in front of you saying, "I'm sorry for that night."
And I go back to December all the time.
It turns out freedom ain't nothing but missing you,
Wishing I'd realized what I had when you were mine.
I'd go back to December, turn around and change my own mind
I go back to December all the time.

I miss your tanned skin, your sweet smile,
So good to me, so right
And how you held me in your arms that September night
The first time you ever saw me cry.

Maybe this is wishful thinking,
Probably mindless dreaming,
But if we loved again, I swear I'd love you right.

I'd go back in time and change it but I can't.
So if the chain is on your door I understand.

But this is me swallowing my pride
Standing in front of you saying, "I'm sorry for that night."
And I go back to December...
It turns out freedom ain't nothing but missing you,
Wishing I'd realized what I had when you were mine.
I'd go back to December, turn around and make it all right.
I'd go back to December, turn around and change my own mind

I go back to December all the time.
All the time.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Friday, November 21, 2014

Hati Ini Dijentik

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia



Tahun 2014 sangat menduga iman dan hati saya. Tak tahu berapa banyak airmata yang tumpah kerana kesakitan itu. Saya fikir saya akan bahagia selamanya namun sangkaan saya benar2 meleset sama sekali.

Aku bersyukur padaMu Ya Allah....

Ya Allah, aku tahu Kau sangat sayang pada aku sebab itu Kau menjentik aku dalam aku tidak sedar. Kau ingin aku kembali ke jalanMu yang lurus itu. Ampunkan aku Ya Allah, terkadang aku lupa siapa aku padaMU. Aku gagal menjadi hambaMu yang bertakwa.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, hanya padaMU aku berserah. Hidup dan mati hanya untukMU. Sekiranya ini yang sudah tertulis aku redha dengan ketetapanMU itu.

Ya Allah,tolonglah aku. Hapuskanlah prasangka yang bermain2 di jiwa ini. Seandainya aku tidak tertulis menjadi pemilik tulang rusuknya, hapuskanlah rasa cinta dan kasih dihati ini. Aku pun ingin bahagia walaupun tidak ditakdirkan bersama dia untuk selamanya.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Tazkirah Jumaat : Kita Tutup Aib Orang, Allah SWT Tutup Aib Kita

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Salam Jumaat penuh keberkatan. Semoga dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik utk beribadat, semoga bahagia dan diberkati Allah swt dunia dan akhirat.

Jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah untuk kedua ibu bapa kita, mereka2 yang telah pergi dan memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW.

"Usah sangka apa yang belum kita miliki menjanjikan kebahagiaan kepada kita. Ada kalanya setelah kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila-bila, ada kala ianya menjadi hitam dan menyusahkan"


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Monday, November 17, 2014

M.A.R.A.H

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Bila kali terakhir anda marah?

Apa yang menyebabkan anda marah?

Apa yang anda buat bila anda marah?

Apakah perasaan marah itu memberi kesan kepada hidup anda?

Terbeban dengan perasaan nie. Dah tak boleh nak bersabar lagi. Akhirnya kipas tu hancur jugak. Barang hancur boleh beli lain. Hati hancur...bagaimana?

Terima kasih buat orang yang meletakkan saya dalam masalah begini. Terima kasih buat mereka yang sentiasa berada  di sisi memberi sokongan dan dorongan.




Thursday, October 16, 2014

Perempuan Pemalas - Part 2

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Apa yang saya paparkan nie bukannya nak mengaibkan sesiapa pun. Bukan nak cakap saya nie bagus. Bukan nak cakap saya nie seorg yg pembersih sgt2, kemas sgt2, teliti sgt.....tapi bila kita ada kesedaran dengan sendirinya kita akan berubah

Kalau yang tak tahu entry nie sebab apa, sila baca entry di Perempuan Pemalas. Bukan tak pernah tegur. Dah puas tegur tapi tak diendahkan segala teguran. Masing2 buat tak tahu je.

Nota pun memang dah terpampang kat situ. Diaorg tak tahu nak baca nota dalam Bahasa Melayu kut agaknya...Nah jamu mata tengok. Saya sakit mata tengok lama2.





Kadang2 tak faham dengan perangai manusia. Dah bagi kemudahan tapi tak pernah nak jaga.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Tuesday, October 14, 2014

Cabaran 30 Hari # Hari 31 : Apa Yang Anda Dapat Dengan Berblog

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Dari berblog saya dapat:

1. Bertemu dengan rakan-rakan baru. 
2. Bertukar-tukar pendapat dan idea
3. Menimba ilmu 
4. Belajar cara penulisan blog



Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Cabaran 30 Hari # Hari 30 : Perkara Menarik Yang Anda Berbangga Tahun Ini

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Menjadi kebanggan diri bila tahun nie berjaya untuk turunkan berat badan. Sejak kahwin tahun 2010 berat naik secara mendadak. Tahun2 sebelum nie cuba untuk berdiet tapi hampeh semua tak berjaya.

Alhamdulillah, setelah nekad tahun nie berjaya jugak turunkan berat dari 62 kg dan skrg 57 kg. Sekarang tengah berusaha untuk mendapatkan berat yang ideal.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Cabaran 30 Hari # Hari 29 : Bunga Kegemaran Anda Dan Ertinya Untuk Anda

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Mawar putih merupakan bunga kesukaan saya. Mawar putih pada kebanyakkan org lain adalah melambangkan perpisahan tapi pada saya ia melambangkan kesucian hati dan penghormatan diri yg tertinggi.



Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Cabaran 30 Hari # Hari 28 : 5 Perkara Bermula Dengan "Andainya"

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


1. Andainya dapat diputarkan waktu - nak kembali ke masa lalu nak ubah apa yang perlu

2. Andainya aku kaya - macam2 nak buat. Yang pertama nak hantar mama & abah tunaikan haji

3. Andainya aku ada sayap - nak terbang ke seluruh pelosok dunia

4. Andainya ada peluang - nak sambung study sampai PhD

5. Andainya masih ada waktu - ingin menyatakan betapa aku cinta padaMU



Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Wednesday, October 8, 2014

Cabaran 30 Hari # Hari 27 : Mood Anda Hari Ini

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Mood hari nie sangat baik. Masuk keje dengan senyuman. Hari2 kalau masam muka pun tak elok juga boleh dapat sindrom kemurungan nanti.


 Harap hari2 anda penuh dengan kegembiraan dan keceriaan.



Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Cabaran 30 Hari # Hari 26 : Gajet Kepunyaan Anda

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Saya tak punya banyak gajet. Hanya satu je yang saya ada iaitu Samsung Galaxy SIII. HP nia adalah hadiah dari suami saya untuk birtday aya yang ke.tut..tut...tut....saya dah tua..hehehe segan nak bgtau umur.


 Pasal hadiah nie ada saya cerita di Advance Birthday Gift Part 1 & Advance Birthday Gift Part 2.  Kalau dikira2 hujung bulan 11 tahun nie genap 2 tahun saya guna Sambung Galaxy SIII nie...setia giler. Skang nak dapatkkan Samsung Note 8 pulak. Duk gigih menyimpan nie.



Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Cabaran 30 Hari # Hari 25 : Berita Terkini Hari Ini Yang Anda Baca

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah, mereka semuanya selamat. Kehilangan bot tempur nie pada hari Ahad lalu mmg sedikit sebanyak merisaukan hati seluruh warga Malaysia. Walaupun tiada ada sedara mara dikalangan mereka tetapi sebagai rakyat Malaysia, kita turut sama berdukacita.  Tak mahu berulang tragedy seperti #PrayForMH17 #PrayForMH370. Semoga Allah melindungi negara Malaysia, rakyat Malaysia dan negara Islam khususnya. Amin.....


Bot tempur CB204 bersama seorang pegawai dan empat kru selamat tiba di Pangkalan Wilayah 2 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Teluk Sepanggar kira-kira jam 12.50 tengah hari tadi.

Sumber :  myMetro


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Cabaran 30 Hari # Hari 24 : Rumah Impian Anda

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Bercerita tentang rumah impian memang takkan habis la. Macam2 yang kita nak lebih2 lagi pompuan. Nak yang besar la, yang ada ruang taman mini, yang ada swinming pool la....

Saya sangat tertarik dengan rumah 2 tingkat tapi husband suka rumah setingkat je. Katanya senang nanti tua tak yah susah2 naik turun tangga. Kalau boleh nak miliki rumah macam nie. Nampak cam klasik skit tapi mewah. Yang penting ada kehijauan di sekeliling umah sebab rumah abah kat kampung pun dikeliling pohon2 yang menghijau

Sumber pic dari En.Google
 Insyallah andai dimurahkan rezeki. Umur masih panjang. Saya nak milik rumah 2 tingkat macam nie. Nampak modern giler.Impian jer akak, adik, abg ooiii...tak tahu la bila impian akan direalisasikan..rumah setingkat skang pun jenuh nak membayar bulan2....

Sumber pic dari En.Google
Sumber pic dari En.Google


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Cabaran 30 Hari # Hari 23 : Pekerjaan Yang Anda Ingin Selain Kerja Anda Sekarang

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Satu masa dulu sangat berminat dengan kerjaya sebagai Jururawat.Sebab utamanya adala uniform putih tu umpama mutiara putih, suci dan murni.

Masa kecik dulu selalu "Misi" datang umah nak2 lagi time mama baru bersalin. Masa kecik2 dulu selalu duk pk misi2 nie semuanya lembah lembut, baik dan suka tolong orang


Entah camne lepas je meniti zaman remaja dan terus zaman kolej dan universiti....cita2 tu ke laut belaka. hahahhaa...Sebenarnya saya nie takut tengok jarum dan darah..itulah hakikat yang sebenar kenapa saya lupakan niat murni nak jadi JURURAWAT.


 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Tuesday, September 30, 2014

Cabaran 30 Hari # Hari 22 : Destinasi Percutian Impian

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Dari dulu sehingga kini dan pasti selamanya. Ini adalah tempat yang saya nak hbskan cuti saya. Mana lagi kalau bukan Negara Korea. Tak habis2 dengan Korea kan? Bukan sebab kejutan K-Pop ok. Memang dah jatuh hati sangat dengan negara tu.

Bila tengok siri Running Man, diaorg akan paparkan tempat2 atau lokasi2 pelancongan yang adakala org x tahu pun ada tempat yg cantik macam tu. 

Time tengok drama korea jangan cakap la...eh eh cantiknya tempat tu.....wah! tempat tu romantik giler la.....subhanallah, cantik nya tempat itu tempat ini....teruja giler bila tgk tempat2 yg cantik. Negara2 lain pun ada tempat yg cantik dan unik tp kalau boleh nak sekali jejakkan kaki ke Korea.


Selain tu saya ada jenguk juga blog Shuhadah Noordin - Korea Travel Guide Tips dan Catatan Kembara Korea. Kalau ikutkan banyak lagi blog2 yang saya baca


 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Cabaran 30 Hari # Hari 21 : Tempat Yang Anda Ingin Pergi Dan Tak Pernah Pergi

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Saya teringin sangat nak pergi Sabah. Tahun lepas MIL, FIL akak ipar dan adik ipar ada ajak ke Kota Kinabalu tapi saya tolak sebabnya tak sanggup nak tinggalkan husband kat Meru sorang2. Kalau diikutkan saya mmg jenis suka berjalan. Tak kisah la jauh ke dekat ke yang penting boleh tgk tempat org.

Antara tempat2 yang saya ingin pergi

1- Desa Cattle, Desa Dairy Farm, Kundasang
Desa Cattle terletak di Kundasang. Lebih kurang 30 minit perjalanan dari Kinabalu Park. Orang kata cuaca kat Kundasang sejuk mengalahkan Genting Highlands dan Cameron Highlands. Macam kat New Zealand pun ada tetiba rasa macam g oversea...hahahha.

2.Rumah Terbalik Tamparuli, Sabah

Salah satu daya tarikan pelancong untuk ke  Negeri Sabah. Semuanya terbalik. Sangat unik.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Cabaran 30 Hari # Hari 20 :Quote Kegemaran Anda


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Dalam perjalanan hidup kita adakalanya kita perlukan kata2 perangsang dan juga ingatan2 ikhlas untuk kita jadikan petunjuk untuk kita lalui kehidupan yang mendatang. Hidup kita adakalanya cerah adakalanya mendung. Ada hitam ada putih. Ada suka ada duka.











Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Monday, September 29, 2014

Cabaran 30 Hari # Hari 19 : 1 Resepi Kegemaran Anda

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sebelum kawen x pernah makan pun ikan masak acar. Lepas kawen baru tau wujudnya ikan masak acar. Masakan nie sgt digemari oleh husband. Saya pun terjerumus jugak. Meh saya kongsikan resipi paling simple. Masak main tutup dan campak2 je....

Pic dr En.Google
  • 6 ketul ikan tenggiri
  • 1/2" halia *
  • 4 biji bawang putih *
  • 1 biji bawang besar *
  • I sudu kecil biji sawi
  • Halba (nak letak pun boleh jugak)
  • 2 sudu makan cuka(boleh gantikan cuka dengan air asam )
  • 1/2 batang lobak merah (potong memanjang)
  • 1/2 batang timun (potong memanjang)
  • 1 biji lada merah & hijau potong memanjang
  • 10 biji bawang merah yg kecil2 (hiris nipis2)
  • 1 cwn air

Cara-cara

  1. Lumurkan ikan tenggiri dgn sedikit serbuk kunyit dan garam lalu digoreng hingga kekuning-kuningan. Selepas itu ketepikan.
  2. Kisar bahan2 bertanda (* ) dan tumiskan.
  3. Masukkan biji sawi dan halba. Tumis sehingga garing dan wangi.
  4. Kemudian masukkan air, cuka , garam dan gula. Masak sehingga mendidih.
  5. Setelah itu masukkan lobak, bawang kecil, lada merah dan lada hijau..(jangan layu sangat nnt tak sedap)
  6. Kemudian masukkan ikan dan timun.
  7. Pastikan gula dan garam diletakkan secukupnya yer

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Cabaran 30 Hari # Hari 18 :Siri TV Kegemaran

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Running Man merupakan salah satu variety show yang paling saya gemari. Setiap minggu rancangan ini menghidangkan pelbagai misi yang berlainan dan itu merupakan kekuatan rancangan ini untuk mendapat tempat di hati peminat dari pelbagai peringkat umur.

Setiap minggu mesti tonton kalau sibuk sangat sampai x dapat nak tonton mesti rakam rancangan nie. Lps tu bila ada masa terluang baru la layan.



Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Thursday, September 25, 2014

Tentang Cek Gaji - Part 2

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Semalam baru dapat cek gaji. Yang mana tak tau cerita nie boleh singgah jenguk Tentang Cek Gaji - Part 1.

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak cek gaji. Cek ni ada 2 untuk bulan Ogos dan bulan September. Hati dah berlagu riang dah bersorak sorai akhirnya hancur lebur. Nak tau kenapa? Cek tu hanya boleh di depositkan selepas hari Isnin (29/09/2014).

Sebabnya isu tandatangan second signatories tu x settle lagi. Nak je saya hempuk dengan file2 atas meja nie.Dah hujung bulan sgt2 tu. Kalau gaji terus masuk akaun xde hal la. Nie lepas Isnin nak kena tunggu cek clear 3 ari bekerja.

Mujur la esok husband dh dapat gaji. Urut dada wei...jangan la lps nie berlaku lagi. Penat ooiii....Hak kita tp nmpk kita macam peminta sedekah je....

 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Wednesday, September 24, 2014

Cabaran 30 Hari # Hari 17 : 5 Perkara Yang Anda Rindukan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Terlalu banyak perkara yang dirindui. 

"Andai dapat kuundurkan putaran dunia, ingin ku ubah semula kata-kata dan tingkah laku........"

Bila fikir dalam2 apa yang kita lakukan dahulu mencerminkan siapa kita sekarang. Terlalu banyak perkara yang bermain di ingatan. Ada manis ada pahit. Ada sesuatu yang sangat saya rindui....


1.Kanak-kanak

Banyak memori zaman kanak2 telah hampir luput diingatan. Masa nie rapat sangat ngan akak, abg dan adik2 yang lain. Adik2 ramai jadi x yah main ngan org lain cukup kami ajer dah jadi riuh rendah. 

2.Tadika

Rindu akan Tadika Bukit Kerani Kuala Lipis. Rindu nak menari dan berlakon dengan seorg budak lelaki ni. Masa tadika tu kena buat persembahan. Siap pakai baju ala-ala pengantin warna putih dan kain kembang.

3. Sekolah Menengah

Rindu pada ex- student 5A Sekolah Menengah Kebangsaaan Padang Tengku, Kuala Lipis Pahang. Budak2 kelas nie mmg happening gile. Sampai sekarang persahabatan terjalin erat.

4. Matrikulasi

Rindu kat teman nama Karimah Najihah. Dia seorg teman yang banyak membantu saya semasa di Kolej Matrikulasi Perlis (tahun 2000-2002). Rindu nak gi kafeteria dengan dia. Rindu nak dengar dia ngaji Al-Quran.

5. Perpustakaan Sultanah Bahiyah

Rindu nak balik zaman study kat Universiti Utara Malaysia (tahun 2002-2005). Suka sangat lepak kat Perpustakaan Sultanah Bahiyah. Kadang2 bukan study pun. Layan perasaan kat situ je. Amik ilham tulis puisi. Tempat paling sunyi yg saya pernah jumpa.



Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Monday, September 22, 2014

Cabaran 30 Hari # Hari 16 :Siapa, Bagaimana Anda 10 Tahun Lagi

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Kita sukar nak jangkakan masa hadapan.  Mati itu pasti. Tapi tak tahu bila. Andai saya diberi peluang dan ruang dan masih bernafas pada 10 tahun akan datang. 

Pada masa itu saya mempunyai beberapa orang anak. Saya akan menjadi ibu kepada anak2 yang soleh dan solehah. Insyaallah. Saya akan menjadi isteri yang menjadi kebanggaan suami.

Saya masih bekerja dan menjadi manager di pejabat saya sekarang nie. Insyaallah. Doakan untuk saya ye.

Dan pada masa itu jugak, saya akan membuka sebuah restoran atau kedai makan. Itu memamg impian saya.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Cabaran 30 Hari # Hari 15 : Surat Kepada Seseorang, Siapa Saja

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Surat ini ditulis khas untuk  Encek Hubby. Walaupun tahu Encek Hubby x mungkin tahu kewujudan blog nie. Saya harap satu hari nanti dia akan menjumpainya.

" Kehadapan suami yang disayangi. Semoga sentiasa berada di bawah lindungan Allah swt hendaknya.

Tahun 2014 merupakan ulang tahun perkahwinan kita yang ke 4. Pada tahun ini jugalah terlalu banyak dugaan yang melanda kita. Rumahtangga yang kita bina berlandaskan kasih sayang ini diharap berpanjangan hingga ke Jannah.

Semoga kita sentiasa menyayangi dan mencintai untuk selamanya."

Ikhlas drpd:
Puteri Kota Jembal
 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Cabaran 30 Hari # Hari 14 : Cerita Kasut Saya

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Mujur ada kesempatan tuk teruskan cabaran 30 hari. Hari nie nak bercerita tentang kasut pulak. Sebenarnya saya nie jenis yang suka pakai kasut sampai hancur lps tu baru beli kasut baru. Dari kecik mmg dah diajar macam tu. Tak berapa suka beli barang lps tu simpan dalam almari jer. Kalau boleh bila beli terus nak pakai.

Nie kasut joging saya. Saya nak beli kaler oren tapi husband pilih kaler pink. Dia kata nmpk mcm pompuan skit. APA???? Sebelum nie saya bukan pompuan ke?

Dah 4 thn saya beli kasut nie. Still elok lg. Kasut kesayangan pasal kaler oren.


Yang nie bukan kasut tp nak tepek kat sini jgk. Ni la sandal yg saya bawa ulang alik g keje. Kalau agak2 dah lambat boleh berlari je...Selesa sangat2.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Friday, September 19, 2014

Jom bercuti ke Terengganu - D'Kerteh Guest House

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Hujung minggu dah hampir tiba. Begitu jugak ddengan cuti persekolahan dah nak sampai penghujung. Tapi itu bukan alasan untuk kita abaikan riadah bersama keluarga. 

Selalunya kalau kita gi bercuti luar dari kawasan atau negeri kita, tempat penginapan adalah  yang paling penting. Betul tak? Lebih2 lagi yang ada anak2 kecik. Jika anda berniat utk bercuti di Terengganu, saya cadangkan anda menginap di sini.


D'Kerteh Guest House menawarkan harga yang berpatutan dan sangat berbaloi. Jika anda nak tengok kelengkapan di rumah penginapan tersebut boleh singgah D'Kerteh Guest House cuci mata.


Jenis: Semi-D 2 tingkat (Baru)
Jalan Alamanda 4, Kerteh ,
Kemaman, Terengganu


Ciri kelengkapan: 
Rumah yg besar dan exclusive
- 4 bilik tidur
- 4 bilik air
- 4 aircond + kipas (setiap bilik)
- 4 katil queen (setiap bilik)
- Almari + meja tulis (setiap bilik)
- Set sofa + meja makan
- Set tv + astro
- 2 ruang family (atas/ bawah)
- peralatan dapur yg lengkap
- Lanskap laman yg menarik

Lokasi2 menarik:
- Muara Kerteh ( 2.5 km)
- Mesra Mall (3.0 km)
- Kelab Golf & Rekreasi Petronas(2.5 km)
- Pantai Kemasik (5.0 km)
- Awana Resort World Kijal (8.0 km)
- Kompleks Loji Petronas (10.0 km)
- Pantai Paka (15.0 km)
- Pantai Uitm Dungun ( 30.0 km)

Harga sewa sehari:
- RM290 (bawah 10 pax)
RM10 untuk setiap pax tambahan

Harga sewa jangka panjang:
- Boleh dirunding

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

En Rizal: 019-9878782
Pn Fauziana : 019-2771038


  
Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Thursday, September 18, 2014

Perempuan Pemalas

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Ada satu hal nie saya cukup tak puas hati. Ini pasal student Kolej Sains Perubatan. Kolej nie ada sewa pejabat di bangunan tempat saya bekerja di Plaza Permata, KL. Kalau tak silap saya ada 3 tingkat yang disewa jadi kat sini penuh dengan student2 je. 

Yang buat leceh masa nak masuk ofis dan balik dari ofis terpaksa menunggu lift. Dioarg je dah cukup memenuhkan lift tu. Kalau berkongsi lift dengan diaorg ni lagi serabut kepala sebabnya bila diaorg bersembang macam diaorg jer yang ada dlm lift tu. Tak tengok kiri kanan dah masa sembang tu. Dengan suara kuat, gelak2 lagi tu.....

Kes nie sakit hati jugak. Ni kes kat surau. Dah la diaorg nie suka lepak2 dan tido kat surau. Takpe lagi la yg tu leh bertimbang rasa lagi. Nie kes duk makan dalam surau pastu tak reti buang sampah kat dalam tong sampah. Takde kesedaran sivik langsung budak2 nie. Rasa nak sekeh kepala sorang2. 

Paling sakit hati bab kain sembahyang. Korang dah la x bawa kain sembahyang. Ok fine surau tu ada sediakan. So guna la dengan cara baik. Korang ingat kain sembahyang tu kain tuala ke? Korang duk lap make up korang kat kain tu. Dah la lepas sembahyang korang duk gulung2 kain sembahyang tu. Apa salahnya kalau lipat elok2.  Sejadah tu kalau dah siap guna, tolong la lipat elok2..jangan duk biarkan atas carpet tu je. Korang nie pompuan buat la cara pompuan. Kalau korang dh dlm kategori pemalas jangan la tunjuk sangat kat orang. Malu la sikit. Kita nie pompuan

 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Wednesday, September 17, 2014

Tentang Cek Gaji - Part 1

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Nak luahkan perasaan kat sini je la. Nak luahkan masalah kat orang lain. Orang lain pun dah sarat dengan masalah mereka. Masalah ni timbul lagi. Dulu dah pernah timbul dan saya pernah cerita di Kecewa sangat -sangat dan Bila Nak Dapat Nie. Tak tahu la kalau org pk ini masalah biasa kan. Pada saya nie gaji saya dan itu hak saya. Mana boleh org pertikaikan.

Sebenarnya saya dah dapat cheque gaji pada 02/09/2014 (Selasa) dan saya telah deposit cheque tu keesokkan harinya. Kalau diikut Cheque tu akan clear pada hari 05/09/2014 (Jumaat).  Tak jangka masalah nie akan berlaku lagi.

Dengan hati yang riang ria pada hari 06/09/2014 (Sabtu) dengan bangganya nak kuarkan duit kat Maybank alih2 mesin tu bagitau baki tak mencukupi. Dah cukup heran nie. Bila semak baki memang ternyata amount yg sepatutnya ada dalam akaun tu xde. Hati dah risau. Duit hilang ke? Apa yg berlaku nie?

Balik rumah cepat2 log in Maybank2U. Nampak tak yang saya bulatkan dengan kaler merah "CLEARING CHEQUE RETURNED". Terus saya call Customer Service Maybank dan dioarg tak boleh nak kesan pasal apa. Diaorg cakap kena tunggu surat dari Maybank.




Tunggu punya tunggu. 09/09/2014 saya terima surat dari Maybank dan sebab utama cheque dipulangkan semula adalah disebabkan "SECOND DRAWER SIGNATURE DIFFER @ TANDANTANGAN PENYURUHBAYAR KEDUA BERBEZA". Memandangkan Commitee baru aje berubah jadi sepatutnya secretariat atau org yng berkenaan ke bank untuk sah kan tandatangan penyuruhbayar yang baru.

Hari nie 17/09/2019 (Rabu)...sampai bila masalah nie diaorg nak settlekan. Tolong la paham. Takkan nak bagi cheque tu dengan cheque gaji bulan September...Aduhai...sakit jantung saya. 

Nak je rasanya mengadu kat Pejabat Buruh.
 
Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Cabaran 30 Hari # Hari 13 : 5 Blog Kegemaran Anda

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Ini adalah senarai blog yang menjadi kegemaran saya. Boleh dikatakan hari2 mesti dan wajib jenguk blog2 nie.

http://www.benashaari.com/
  

Org selalu duk pk negatif asal citer pasal bro nie mesti ada yang kata nak tumpang populariti la...nak up follower la...itu la ini la...semua ion2 negatif nie saya tolak tepi. Walaupun bro tu x pernah kenal saya, saya x pernah pun nak amik ati ke apa. Apa yang penting setiap entri yang bro nie post saya akan baca...yang positif saya amik kalau saya pk itu negatif saya tolak tepi.....senangkan.

http://kasihaleeya.blogspot.com/


Owner blog bernama Kak Filla. Suka baca blog akak nie sempoi betul. Paling best bila Kak Pilla bercerita tentang 3 org puteri kesayangannya tu..Tak lupa jugak husband Kak Pilla iaitu Pak Radie....Suka baca keletah anak2 akak nie ada yg suka mengusik dan yang paling best part anak yg suka berdrama airmata tu....

http://myputeri21.blogspot.com/


 Blog nie wajib ok. Sebab nie blog kawan saya. Kami dah berkawan hampir 18 tahun. OMG lamanya. Macam tak percaya je. Cepat benar masa berlalu. Blog nie banyak mengisahkan ttg kehidupan peribadi dan yang terkini banyak bercerita ttg Kelab Blogger Ben Ashaari. Hebat kawan nie

http://www.azlitamasammanis.com/


Blog milik Kak Azlita Aziz @ Kak Ita lebih cenderung kpd masakan. Macam2 ada masakan melayu, kuih muih, kek, minuman dan macam2 lg .Yang paling penting Kak Ita selalu berkongsi resipi. Part nie yang paling saya suka....tengok aje gambar2 dalam blog nie buat saya sentiasa lapar..


Pemilik blog nie namanya Aty. Mula2 jatuh cinta dengan blog nie sebab decoration rumah. Pemilik blog nie rajin deco rumah dia....Cari ilham deco rumah di sini tp rumah saya tak secantik umah Aty...sob..sob..sob




Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Cabaran 30 Hari # Hari 12 : 5 Wishlist Anda

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Wishlist saya untuk tahun ini dan tahun2 akan datang. Andai tercapai tahun nie.Tahun depan buat wishlist lain pulak

1. Anak - Nak anak sangat2. Rumah sunyi sangat. Saya dah biasa dengan suasana bising. Hidup tak lengkap tanpa ada anak. Semoga Allah swt memperkenankan doa saya. Dah 4 thn lebih menanti.



2. Samsung Galaxy Note 8 - Dah lama teringin nak memilik gadget nie. Sekarang pakai Samsung S3 macam terhad jer bila nak update blog sebab screen kecik tak puas tengok. Harap hujung tahun nie boleh sambar 1.


3. Travel - Memang suka sangat bab2 berjalan nie. Tapi tak seronok kalau gi sorang2 tanpa suami. Suami jenis x suka travel. Negara pilihan utk saya travel adalah Korea.....Yea..yea


 4. Lesen P - Wishlist nie dah bertahun2 tetapi masih gagal. Saya nie jenis penakut nak pegang stereng kereta, macam mana la nak dapatkan Lesen P nie

5. Kereta - Perlukan kereta sendiri sebab sekarang nie 100% bergantung dengan suami. Kalau suami kena gi kursus mula la patah kaki duk kena tumpang umah adik beradik...hhhaaiiisshh tension...


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Cabaran 30 Hari # Hari 11 : Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia



Kenangan lucu ...kenangan lucu...apa ek? Bnyak benor kenangan masa silam dah luput di ingatan.

Ada gak kenangan tapi tak tahu la lucu ke tidak nie.

Kenangan masa balik dari sekolah. Time tu masih bersekolah rendah di Sek.Ren Keb. Clifford Kuala Lipis Pahang. Saya ada cerita di SINI . Tahun 1990 saya tinggal di Kawasan Bukit Kerani Kuala Lipis (SINI). Nak kata jauh dari sekolah tu tidak la...Kalau nak cepat sampai kena ikut jalan "shortcut". Jalan "shortcut" nie mmg adventure habis pasal kena redah semak belukar.

Nak dijadikan cerita masa tu balik dari sekolah hari dah petang. Dengan hujan ributnya terpaksa juga redah dan ikut jalan "shortcut". Di pertengahan jalan mendaki ke bukit tu boleh pulak terserempak dengan Khinzir. Wah kecut perut time tu. Dah la besar warna hitam pulak. Masa tu lari mmg x cukup tanah sampai tercabut kasut. 

Sampai kt umah ajak mama gi amik kasut yg tertinggal tu. Huh nasib baik sempat lari kalau tidak mau kena sondol dgn khinzir tu.....

Semua tu dah jadi kenangan yang abadi di hati



Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...